Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom January 17, 2019 @ 11:00am

Betul ke yang dalam kelab itu juara Dewi Remaja? Baru saja menang dah buat hal!

Sehari selepas dimahkotakan gelaran Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, mengejutkan ramai pihak apabila satu video pesta arak membabitkan gadis mirip wajahnya termasuk sebilangan peserta pertandingan itu tersebar luas dan tular di laman sosial. 

Meskipun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh pihak penganjur berhubung perkara itu, namun bentuk tindakan sewajarnya yang perlu diambil sedang dalam proses perbincangan sekiranya Haneesya bersama yang lain didapati terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu. 

Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) selaku penganjur menjelaskan pihak mereka sedang menjalankan siasatan berkaitan isu berkenaan selepas video itu menjadi perdebatan hangat netizen termasuk mempertikaikan kredibiliti juara pertandingan itu, selepas video berkenaan tersebar Isnin lalu, sehari selepas malam kemuncak pertandingan itu diadakan.

Ramai percaya, pesta arak itu diadakan sebagai meraikan kemenangan Haneesya dalam pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.

Lantaran kejadian itu, rata-rata netizen menggesa pihak penganjur mengambil tindakan tegas dan tidak berdiam diri biarpun program itu sudah berakhir. 

Menerusi ruangan komen, netizen turut mendesak gelaran juara yang diberikan kepada pemenangnya ditarik balik kerana dirasakan tidak memberi contoh yang baik kepada masyarakat

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram Majalah Remaja, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

“Selaku pemilik jenama Dewi Remaja. Nu Ideaktiv memandang serius video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/2019.

“Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan sewajarnya akan diambil,” kata kenyataan yang dimuat naik kelmarin.

Dalam satu posting lain, pemilik akaun @sistur_stalker turut memuat naik screenshot status Facebook Nur Sakuraneeda Famili yang dipercayai ibu kepada Haneesya yang meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan anaknya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ni pelanduk dua serupa Dewi Remaja yg baru menang tu ke?

A post shared by sistur_stalker™ (@sisturz_stalker) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Status fb ibu kepada Dewi Remaja 2018/2019, anak dia silap pilih kawan, cultural shock. Sabar je lah makcik

A post shared by sistur_stalker™ (@sisturz_stalker) on

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 26 Mar 2025

Kolaborasi Dengan Hot FM, ‘Contest Berbuka Puasa’ Temukan Alyph & Peminat – “Teruja Dapat Luangkan Masa Istimewa Ini “

Penyanyi rap asal Singapura, Alyph akhirnya menjalankan kolaborsi bersama dalam satu acara istimewa yang dipanggil  ‘Contest Berbuka Puasa’.

Trending Mon, 17 Dec 2018

Muka Saya Hilang Kerana Kebakaran, Boleh Tak Awak Bagi Saya Muka Baru?

Surat Polos Kanak-Kanak Ini Kepada Santa Claus Buat Netizen Sebak

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Tue, 30 Jun 2026

Isu Pasangan Curang Dengan Isteri Orang, Abby Abadi Tampil Respons – “Kalau Setakat Baru Mesej Boleh Usaha Baiki Hubungan Lagi”

bby Abadi tampil berkongsi pandangannya berhubung masalah yang dihadapi seorang individu wanita yang buntu berdepan dengan sikap pasangannya yang didakwa berlaku curang.

Featured Wed, 27 Jul 2022
Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Featured Sun, 4 Sep 2022
error: Content is protected !!