Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 8, 2022 @ 1:22pm

[VIDEO] “Begitu Murahnya Maruah Kamu Di Mata Suami” – Isu Bersalin Guna Doktor Lelaki, Ustaz Pula Bagi Pandangan

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika proses bersalin sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Terbaharu, isu tersebut sekali lagi menjadi hangat apabila suami kepada Siti Afifah iaitu Ustaz Zaidi Tohirin turut menyuarakan pendapat yang sama dengan isterinya dalam sebuah sesi siaran langsung.

Menerusi rakaman video yang tular itu, Zaidi mempersoalkan dan meluahkan rasa kecewa terhadap golongan suami yang membiarkan isteri menyambut kelahiran bayi dengan menggunakan khidmat doktor lelaki.

“Sampai seteruk itu kamu letakkan maruah isteri kamu, biadari kamu di dunia ini. Kamu buat macam tu.

“Pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon saya. Kata bini nak bersalin, doktor minta RM10,000, minta duit dekat ustazah.

“Hey kamu lelaki, kamu suami, kamu la bertanggungjawab. Waktu kamu bersama isteri pada malam pertama, apa kamu tidak terfikir kamu akan ada anak?

“Jangan sedapnya saja kamu ambil. Hey lelaki, dayus kamu,” ujarnya.

Tambah pendakwah itu lagi, pihak suami perlu bersedia dalam segi kewangan apabila isteri mengandungkan bayi malah mempersoalkan tanggungjawab seorang suami yang melepas tangan.

“Sepatutnya, malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu, sembilan bulan Allah bagi tempoh untuk kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.

“Hanya dikenakan beberapa ringgit saja, kamu sanggup serahkan maruah. Para isteri, sedarlah begitu murahnya mata kamu di mata suami kamu.

“Mana pengorbanan seorang suami sepatutnya seorang suami, demi maruah, demi kemudahan, keselesaan isteri yang berjuang melahirkan anak sama ada dua kemungkinan boleh jadi hidup, boleh jadi mati, sedang berjuang.

“Kamu sedap-sedap saja ya, malam pertamanya sedap, lepas itu sembilan bulan tu semua kau sedap-sedap saja, makan sedap, segala-galanya sedap, hisap rokok, kau tak fikir benda tu..membazir,” tambahnya.

@scorpion.merah Bincangkan .. #ustazahtiktok #fyp #viral #malaysia #fypシ #roadto10k ♬ original sound – 𝔰𝔠𝔬𝔯𝔭𝔦𝔬𝔫 𝔪𝔢𝔯𝔞𝔥

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap rakaman tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

CNBLUE’s Yonghwa Shares Truth Behind Kyunghee University Scandal

There were untruths in reports and Yonghwa has cleared them up.

Featured Tue, 5 May 2026

Enggan Dituduh Penakut, Nubhan Tampil Pertahan Diri – “Banyak Sangat Fitnah! Makin Diam, Makin Menjadi”

Nubhan mengakui timbul pelbagai fitnah yang berlaku sebelum ini sehingga memaksanya untuk tampil mempertahankan diri.

Trending Fri, 6 Mar 2020
Trending Wed, 17 Jun 2020

PKPP: Aktiviti Seminar, Kursus, Bengkel Dan Modul Latihan Kini Dibenarkan

Buat agensi yang menganjurkan aktiviti seminar, bengkel..

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Nazim Othman Atau Nazimah?

Apa cerita pulak ni…

Trending Sun, 4 Jul 2021
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Selepas Pujaan Hati Kanda, Kini Turn Leftenan Zana Pula Kena Kecam

Betul Ke Ada Yang Tak Kena Dengan Drama Leftenan Zana?

error: Content is protected !!