Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom January 18, 2019 @ 6:06pm

Positif hadapi ujian, kenali 7 selebriti tempatan juga penghidap kanser

Perhatian berlebihan diberikan masyarakat terhadap golongan selebriti, membuatkan umum lupa bahawa mereka juga manusia biasa.

Kehidupan yang diuji dengan pasang surut, baik dalam kerjaya, perhubungan mahupun kesihatan, sebagaimana dialami orang lain.

Tujuh selebriti Malaysia ini, antara mereka yang sedang berjuang untuk meneruskan hidup walaupun diserang kanser. 

1. Puteri Balqis 

 

Foto: Rojak Daily

Kesihatan bintang cilik, Puteri Balqis Azizi mula menimbulkan tanda tanya orang ramai apabila dia berkongsi di laman Instagramnya #fightcancer. 

Status itu memberi gambaran yang pelakon kanak-kanak berkenaan sedang sakit dan berjuang melawan kanser, meskipun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.

Melalui kenyataan ibu pelakon kanak-kanak itu, Norashikin Abdul Aziz, semangat anaknya semakin kuat walalupun berhadapan dengan masalah kesihatan. 

2. Amin Hayat 

Foto: glamlelaki.my

Amin Hayat mengejutkan ramai penonton berita TV9 apabila tampil berimej botak ketika bersiaran. Beliau disahkan menghidap Alopesia yang menyebabkan keguguran rambut di bahagian belakang secara bertompok-tompok.

Disebabkan imej pembaca berita tidak boleh keterlaluan, Amin hampir berputus asa untuk meneruskan kerjayanya.

Keputusannya membotakkan kepala juga inspirasi dari mendiang Julia Perez atau Jupe yang meninggal dunia kerana kanser. Kini, beliau tidak berputus asa mendapatkan rawatan bagi merawat masalah berkenaan. 

3. Elyana 

Foto: mStar

Berita penyanyi Elyana menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap 4 benar-benar meluluhkan hati masyarakat Malaysia terutama peminat dan mereka yang  mengenali dirinya. 

Kenyataan itu dikongsi sendiri oleh Elyana sewaktu menyertai program Gegar Vaganza musim ke-4. Elyana turut memberi nasihat kepada pesakit kanser lain agar terus kuat menempuhi ujian yang sedang dilalui itu. 

Kami mengharapkan Elyana juga kuat untuk melawan kanser ini!

4. Ardell Aryana 

Foto: XTRA

Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan rakan karibnya juga seorang pelakon, Ardell Aryana sedang menderita sakit.

Biarpun masih menjadi tanda tanya mengenai penyakit yang dihadapi, Nadzmi seakan memberi bayangan yang pelakon wanita itu sedang menghidapi kanser. 

Dalam perkongsian Instagram miliknya juga, Nadzmi memohon peminat untuk mendoakan kesihatan Ardell supaya pulih seperti sedia kala. 

5. Wafa Abdul Kadir

Foto: bharian

Pelakon wanita senior, Wafa Abdul Kadir sebelum ini pernah dilaporkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan kini berdepan pula kanser peritoneal tahap 4. 

Walaupun berhadapan ujian getir, pelakon itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak. 

Berikutan sakit yang dialami itu, beliau banyak mengingatkan dirinya betapa ujian Tuhan itu datang dalam pelbagai cara dan kita harus melihat segalanya dari sudut positif. 

6. Datuk Lee Chong Wei

Foto: SAYS Malaysia

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh negara Datuk Lee Chong Wei didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal. 

Terdahulu, Chong Wei pernah mendapatkan rawatan di Taiwan dan memberi maklum balas baik terhadap rawatan yang diterima. Kini beliau kembali aktif dalam pertandingan dan kejuaraan badminton peringkat dunia.

7. Mak Jah 

Foto: mStar

Pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah terpaksa mengurangkan aktiviti seninya apabila disahkan menghidap barah rahim setelah membuat pemeriksaan di hospital.

Menurutnya, simptom yang dialami adalah demam dan sakit sendi, namun sebelum ini beliau mengakui menghidap kencing manis dan darah tinggi. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan beliau menghidap barah rahim tahap pertama. 

Ketika mendapat tahu hal itu, Mak Jah merasakan dunia seakan terbalik, menjadi tidak tentu arah, terkejut dan buntu.

Hijab & heels berharap kesemua selebriti ini tabah dan kuat berdepan dugaan Tuhan! 

 

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 14 Aug 2018

Internet Untuk Remaja Malaysia Akan Dihadkan Dari Pukul 12 Ke 6 Pagi Setiap Hari?

Ini adalah untuk mencegah ketagihan terhadap kemudahan teknologi ini.

Featured Mon, 17 Feb 2020
Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

Sihat Wed, 10 Apr 2019

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Risiko keguguran berkurangan apabila kandungan mencecah usia 28 hingga 30 minggu.

Featured Wed, 11 May 2022
Featured Sun, 19 Apr 2020

Kaji Selidik Solidariti fokus empat regimen rawatan COVID-19

Pesakit turut dikenal pasti sertai kajian

Eat Travel Sat, 28 Sep 2019

Cara yang kreatif untuk anda memasak kubis bunga

Bukan sekadar lazat malah baik untuk kesihatan anda!

Sihat Thu, 6 Sep 2018

Inilah Cara-Cara Paling Sihat Untuk Memasak Telur

Jika anda nak jaga badan, bolehlah ikuti tip ini.

Featured Wed, 21 Aug 2019

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Penat saja minum tetapi tiada manfaatnya.

Featured Sun, 5 Apr 2020
error: Content is protected !!