Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom January 8, 2019 @ 4:00pm

Yuna X Christy Ng, koleksi yang perlu ada dalam gerobok anda!

Kuasa wanita, adalah inspirasi utama di sebalik kolaborasi penyanyi dan pencipta lagu, Yunalis Zarai dan pereka kasut terkenal Christy Ng dalam menghasilkan rekaan terhad sepatu dan beg tangan Yuna X Christy Ng yang dilancarkan di Pusat Galeri Jualan, Bukit Bintang, Sabtu lalu.

Koleksi yang menawarkan tujuh variasi warna untuk beg pelana (saddle bag) dan lima rona mengancam untuk sepatu, dilihat sebagai aksesori pelengkap gaya wanita yang wajib ada dalam gerobok pakaian fashionista moden.

Setiap rekaan direka bersama universaliti dan dalam masa sama mengekalkan keselesaan untuk wanita menggayakannya.

Foto: Instagram Yuna

“Apabila Yuna dan saya duduk berbincang, kami mahu menghasilkan sesuatu di mana semua wanita, sedari usia 18 tahun sehinggalah para ibu boleh menggayakannya.

“Kami mahukan sesuatu yang praktikal tetapi stylish. Seperti diminta Yuna, bukan saja dia boleh memakainya dari pagi hingga ke malam, malah sesuai juga digayakan ibunya,” kata Christy Ng.

Functionality adalah kata kunci koleksi ini, di mana setiap sepatu yang dihasilkan mempunyai ketinggian kurang dua inci, namun masih dapat menyerlahkan ketinggian seseorang tanpa perlu mengorbankan keselesaan si pemakai.

Foto: Instagram Yuna

Malah inovasi rekaannya juga membantu untuk mencipta ilusi kaki yang lebih panjang, selain sempurna digayakan dalam apa juga persalinan.

Sementara itu, beg tangan beraneka warna dihadirkan bersama tali yang boleh ditukar dan bersaiz sempurna untuk memuatkan segala keperluan harian anda seperti telefon pintar dan dompet.

Seperti kebanyakan perkenalan di zaman media sosial, Yuna dan Christy pertama kali bertemu di atas talian menerusi Instagram tahun lalu.

Foto: Instagram Yuna

“Saya membeli kasut (Christy Ng) pertama saya pada awal tahun lepas. Saya jatuh cinta dengan setiap koleksi rekaannya dan berhasrat untuk bertemu dengannya.

“Suatu malam, saya melihat Instagram peribadinya dan meninggalkan pesanan adakah anda mahu bekerja bersama-sama?” kata pemuzik berbakat itu.

Pelawaan Yuna disambut baik dan enam bulan kemudian menyusul koleksi kolaborasi mereka yang cukup dinanti-nantikan ramai. Malah, harga yang ditawarkan bagi setiap satu koleksi ini amat berpatutan iaitu RM189.00.

Christy menambah, sambutan yang diterima cukup luar biasa. Malah beberapa koleksi mula terjual sebelum penjualan rasminya dilakukan.

“Pelanggan yang datang ke pejabat saya berkata, ‘saya mahu membeli koleksi Yuna X Christy Ng!’. Sambutan yang diberikan cukup baik sekali dan saya sangat bersyukur,” kata Christy.

Foto: Instagram Yuna

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Jul 2025

Wany Hasrita Pilih Berlari & Scuba Diving Sebagai Terapi Diri – “Ini Cara Saya Reset Fikiran”

Berlari dan menyelam skuba dapat meningkatkan staminanya sebagai penyanyi.

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Events Mon, 24 Feb 2025

“Dia Tak Kosong, Bersahaja & Tenang” – Sherry Alhadad Puji Sissy Imann Kendali Pentas AJL39

“ Sissy kelihatan sangat bersahaja dan tenang. Ini menunjukkan dia sudah tahu kelebihannya. Go girl!”- Sherry Alhadad

Featured Fri, 12 Jun 2026

“Saya Pun Dah Terjebak, 2 Malam Tidur Lewat” – Dr Asyraf Wajdi Disamakan Dengan Watak Utama Drama Korea ‘Teach You A Lesson’

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut tidak melepaskan peluang mengikuti drama berkenaan selepas namanya beberapa kali dikaitkan oleh netizen

Featured Wed, 17 Dec 2025
Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

Featured Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!