Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 22, 2019 @ 11:00am

Inilah hotel pertama di Malaysia yang diberi taraf 5 bintang oleh Forbes Travel Guide!

Baru-baru ini, perkhidmatan penarafan bintang global yang terkemuka, Forbes Travel Guide, mengumumkan pemenang bagi anugerah tahunannya yang berprestij, 2019 Star Award.

Pemenangnya terdiri daripada hotel, restoran dan spa terbaik dari serata dunia yang pihaknya sudah pun periksa dengan teliti dari segi kualiti perkhidmatan pekerja serta kemudahan yang disediakan.

Yang menariknya, satu daripadanya ialah Crockfords at Resorts World Genting, sebuah hotel dari negara kita sendiri! Wah!

Menerusi 2019 Star Award, Crockfords diberi taraf lima bintang. Kini ia adalah satu-satunya hotel di Malaysia dan satu daripada 210 buah hotel antarabangsa yang telah diberi pengiktirafan sebegini oleh Forbes Travel Guide. 

Sedutan daripada ulasan oleh Forbes Travel Guide bertulis, “Penekanan pada kemewahan dapat dilihat menerusi ketelitian yang ditawarkan, dari keselesaan dan rekaan bagi 140 buah bilik dan suite miliknya, ke perkhidmatan sempurna daripada staf yang ramah dan banyak membantu.

“Setiap penginapan menawarkan pemandangan kawasan persekitaran hotel yang bergunung-ganang, tanpa sebarang halangan. Ia membolehkan anda untuk menikmati pemandangan matahari terbit tanpa perlu bangun daripada katil.

“Walaupun ia terletak bersebelahan dengan SkyAvenue – sebuah pusat beli-belah yang juga memuatkan SkyCasino dan taman tema Skytropolis Funland – pintu masuk hotel yang tersorok memastikan bangunan ini terlindung daripada kesibukan pengunjung lain di Genting Highlands.”

Dilancarkan dua tahun lalu, Crockfords berdiri teguh di ketinggian 6,000 kaki dari paras laut. Rekaan dalamannya diinspirasikan oleh rumah agam mewah di London.

 

Ia menawarkan 111 buah bilik Superior, 18 buah Signature Suites (dengan tiga tema berlainan), dan lapan buah Junior Suites.

Kesemua biliknya dilengkapi dengan teknologi canggih yang membolehkan tetamu mengawal keadaan bilik mereka dengan hanya menekan satu butang.

Datuk Edward Holloway, naib presiden eksekutif perhotelan Resorts World Genting meluahkan rasa gembira di atas pemilihan Crockfords untuk 2019 Star Awards.

“Tetapi yang lebih penting, anugerah ini ialah bagus bukan sahaja untuk kami tetapi untuk Malaysia juga.

“Ia membuktikan bahawa Malaysia, sebagai sebuah destinasi, memiliki perkhidmatan mewah yang setaraf dengan hotel-hotel terbaik di dunia, dengan piawaian yang mencapai permintaan tinggi,” katanya.

Menurut gambar-gambar di atas, nampaknya Crockfords memang layak menerima pengiktirafan ini! Adakah anda setuju?

Lihat senarai penuh bagi pemenang 2019 Star Awards di sini.

Sumber: World Of Buzz, EdgeProp

Kredit foto: Forbes Travel Guide

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 5 Sep 2022

“Jadi Lelaki Pun Dah Tak Selamat” – Lelaki Gila S*ks Kantoi Rakam Orang Tengah Ber*k

Jadi lelaki pun tak terlepas dari serangan seksual kan.. Hati-hatilah bila guna tandas awam tu..

Featured Sat, 25 May 2024

Warganet Sifatkan Tak Sesuai Pakai Baju Tonjol Dada Kerana Baru Balik Umrah, Ruhainies Kena Kecam

Wow! tak pernah lagi tengok Ruhainies pakai macam ni❤️🔥

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Pengikut Instagram Tak Ramai, Izzul Faiq Teruja Diberi Peluang Bintangi Filem Arahan Adrian Teh

Izzul Faiq membawa karakter antagonis dalam filem terbaharu arahan Adrian Teh.

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Rekod Anak Dipersoal Tak Setanding MSSM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Semua Atlet Bermula Dari Bawah”

Rita meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang mendakwa kejayaan anaknya di peringkat MRSM tidak boleh disamakan dengan kejohanan MSSM

Hiburan Wed, 14 Sep 2022

Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah 🤲🏼

Featured Thu, 23 Jan 2025

“Fatima Jangan Sedih, Yang Kamu Perlu Tahu Hati Daddy Memelukmu Selamanya” – Fattah Amin

Fattah Amin mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan buat anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya

Hiburan Thu, 23 May 2024
Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!