Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom January 1, 2019 @ 11:49pm

Dulunya ‘Kanak Kanak Paling Cantik’, Kini Diangkat Pula Sebagai Wanita Tercantik Dunia!

Peragawati yang pernah dilabel sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia pada usia enam tahun, Thylane Blondeau, kini dinobat wanita paling cantik di dunia.

Pengiktirafan itu diberikan kepada Blondeau, 17 tahun, oleh salah satu portal gaya hidup paling besar di dunia, TC Candler.

Pemilihan Blondeau bukanlah satu kejutan kerana wajah jenama pakaian Juicy Couture itu sudah mula menakluk pentas peragaan profesional sejak usia 10 tahun.

Blondeau, anak kepada pasangan pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau dan pereka fesyen, Veronica Loubry, dipilih sebagai penghias muka depan majalah Vogue Perancis pada usia 10 tahun.

Thylane semasa berusia 10 tahun. Foto: Note Abley

Foto: wallpapersite

Di tempat kedua adalah bintang pop Taiwan, Tzu-yu, diikuti peragawati Israel, Yael Shelbia.

Pemenang tahun lalu dari Filipina, Liza Soberano, disenarai di tempat keempat.

Bagi kategori lelaki paling kacak pula, ia diungguli Aquaman, Jason Momoa, manakala ahli BTS, Jungkook dan pelakon Idris Elba, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Mereka yang berada dalam kedua-dua senarai ini dipilih daripada lebih 85,000 calon dari seluruh dunia.

TC Candler telah menerbitkan senarai paling cantik dan paling kacak tahunan sejak 1990, yang dikeluarkan oleh komuniti yang dipanggil “The Independent Critics” serta maklumat dari masyarakat.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 27 May 2018

Tampil Romantis Syawal Ini Dengan Koleksi Fattah Amin & Fazura

Kalau nak sama cantik sama padan seperti pasangan popular Fattzura, anda kena beli koleksi lebaran mereka.

Oh Lawa Fri, 9 Nov 2018
Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Tuah Kulit Hitam Legam, Dulu Dihina Tapi Kini Dibayar Jutaan Ringgit!

Lolita, 16 tahun yang mencipta populariti mendadak sejak berita tentang dirinya diperkatakan di laman sosial kerana dikatakan mirip wajah patung Barbie versi kulit hitam.

Oh Lawa Wed, 11 Jul 2018

Doktor Ini Kongsi Bahaya Suntikan Vitamin C Pada Wanita Yang Obses Nak Cantik

Jangan tahu nak cantik sahaja, ketahui bahaya suntikan vitamin C ini!

Featured Tue, 12 May 2020
Oh Lawa Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum Makeup

Persediaan sebelum bersolek juga amat penting untuk dilakukan bagi memastikan impak solekan tampak gorgeous dan menawan.

Oh Lawa Thu, 2 Aug 2018

Sebelum Anda Bercukur, Cuba Praktikkan Salah Satu Cara Daripada 6 Tip Ini

Elakkan mencukur bahagian yang mempunyai masalah ruam atau berjerawat kerana pisau cukur boleh memindahkan masalah itu sekaligus merebak pada bahagian lain.

Oh Lawa Tue, 3 Apr 2018

12 Protokol Fesyen Kerabat Diraja Britain Anda Takkan Sangka. Nombor 8 Paling Mengejutkan!

Memang bertuah kalau dapat jadi salah seorang dari keluarga diraja Britain. Tapi yang lecehnya, banyak betul peraturan formal yang anda kena ikut.

Oh Lawa Fri, 20 Apr 2018

Dambakan Kulit Wajah Flawless? Ketahuilah 5 Jenis Vitamin Ini!

Mahu kulit wajah cantik berseri, ketahui jenis vitamin ini.

error: Content is protected !!