Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom February 12, 2019 @ 3:00pm

Pandora hadirkan koleksi peribadi, kekasih dan persahabatan sempena Hari Kekasih

Hari Kekasih sering menjadi saat indah dengan luahan rasa cinta dan kasih sayang. Bagi sesetengah masyarakat, pemberian hadiah cenderahati harus ada bagi meraikan dan menghargai mereka yang tersayang.

Untuk menzahirkan rasa cinta pada pasangan atau insan istimewa, Pandora kembali menawarkan koleksi barang kemas yang elegan dan sesuai untuk dijadikan pilihan.

Koleksi khusus jenama ini diketengahkan menerusi set perhiasan seperti anting-anting, rantai leher, gelang dan cincin emas serta perak.

Semngat tahun 2019, Pandora tampil dengan koleksi terkini dengan rekaan lebih anggun dan moden. 

Sempena kehangatan tahun baharu dan kedatangan Hari Kekasih, Pandora tampilkan tiga koleksi merangkumi himpunan untuk meraikan diri sendiri, kekasih dan persahabatan. 

Antara tiga koleksi berkenaan adalah Love Edit, Wear Your Wishes dan She Loves Being Loved.

 

1. LOVE EDIT

Himpunan ini adalah merujuk kepada meraikan cinta dalam pelbagai bentuk seperti untuk diri sendiri, sahabat dan kekasih. Koleksi For You to You lebih kepada penghargaan diri sendiri dan paling penting adalah mengikut naluri hati anda. Oleh itu, rekaannya berbentuk Arrow to Love yang mewah hadir dengan saduran emas 18 karat bersama-sama rantai perak sterling. 

Koleksi Girl Squad menampilkan rekaan unik untuk anda membuat kejutan kepada sahabat karib, manakala koleksi Best friend sentuhannya bersifat lebih peribadi.

Foto: The Art Of Pandora

 

2. WEAR YOUR WISHES

Meraikan ekspresi diri tiada batasan. Rekaan terbaru seperti Wishbone dan bentuk berlapis menampakkan sebuah koleksi cukup istimewa. Antara himpunan di bawah koleksi ini adalah Two Tone Stacking, Wish For More dan Minimalism to the Max.

Foto: theartofpandora

3. SHE LOVES BEING LOVED

Sampaikan mesej cinta anda menerusi Pandora! Antara himpunan menarik seperti Newly Dating, Mrs Right, Heart of Gold dan Your Heart hadir dengan pelbagai bentuk serba moden dan cukup diberi keutamaan kerana setiap koleksi ini disadur dengan emas 18 karat.

Foto: theartofpandora

 

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Sun, 3 Jun 2018

Guna 6 Trick Makeup Ini Untuk Ubah Wajah Anda Daripada Biasa Menjadi Gorgeous

Macam-macam magis bisa dilakukan dengan peralatan yang dinamakan solekan.

Featured Sun, 3 May 2020
Featured Wed, 13 Feb 2019

Hendak bergaya ketika memakai baju renang Muslimah, siapa kata tidak boleh?

Pakaian renang Muslimah rekaan MatSalleh Design boleh membantu.

Oh Lawa Mon, 23 Jul 2018

Tak Semestinya Si Natural Beauty, Sesiapapun Boleh Tampak Cantik Berseri Sebaik Bangun Tidur

Amalkan beberapa petua ini untuk kelihatan lebih menarik apabila bangun dari tidur.

Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Sentuhan Magis Raffiey Nasir Jadi Pilihan Selebriti Hollywood

Raffiey Nasir tak menang tangan siapkan tempahan!

Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018

Fesyen Infiniti Tiada Batasan Meriahkan Karpet Merah ABPBH 31

Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan dengan evolusi BH.

Featured Fri, 10 Jan 2020
error: Content is protected !!