Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin February 27, 2019 @ 11:27am

8 selebriti Hollywood dan tempatan ini mempunyai nama yang berbeza dengan nama sebenar dan ini sebabnya

Selebriti, tidak kira tempatan atau antarabangsa sebenarnya tidak jauh berbeza dengan masyarakat biasa. Meskipun mempunyai pelbagai kelebihan seperti peluang bertemu dengan ahli-ahli kenamaan (VIP) dan hadir dalam majlis berprestij, mereka juga melalui kehidupan seperti insan biasa.

Hakikatnya kehidupan selebriti sentiasa menarik perhatian ramai. Antara yang menarik perhatian adalah nama yang digunakan selebriti, ada yang unik dan tidak kurang juga yang indah.

Begitu pun, kebanyakan selebiriti dikatakan menggunakan nama pena atau nama pentas yang ada kalanya jauh berbeza daripada nama sebenar

Dari Malaysia ke Hollywood, selebriti-selebriti ini mempunyai nama yang kadangkala tidak ada kena-mengena langsung dengan nama sebenar mereka. Mari kita lihat!

Emma Stone

Nama sebenar: Emily Jean Stone

Bermula dengan Olivia Colman yang menggelarnya sebagai Emily pada majlis Oscar ketika namanya diumumkan dalam senarai penghargaan atas kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik, ramai yang menyangka Olivia terlalu gemuruh sehingga tersasul kerana tersalah menyebut nama.

Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa nama sebenar Emma Stone ialah Emily Jean Stone.

Emma menjelaskan kepada W Magazine bahawa dia mendapat tahu melalu Screen Actor Guild yang dia tidak boleh menggunakan namanya sendiri.

“Saya boleh memilih untuk menggunakan nama Emily J. Stone dan ia seakan-akan nama Michael J. Fox dan saya sangat meminatinya, tetapi saya tidak akan boleh membiasakan diri dengan huruf ‘J’ di tengah-tengah nama saya. Jadi, saya menukarnya kepada Emma sebab ia lebih dekat dengan Emily dan rakan-rakan rapat saya memanggil saya M.”

Foto: Elle

Gigi Hadid

Nama sebenar: Jelena Hadid

“Nenek saya memanggil ibu saya sebagai Gigi ketika dia kecil,” katanya kepada Style.com.

Gigi menjelaskan bahawa ketika kecil, guru kelasnya mempunyai kesukaran untuk mengingati dan membezakan Jelena (Gigi) dengan rakan sekelasnya yang bernama Helena. Jadi, ibunya mencadangkan supaya dia digelar dengan nama Gigi dan ianya kekal sehingga sekarang.

Foto: W Magazine

Mila Kunis

Nama sebenar: Milena Markovna Kunis

Selebriti bermata galak ini lahir di Sovet Union pada 14 Ogos 1983 dan berpindah ke Amerika Syarikat bersama ibu bapanya. Pada mulanya, dia mempunyai kesukaran untuk berbahasa Inggeris, tetapi setelah berlatih berkomunikasi dengan rakan di sekolah, dia akhirnya fasih dalam bahasa itu.

Foto: behindthechair.com

Kit Harrington

Nama sebenar: Christopher Catesby Harington

“You know nothing Jon Snow.” Dialog ini cukup sinonim dengan pelakon yang memainkan watak Jon Snow dalam drama bersiri popular Game of Thrones yang bakal menemui penonton buat kali ketujuh pada April ini.

Menariknya, pelakon tinggi lampai ini tidak tahu nama sebenarnya sehinggalah dia berumur 11 tahun.

Jelasnya kepada Majalah Glamour, “Ibu bapa selalu memanggil saya dengan nama Kit dan Christopher adalah nama tradisi yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Abang saya bernama John, tetapi mereka memanggilnya Jack.”

Foto: Refinery29

Elton John

Nama sebenar: Reginald Kenneth Dwight

Ramai orang mengatakan nama pentas Elton John dipilih hasil gabungan nama pemain saksofon Elton Dean dan Longjohn Baldry.

Foto: 1310 News

Lorde

Nama sebenar: Ella Yelich-O’connor

Penyanyi kelahiran New Zealand ini memilih nama Lorde kerana dia berasakan bahawa namanya agak membosankan dan tidak sesuai untuk dilaungkan ketika di festival. Tidak masuk akal!

Foto: Refinery29

Emma Maembong

Nama sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail

Penyanyi kacukan Melayu dan Inggeris ini mula dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah pada 2012. Emma menggabungkan namanya dengan nama bapanya, Ismail Embong untuk nama komersialnya.

Foto: beautifulnara

Wak Doyok

Nama sebenar: Mohd Azwan Md Nor

Gayanya yang unik dan segak menjadikan dia cukup popular serta diikuti oleh anak-anak muda. Menurutnya, nama terbabit adalah gelaran rakan-rakan bagi dirinya. Dia juga turut dipengaruhi dengan filem Doyok dan Kadir sewaktu dia kecil.

Foto: New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Apr 2024
Featured Thu, 25 Nov 2021

Dah Kenapa Camping & Masak Mi Segera Dekat Tapak Parkir? Sekumpulan Pemuda Kena Kecam Berkhemah Di Genting Highlands

Sebuah klip video menunjukkan sekumpulan pemuda bertindak memasang khemah di kawasan tempat parkir kereta di Genting Highlands dalam aplikasi TikTok pada Isnin. Malah, tindakan mereka itu mendapat kecaman netizen kerana tidak menyukai dengan aktiviti mereka. […]

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Featured Mon, 22 Jun 2026

Catat Lebih 60,000 Video Ciptaan Di TikTok, Ammar Haikal Tampil Dengan Debut Single ‘Gila Bayang’

Peminat Kumpulan The Weeknd ini bersyukur apabila dia kini tampil dengan debut single terbaharunya, Gila Bayang.

Featured Fri, 24 Sep 2021

“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang, Hanya Sukakan Allah” – Ebit Lew

Walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tetap tenang dan masih mengunci mulut. Baca artikel berkaitan: “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa […]

Hiburan Thu, 12 Sep 2024
error: Content is protected !!