Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom January 3, 2019 @ 4:00pm

Be Bold, Daring And Unique, Deskripsi Terbaik Tentang Trend Sepatu 2019!

Jangan pandang rendah tentang kepentingan pilihan kasut dalam setiap langkah gayamu – they can totally make or break a look!

Jadi pastikan kamu kekal up-to-date dengan kesemua trend kasut 2019, daripada lucite heels ke warna neon terang. Ini senarai mesti ada dalam radar fesyen kamu apabila pergi membeli-belah!

1. Cetakan haiwan

Cetakan harimau bintang dan zebra antara yang corak klasik. Cuba sesuatu yang baharu dan fun seperti motif lembu seperti yang dilihat di pentas fesyen Burberry.

Foto: Poshmark

2. Lucite Heels

Solid heels are so 2018, dan tumit jenis transparent seperti lucite heels pastinya akan menjadi HUGE untuk tahun 2019! Di pertunjukan fesyen koleksi Chanel Spring 2019, model menggayakan peep-toe slides dengan perincian see-through yang memberikan siluet lebih segar dan moden.

Foto: Popsugar UK

3. Teva-like Sandals

The ‘ugly’ shoe trend isn’t going away any time soon, dan tumit tebal sandal Teva yang dilihat di pentas runway Collina Strada adalah buktinya. Bersiap sedialah untuk gaya kasut lebih praktikal dan functional untuk 2019.

Foto: Teva

4. Kasut But Kombat

Kasut but kombat bukan sahaja edgy, malah ia juga boleh tampak glamor seperti koleksi Christian Cowan yang mempersembahkan kasut but kombat dengan perincian rhinestones.

Foto: COSMOPOLITAN South Africa

5. Flip Flops

Jenama antarabangsa seperti Etro menampilkan selipar flip flop yang pastinya menjadi pilihan ramai sempena musim bunga/panas nanti.

Foto: thezoereport

6. Square-toed Heels

Tahun 2018 terkenal dengan kasut stail pointy (rujuk kepada kasut ‘pisau’ Balenciaga), tapi tahun 2019 it’s all about square toe seperti yang dilihat di pertunjukan fesyen Fendi.

Foto: Lyst

7. Tekstil Terang

Material kulit dan baldu pastinya pilihan kebiasaan untuk kasut, tapi tekstil mewah akan menjadi ‘a thing’ untuk 2019. Fikirkan corak yang kamu biasa lihat pada karpet atau tirai, tapi kali ini pada kasut pula. This bright jacquard slide complete with a starfish embellishment made a splash on the Michael Kors runway.

Foto: COSMOPOLITAN South Africa

8. Super Thin Straps

Tali nipis dan kecil ini akan menjadi trend major 2019, seperti selipar warna-warni di pertunjukan fesyen Rejina Pyo.

Foto: farfetch

9. Tumit Arca

Di pentas runway Jacquemus, rekaan sculptural seperti tumit spherical mengubah konsep kasut ini kepada sebuah hasil seni.

Foto: Dezeen

10. Neon

Neon bukan saja trend untuk pakaian – ia termasuk kasut juga, seperti but paras paha The Blonds.

Foto: Pinterest

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Apr 2019

Kolaborasi eksklusif Jovian & OhMostWanted buat wanita rambang mata!

Koleksi yang anda mungkin tidak mahu lepaskan!

Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Oh Lawa Thu, 11 Apr 2019

Adakah anda membersih wajah dengan betul? Ini kaedah yang disarankan pakar

Tak perlu rawatan wajah mahal bagi mendapatkan kulit cantik.

Featured Wed, 25 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 31 May 2019
Featured Mon, 11 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Trik Mudah Untuk Buat Bulu Mata Nampak Lebat

Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal bersepah di pasaran. 

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fikir Dulu Sebelum Beli Alat Makeup Tiruan, Memanglah Murah Tapi Jijik!

Memanglah harga barangan tiruan murah, tapi pernah tak anda terfikir kenapa?

error: Content is protected !!