Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops January 29, 2019 @ 9:00am

5 sebab anda perlu guna produk penjagaan kulit yang mengandungi Squalane

Anda mungkin pernah terjumpa perkataan squalane ketika membaca senarai ramuan dalam produk penjagaan kulit baharu, atau pernah terdengar orang di sekeliling menyebutnya.

Squalane ialah bahan yang perlu tahu dan sebaik-baiknya memastikan produk yang mengandungi squalane digunakan dalam rutin penjagaan kulit anda.

Tetapi sebelum itu, jangan keliru, kerana ada dua bahan kimia yang berbeza, iaitu squalene dan squalane.

Pakar kulit, Dr Rachel Nazarian, berkata squalene yang boleh ditemui dalam kulit ialah molekul berlemak yang sangat versatil.

“Bahan ini mengekalkan kelembapan kulit dan merupakan sejenis antioksida yang mempunyai ciri-ciri antipenuaan bagi meneutralkan kerosakan akibat faktor persekitaran,” katanya.

Tubuh manusia menghasilkan squalene (iaitu sebahagian daripada kelembapan semula jadi kulit kita), tetapi jumlah yang dihasilkan dan disimpan di dalam kulit mula menurun apabila mencecah usia 20-an. Inilah sebabnya anda memerlukan produk yang mengandungi squalane.

Foto: AdobeStock

Apakah sebenarnya perbezaan antara squalane dengan squalene? Pertama sekali, squalene sangatlah tidak stabil, cepat rosak dan boleh menyumbat liang pori.

“Squalene sangat reaktif dan teroksida dengan cepat, tetapi apabila melalui proses hidrogenasi, ia bertukar menjadi squalane, iaitu sesuatu bahan yang lebih stabil,” kata pakar kulit dari New York, Dr Debra Jaliman.

Dalam kata lain, squalane datang daripada squalene, tetapi versi yang lebih optimum, mesra kulit serta lebih tahan lama. Bahan ramuan yang selalu anda lihat terkandung dalam produk penjagaan kulit ialah squalane.

Kata Dr Jaliman, ciri-ciri molekul squalane juga serupa dengan membran sel kulit manusia, justeru boleh diserap dengan cepat.

“Bahan ini sangat ringan dan mempunyai formula yang tidak berminyak, dan ini menjadikannya selamat untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

“Squalane jarang mengakibatkan jerawat atau reaksi alergi, memandangkan ia boleh dijumpai di dalam kulit kita manusia secara semula jadi,” katanya.

Menurut Pengarah Kajian Kosmetik dan Perubatan dalam Dermatologi di Mount Sinai Hospital, New York, Dr Joshua Zeichner, secara tradisionalnya squalane diperoleh daripada hati ikan jerung.

“Meskipin agen ini diperoleh daripada ikan jerung, teknik yang digunakan untuk mengekstrak squalene lebih mesra alam dan bebas daripada mekanisme yang mengancam haiwan itu.

“Kini squalane boleh diekstrak daripada sumber tumbuhan iaitu buah zaitun,” katanya.

Foto: Simple Skincare Science

Tip: Squalane juga boleh digunakan untuk rambut apabila hujung rambut anda terasa kering.

Secara kesimpulannya, squalane:

  • Selamat untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berjerawat dan berminyak
  • Tidak menyebabkan liang pori tersumbat
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat faktor persekitaran dan mengurangkan pigmentasi, kesan-kesan penuaan dan membantu dalam pembaharuan sel kulit.
  • Berciri ringan tetapi mempunyai kuasa hebat dari segi hidrasi. Ia dapat diserap dengan cepat ke dalam kulit, jadi tidak meninggalkan kesan berminyak.
  • Sesuai untuk melembapkan kulit kering dan melegakan sebarang keradangan pada kulit.

Sumber: Health.com, Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 26 Nov 2018

Kylie Jenner Dinobat Sebagai Ikon Fesyen 2018

Kylie memberikan keuntungan yang banyak kepada setiap jenama pakaian yang digayakan seperti Adidas, Dior, Victoria’s Secret dan Alexander Wang.

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

Labur RM1 Juta Untuk Kecantikan Demi Peroleh Wajah Seperti Patung Barbie? Wow Dahsyat!

Obsesi Bella pada kecantikan, berputik sedari usia remaja!

Featured Wed, 8 Apr 2020

Impikan rambut sempurna? Ikuti 4 panduan mudah ini

Tidak perlu ke salun, buat sendiri di rumah.

Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Dulu Pelarian Syria, Kini Lancar Jenama Kasut Mewah Di Perancis

Essa mula belajar menjahit daripada neneknya, tetapi terpaksa meyakinkan ibu bapanya bahawa bidang fesyen bukan hanya untuk wanita saja.

Oh Lawa Sat, 6 Jul 2019

Sudahlah jimat, kesannya sama seperti mandi bunga di spa mahal!

Anda akan rasa sangat lega selepas melakukannya!

Featured Thu, 31 Jan 2019

Himpunan Busana Perkahwinan Memikat di The Wedding KL

Hatta Dolmat menampilkan kolekis paling menawan! 

Featured Fri, 21 Feb 2020

Linda Rafar & Diana Rafar bongkar rahsia kecantikan

Ketahui rahsia adik-beradik itu kekal cantik berseri

Oh Lawa Wed, 11 Apr 2018

Ini Rahsia Air Kelapa Yang Anda Tidak Tahu, Baik Untuk Kesihatan Dan Kecantikan!

Kalau anda nak tahu, air kelapa boleh dijadikan penawar bagi tubuh yang beracun kerana ia mampu melarutkan racun dalam perut buat sementara waktu.

Oh Lawa Thu, 23 May 2019
error: Content is protected !!