Oh Lawa By: Ad Ops April 3, 2018 @ 2:17pm

12 Protokol Fesyen Kerabat Diraja Britain Anda Takkan Sangka. Nombor 8 Paling Mengejutkan!

Memang bertuah kalau dapat jadi salah seorang dari keluarga diraja Britain. Tapi yang lecehnya, banyak betul peraturan formal yang anda kena ikut.

Salah satunya melibatkan fesyen. Yelah, anda kenalah “represent” kerabat diraja tu dengan berpakaian sopan dan teratur. Ada banyak protokol yang mereka perlu ikut. Jom baca mengenai 12 daripadanya.

1. Nail polish berwarna tak dibenarkan

Foto: Getty Images

Bila anda tengok gambar Ratu Elizabeth atau Kate Middleton, anda mungkin perasan yang warna kuku mereka mesti berwarna neutral. Kalau tak warna lutsinar, warna pink lembut. Barulah nampak formal. Ratu Elizabeth telah memakai nail polish berjenama Essie dan berwarna “Ballet Slippers” selama 28 tahun!

2. Bukan semua ahli kerabat boleh memakai tiara

Foto: Getty Images

Kalau jadi princess, barulah syok bila dapat pakai tiara! Tapi sebenarnya untuk kerabat diraja Britain, bukan semua ahli yang boleh pakai. Hanya wanita yang sudah berkahwin saja yang boleh. Wanita single dan kanak-kanak tak boleh ye. Dan ia hanya boleh dipakai ketika menghadiri majlis yang meriah dan mewah.

3. Ratu Elizabeth menggunakan tas tangannya untuk menghantar mesej rahsia

Foto: Getty Images

Anda mungkin perasan yang Ratu Elizabeth tak pernah tak bawa handbag ke mana-mana dia pergi. Ini adalah kerana dia menggunakan aksesori itu untuk menghantar isyarat kepada pembantunya. Contohnya, apabila dia hendak beredar selepas makan malam, dia akan meletakkan begnya di atas meja. Kalau anda sedang bersembang dengannya tapi tiba-tiba dia memegang begnya dengan tangan yang lagi satu, itu bermakna dia mungkin sudah bosan dan ingin menghentikan perbualan itu. Takutnya!

4. Beg tangan jenis clutch ada kegunaan penting

Foto: www.topshop.com

Puteri Diana dulu selalu menggunakan beg clutchnya untuk menghadang lurah dadanya dari pandangan orang apabila dia keluar dari kereta. Yelah, selalunya jurugambar akan menghurungnya, jadi teknik ini memang bijak.

Kate Middleton pula memegang clutchnya sebagai alasan untuk mengelak dari berjabat tangan. Kadang-kadang bila kita hulurkan tangan, orang yang kita jumpa itu segan pula nak bersalam. Jadi dengan adanya clutch itu, tak adalah rasa awkward sangat.

5. Ratu Elizabeth sering memakai warna terang, tapi tak semestinya dia suka

Foto: Getty Images

Bila fikir balik, memang pelik kalau tengok seorang permaisuri yang dah berumur hampir seabad memakai outfit berwarna bold seperti jingga terang dan hijau neon. Kita yang muda lagi pun segan!

Ada sebab mengapa dia berpakaian sebegitu. Apabila dia keluar menemui rakyat jelata, dia mesti terserlah supaya orang ramai boleh nampak dan berkata “Saya nampak Ratu Elizabeth!”

6. Ratu Elizabeth memakai topi kerana tradisi lama

Foto: Getty Images

Selalunya Ratu akan mengenakan topi untuk melengkapkan outfitnya ketika menghadiri majlis formal. Rupa-rupanya, ada tradisi lama yang mengharuskan golongan wanita untuk menutup rambut mereka, tapi ia cuma diikut hingga tahun 1950an je. Kini, Ratu Elizabeth mengikuti trend lebih modern dan hanya memakai topi untuk majlis-majlis penting. Kalau dia tak pakai topi, dia pakai mahkota atau scarf.

