Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 25, 2020 @ 3:00pm

Kaca mata hitam bersegi empat gaya terkini musim panas 2020

Bersempena dengan musim bunga/panas 2020, pentas peragaan antarabangsa menyaksikan kebanyakan jenama fesyen terkenal tampil dengan rekaan kaca mata hitam bersegi empat.

Antaranya, Carrera, Levi’s, Boss, Safilo, Polaroid dan terkini, Dior yang melancarkan himpunan The Montaigne Sunglasses Dior 2020 dengan menampilkan pelbagai rekaan kaca mata hitam bentuk segi empat.

Himpunan berkenaan diperkenalkan pada pertunjuk fesyen sedia dipakai Dior 2020 rekaan Maria Grazia Chiuri. Himpunan kaca mata hitam The Montaigne Sunglasses Dior 2020 itu didatangkan dalam warna hitam, coklat kehijauan, putih gading atau putih kusam.

Kaca mata hitam bersegi empat lebih sesuai digayakan wanita dengan bentuk muka bujur atau segi tiga. (Gambar Dior)

 

Penampilan kaca mata hitam bersegi empat itu ternyata mencuri perhatian kebanyakan majalah fesyen berikutan rekaannya yang bergaya dan elegan.

Antara perbezaan ketara bagi bentuk baharu ini adalah rekaan yang bersaiz lebih besar sehingga hampir meliputi sepertiga daripada bentuk muka si pemakai.

Meskipun hampir meliputi sepertiga wajah, kaca mata hitam berbentuk futuristik ini membuatkan penampilan tampak ranggi bergaya. (Gambar Dior)

Bagaimanapun, tidak semua bentuk muka sesuai dengan bentuk yang dianggap futuristik itu terutama bentuk muka bulat dan segi empat.

Beberapa penata gaya berpendapat kaca mata hitam bersegi empat itu lebih sesuai dengan bentuk muka tertentu, antaranya segi tiga, bujur sirih dan bujur bersegi (oval).

Penampilan lebih menawan dengan kaca mata hitam meskipun kelihatan terlalu besar untuk wajah yang bujur. (Gambar Dior)

Begitu pun, pastikan sebelum membeli kaca mata hitam, bukan hanya bentuk sahaja yang diutamakan, sebaliknya ambil kira juga fungsi pemakaian iaitu untuk melindungi mata daripada sinaran matahari.

Sehubungan itu, pastikan lensa diperbuat daripada bahan yang baik seperti mempunyai polarisasi atau lapisan yang mampu menyaring sinaran matahari.

Antara rekaan kaca mata hitam daripada Himpunan Kaca Mata Polaroid X MSGM 2020. (Gambar Polaroid)

Jenama Polaroid turut tampil dengan kaca mata hitam bersegi empat dalam Himpunan Kaca Mata Polaroid X MSGM 2020 yang dipersembahkan pada pertunjukan fesyen MSGM di Milan, Itali akhir Februari lalu.

Selain menggunakan lensa berpolarisasi, himpunan itu juga memberi penekanan pada rekaan bingkai kaca mata dan warna yang menampilkan warna terang seperti merah, kuning, biru dan juga hitam serta putih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Isu Tular Diselamatkan Naik Helikopter

Tular isu berkenaan pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang didakwa menggunakan kemudahan helikopter diselamatkan daripada bencana banjir di Shah Alam kerana statusnya sebagai menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. […]

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Berhentilah Provoke! Dia Terlalu Muda Untuk Terima Kecaman” – Gagal Tahan Sebak, Datin Shahida Pertahan Adik Ipar

Shahida meluahkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa kedua-dua adik iparnya

Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Mon, 28 Mar 2022

Sah Jadi Isteri, Natasha Hudson Mohon Doa Kesejahteraan Perkahwinan Kali Ini

Alhamdulillah, Tahniah Natasha! Kita doa yang baik-baik ya.. 😍

Featured Thu, 6 May 2021

BPR Fasa 2: Kadar Pembayaran Kepada Penerima Ditambahbaik Sehingga RM600

Umum maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua telah dilakukan pada 7 Mei lalu. Justeru, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulu penerima daripada kategori isi rumah menerima RM300 dan […]

error: Content is protected !!