Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom February 4, 2019 @ 11:00am

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Dalam pada sibuk menunaikan ibadah umrah, pelakon dan pengacara, Elfira Loy, masih sempat mendoakan kejayaan buat bekas tunangannya, Sufian Suhaimi, yang beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) malam tadi. 

Menerusi tweet yang dimuat naik Elfira, dia menulis: “Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang hari ni. Semoga dengan kemenangan awak, “derita” & penceritaan awak akan habis.”

Foto: Astro Gempak

Penyanyi Sufian Suhaimi tidak memandang negatif tweet yang dimuat naik oleh bekas tunangnya, Elfira Loy.

“Terima kasih kerana mendokan saya, mendoakan yang baik-baik. Saya rasa niat itu bagus untuk mendoakan kebaikan saya.

“Tiada apa yang silap pun mengenai tweet itu. Tapi, ada banyak lagi komen positif saya dapat malam ini.

“Bukan sahaja dari kalangan netizen, saya juga mendapat pujian dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza

“Perkara terbabit lebih menarik perhatian saya untuk saya fikirkan sebelum tidur malam ini,” katanya usai AJL 33 berlangsung.

Sufian berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik AJL 33 menerusi lagu Di Matamu sekali gus membawa pulang wang tunai RM12,000 dan Samsung Galaxy A9 tajaan Samsung.

Persembahan ala ‘pelamin anganku musnah’ dengan menggunakan prop seperti pelamin, tirai putih dan lampu candelier, seakan sama dengan pelamin perkahwinan Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar, mengundang rasa emosi penonton. 

Foto; Nina Mirza

Foto: Instagram Sufian Suhaimi

Ramai yang menzahirkan rasa sebak dan mengalirkan air mata gara-gara terkesan dengan persembahan Sufian.  

Penyanyi Wany Hasrita, dilihat mengesat air mata sebaik Sufian selesai membuat persembahan lagu Di Matamu di pentas AJL 33, semalam. 

AJL33 menyaksikan lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang dipersembahkan Hael dan Dayang Nurfaizah diangkat sebagai Lagu Terbaik. Sekali gus, membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Ini adalah kemenangan kedua Hael selepas pernah menang di AJL32, tahun lalu melalui lagu Jampi.

Naib Juara menjadi milik lagu ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok berjudul Bunga nyanyian Ara Johari yang memenangi hadiah wang tunai RM35,000.

Lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri nyanyian Misha Omar merangkul tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM20,000.

Selepas kali terakhir memenanginya pada AJL14 tahun 2004, Vokal Terbaik AJL33 kali ini kembali menjadi milik Misha Omar yang memberi persembahan vokal memukau melalui lagu Sampai Bila.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 31 Dec 2022

Maryam Durian Kimchi Menari Bersama Nenek, Netizen Tertarik Foto Makkah Di Dinding – “Legend Betul Frame Gambar Tu”

Pempengaruh Maryam Younarae yang terkenal dengan telatah lucunya menari bersama nenek semasa di Korea sebelum pulang ke Malaysia. @uyounikBefore go back to Malaysia buat memories dengan nenek❤️♬ original sound – eric4fuksakes Menerusi hantaran di laman […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Kami Kongsikan Cara Gen-Z Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Gaya Tersendiri. Barulah Lebih Kik!

Sebut mengenai Hari Raya mesti ramai yang excited kan? Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba baru! Berbincang mengenai Hari Raya, tahukah korang golongan gen-Z atau […]

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Trending Thu, 9 Apr 2020
Trending Mon, 29 May 2023
Trending Thu, 10 Sep 2020

Kedah Cadang Laksana Semula PKPD

jangan abaikan tahap kesihatan korang!

error: Content is protected !!