Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops January 24, 2019 @ 11:00am

Kerajaan benarkan syarikat bas naikkan tambang sebanyak 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Adakah anda miliki sebarang perancangan untuk pulang ke kampung pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini?

Bagi anda yang akan menaiki bas ekspres dari 1 Februari hingga 10 Februari ini, anda perlu membayar 10 peratus lebih daripada harga tambang biasa.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali, berkata kerajaan telah mengizinkan kenaikan harga ini ketika musim perayaan ini untuk menampung kos operasi tambahan.

Ashfar berkata selalunya akan ada ramai orang dari pusat bandar yang ingin menuju ke kampung halaman, dan mereka akan memilih pengangkutan bas.

“Ini bermakna banyak bas akan pulang ke pusat bandar dengan tanpa seorang pun penumpang. Inilah cara untuk syarikat operasi bas pulih semula dari segi keuntungan.

“Kami bersyukur kerana langkah ini akan mengurangkan beban pengusaha bas,” katanya.

Foto: Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Ashfar berkata, pihaknya berharap kenaikan harga ini akan menjadi insentif bagi syarikat bas untuk menambah jumlah bas demi memenuhi permintaan pengguna yang bertambah.

“Tanpa inisiatif seperti ini, jumlah bas yang beroperasi tidak akan cukup. Sebelum ini kami terpaksa meminta pemandu bas untuk mengambil syif tambahan; kadangkala syarikat bas terpaksa mengupah pemandu tambahan,” katanya.

Bagi membantu syarikat bas membuat anggaran mengenai berapa banyak bas tambahan yang akan diperlukan, Ashfar menasihatkan penumpang untuk membeli tiket awal.

“Kami tidak ingin merosakkan waktu cuti sesiapa atau membantutkan hajat mereka untuk pulang. Kami risau mereka tidak dapat membeli tiket jika mereka tunggu hingga ke saat akhir,” katanya.

Foto: NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

Beliau juga memberi amaran kepada pengguna untuk tidak membeli tiket daripada penjual yang tidak sah.

“Penumpang perlu berwaspada dan terus membuat laporan kepada pihak berkuasa jika pemandu bas yang mereka naiki memandu secara berbahaya,” katanya

Sumber: The Star

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.   View this post on Instagram   A post shared by 🇫🇷 […]

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Teruskan Tradisi Berkongsi Rezeki, Amal Kebajikan Setiap Ramadan.. A Aida Pegang Pesanan Arwah Ayah: “Sedekah Itu Ubat Segala Penyakit”

Datuk A Aida tidak pernah lupa meraikan staf syarikat produksinya, A Aida Productions, serta rakan-rakan terdekat melalui majlis berbuka puasa.

Hiburan Mon, 3 Nov 2025

Artis, Krew ‘Kerasukan’ Ketika Jalani Penggambaran Filem Seram? Shuhaimi Lua Dakwa Wanie Ooi & Noralbaniah Terkena Gangguan

Shuhaimi Lua mendakwa pelakon serta krew mengalami gangguan ketika menjalani penggambaran filem Manrobbuka.

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Muka Berubah Bila Aku Tegur…” – Atiq Azman Dakwa Ada Selebriti Rasa Diri Terlalu ‘Star’, Pilih Kawan Di Set

Atiq turut mendakwa dia dapat merasakan perubahan riak wajah pelakon terbabit apabila cuba bertegur sapa, berbeza dengan layanan yang diberikan kepada rakan-rakan lain.

error: Content is protected !!