7. Apabila melancong ke mana-mana, kerabat diraja mesti membawa satu persalinan pakaian berwarna hitam

Foto: Getty Images

Jika salah seorang ahli keluarga mereka mangkat, mereka akan ada baju yang sesuai untuk menunjukkan mereka sedang berkabung sebaik sahaja mereka pulang ke Britain. Bapa Ratu Elizabeth mangkat pada tahun 1952. Dia tak ada pakaian hitam jadi dia terpaksa tunggu di dalam kapal terbang sampai ada orang bawa untuknya. Bila dia sudah mengenakan pakaian yang sesuai, barulah dia keluar untuk muncul di mata orang ramai.

8. Putera George hanya pakai seluar pendek

Foto: Getty Images

Kalau anda perasan, anak teruna Prince William dan Kate Middleton tak pernah tak pakai seluar pendek ketika di khalayak ramai. Memanglah comel, tapi ia merupakan satu lagi tradisi kerabat diraja yang perlu diikut. Dia akan hanya boleh memakai seluar panjang setelah berumur 8 tahun.

9. Jangan memakai kasut wedges di depan Ratu Elizabeth

Foto: Getty Images

Ini bukan melanggar tradisi, tapi Ratu cuma tak suka style tersebut. Kate Middleton pernah pakai sekali pada tahun 2013, tapi lepas itu dia hanya memakainya apabila Ratu tiada.

10. Sejenis pemberat digunakan untuk elak dari wardrobe malfunction

Foto: Getty Images

Kate Middleton pernah memakai sehelai dress pada satu hari yang berangin dan skirtnya hampir terselak. Bahaya tu! Ratu Elizabeth ada satu trick untuk mengelakkannya daripada berlaku: meletakkan pemberat di hujung skirt. Simple tapi efektif!

11. Kerabat diraja wanita disarankan memakai pantyhose

Foto: Getty Images

Selalunya kita nampak Ratu Elizabeth, Princess Diana dan Kate Middleton memakai sarung kaki yang memberikan rupa yang sopan dan beradab. Tapi Meghan Markle tidak pula memakainya ketika mengumumkan pertunangannya dengan Putera Harry pada bulan November tahun lepas. Hmm, rupa-rupanya memakai pantyhose itu bukanlah satu peraturan formal, tapi ahli kerabat diraja wanita memang digalakkan.

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 11 Jun 2018

Ikuti Tip-Tip Ini Untuk Memilih Baju Peplum Yang Sesuai Dengan Potongan Badan Anda

Anda perlu tahu potongan peplum mana yang sesuai. Tak boleh main pakai saja.

Oh Lawa Thu, 8 Nov 2018

Inilah Kenapa Facial Toner Perlu Menjadi Sebahagian Daripada Rutin Penjagaan Kulit Anda

Ketahui juga cara-cara memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Oh Lawa Thu, 22 Mar 2018

Masih Gigit Kasut Baru Untuk Elak Kaki Melecet? Apa Kata Cuba Tips Mudah Ini

Anda pernah alami tak kalau pakai kasut yang baru dibeli mesti akan melecet? Mesti akan berasa pedih dan sakit di bahagian belakang tumit dan bahagian tepi ibu jari kaki kan? Terus hilang mood nak ‘melaram’ dengan kasut baru! 

Featured Thu, 19 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 14 Feb 2019

5 tip penjagaan mutiara agar tetap kekal mewah! 

Pemakaian mutiara dipadankan dengan busana indah, sememangnya tampak cukup elegan. 

Oh Lawa Fri, 2 Nov 2018

Inilah Jenis & Bentuk Aksesori Yang Tengah Popular Sekarang

Wanita-wanita moden kini ramai yang memakai barang kemas jenis ini.

error: Content is protected !!