Featured By: Ad Ops January 31, 2019 @ 11:00am

Tatu baharu Ariana Grande bermaksud ‘7 Rings’ dalam bahasa Jepun tetapi ejaannya salah!

Lagu terbaharu Ariana Grande, 7 Rings mendapat sambutan hebat peminat muzik di seluruh dunia sejak pelancarannya awal bulan ini.

Bagi menyambut kejayaan itu, penyanyi kecil molek ini menambah satu lagi tatu ke dalam koleksinya

Kali ini, dia memilih frasa “7 Rings” dan menempatkannya di tapak tangannya. Teruja, Ariana telah berkongsi gambar tatu ini di laman Twitter, khusus untuk pasaran Jepunnya.

Bagaimanapun, peminatnya terus memaklumkan bahawa ejaan tatu itu adalah salah.

Tatu itu merangkumi dua huruf kanji: “七,” yang bermaksud “tujuh” dan “輪,” yang bermaksud “gelung”, “bulatan” atau “cincin-cincin”.

Secara berasingan, kedua-dua huruf itu memang boleh diterjemahkan kepada “tujuh cincin” tetapi apabila dituliskan bersama, lain maksudnya!

“七輪”, seperti yang tertera pada tapak tangan Ariana, diterjemahkan kepada sebuah perkataan Jepun yang berbunyi “shichirin”.

Shichirin ialah sebuah gril arang yang kecil dan ringan!

Foto: tablinstore

Menerusi satu Tweet yang telah dipadamkan, Ariana mengaku memang ada kesilapan di situ, memandangkan ada sebuah huruf yang telah tertinggal.

“Ya, ‘つの指’ sememangnya patut ditulis di antara dua huruf tatu itu.

“Pada waktu itu saya tidak tahan untuk mengharungi satu lagi lukisan huruf tatu.

“Lagipun kulit pada bahagian tangan ini senang menggelupas, jadi tatu ini tidak akan tahan lama. Jika saya nakkannya balik, saya akan melalui seluruh proses ini semula,” balasnya kepada satu pertanyaan oleh seorang peminat.

Hmm… lain kali periksa dulu sebelum bertindak!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Jun 2023
Trending Sun, 7 Jun 2020
Featured Thu, 21 May 2020

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Kerajaan bimbang penularan wabak COVID-19 kembali rancak

Trending Tue, 23 Aug 2022

“Spoil Tengok Bengkung Tu” – Netizen Tegur Busana Merah Hannah Delisha Di KLFW

Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun KLFW memang menjadi acara tumpuan pada saban tahun. Dihadiri ramai selebriti tempatan bagi memberi sokongan kepada pereka fesyen tanah air, KLFW dilihat sebagai medan kepada selebriti untuk menggayakan fesyen tersendiri […]

Trending Thu, 29 Oct 2020
Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kreatif! Netizen Terhibur Amyra Rosli Kembangkan Saiz Kasut Anak

Boleh cuba lah ek kalau beli kasut terkecil size

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023
Trending Fri, 12 Apr 2024