Eat Travel By: Ad Ops January 10, 2019 @ 12:32pm

Resipi tart telur ala Hong Kong

Antara pemanis mulut atau snek yang digemari oleh semua peringkat umur ialah tart telur. Bukan saja enak dimakan, tetapi juga mudah disediakan.

Lazimnya, pastri tart telur lembut dan agak rapuh, manakala tekstur isi kastard pula halus dan manis.

Tart telur yang biasa kita lihat di pasaran adalah jenis yang berasal dari Hong Kong. Resipinya dikatakan diilhamkan oleh Portuguese Egg Tarts yang diperkenalkan di Macau pada awal kurun ke-20.

Memandangkan Macau dekat saja dengan Hong Kong, orang tempatan telah mengubah suai resipi dan rupa tart telur Portugis ini mengikut rasa tempatan dan menghidangkannya bersama dim sum Kantonis untuk sarapan.

Jangan ingat tart telur dari Hong Kong dan Macau adalah serupa kerana versi Hong Kong sama dengan tart kastard British dengan isi kastard yang lembut dan berkilat.

Jika anda ingin cuba menghasilkan sendiri tart telur Hong Kong ini, ikuti resipi di bawah.

Bahan

A. Isi kastard

  • 4 biji telur bersaiz sederhana, dipukul sehingga gebu
  • ¾ cawan air panas
  • 6 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • ¼ cawan susu sejat
  • Sedikit esen vanila (opsyenal)

B. Adunan pastri

  • 2 cawan tepung kek
  • 113 gram mentega tanpa garam, dibiarkan pada suhu bilik
  • ¼ cawan gula serbuk
  • 2 sudu besar telur yang telah siap dipukul
  •  Secubit garam
  • Sedikit esen vanila (opsyenal)

Alat yang diperlukan: pembalut plastik (plastic wrap), loyang tart, sedikit minyak untuk loyang

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar ke suhu 200˚C

2. Untuk membuat isi kastard, cairkan gula dan garam dengan air panas. Kacau sehingga larut, kemudian biarkan sejuk.

3. Pukul telur dan kemudian asingkan 2 sudu besar telur itu untuk pastri. Campurkan air gula tadi serta susu sejat (jika anda ingin tambahkan vanila, masukkan juga ketika langkah ini). Kacau hingga sebati.

4. Tapiskan isi kastard ini supaya tiada gumpalan. Simpankan di dalam peti sejuk sementara anda membuat pastri.

5. Bagi membuat pastri, tapiskan tepung, gula dan garam dalam mangkuk besar. Kemudian tambahkan mentega lembut. Gaul dengan tangan. Hati-hati, jangan terlebih adun kerana ia boleh membuatkan pastri menjadi keras.

6. Tambahkan 2 sudu besar telur dan gaul lagi hingga lembut. Jika adunan itu terlalu melekit, sapukan tepung pada tangan.

7. Adun hingga menjadi bentuk bola dan balutkannya dengan pembalut plastik. Letakkan di dalam peti sejuk selama 30 minit atau hingga adunan keras sedikit.

8. Keluarkan adunan daripada peti sejuk dan bahagikan kepada 16 bahagian sama rata.

9. Sapukan sedikit minyak pada loyang. Ambil satu bahagian adunan, adun menjadi bentuk bola dan letakkan di dalam lubang loyang.

10. Tekankan dengan jari hingga menjadi mangkuk kerak. Ulang langkah sama untuk 15 bahagian lagi. Pastikan kesemua kerak mempunyai ketebalan yang sama, tetapi bahagian bawahnya jangan dibiarkan terlalu tebal.

11. Tuangkan isi kastard ke dalam mangkuk kerak sehingga 3/4 penuh.

12. Bakar selama 15 ke 20 minit sehingga permukaan kastard tadi menjadi emas keperangan dan sebatang pencungkil gigi boleh berdiri tegak apabila dicucuk ke dalam kastard.

13. Biarkan sejuk untuk beberapa minit dan keluarkan tart telur daripada loyang. Hidang ketika masih panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty, Tasteasianfood

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 8 Oct 2018
Eat Travel Mon, 7 May 2018

Marion Crepe Hidangkan Lempeng Nipis Yang Rangup Dan Sedap, Anda Bila Lagi Nak Cuba?

Jom try kelainan crepe yang super awesome di Marion Crepe ini. Gerenti sedap!

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Resipi Nasi Komok yang sangat sedap dan mudah

Enak dimakan seisi keluarga

Eat Travel Wed, 13 May 2020

Min House Camp tawar pelbagai aktiviti pelancongan di bawah satu bumbung

Alam semula jadi dimanfaat sepenuhnya di sini

Eat Travel Wed, 19 Sep 2018

Terus Lapar Kan Tengok Mee Udang Banjir Ini? Rasa Nak Ke Kuala Selangor Sekarang!

Bayangkan mangkuk mee anda dibanjiri udang galah dan udang harimau, wow sedapnya!

Eat Travel Mon, 29 Jul 2019
Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

10 Benda Yang Patut Ada Dalam Beg Carry-On Sekiranya Penerbangan Anda Tergendala

Bila anda tersangkut di airport berjam-jam, kalau boleh anda nak rasa selesa.

Eat Travel Tue, 5 May 2020

Ingatkan hiasan, rupa-rupanya makanan. Cantik sungguh!

Boleh buat hiasan dinding jika mahu

Eat Travel Tue, 12 Jun 2018

Pasta Yang Anda Mesti Tahu Masak Adalah Spaghetti Bolognese, Ini Dia Resipinya

Anda patut tahu masak sekurang-kurangnya satu jenis pasta.