Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 5, 2024 @ 2:59pm

Marsha Milan Cipta Magis Berkolaborasi Bersama Band Music Travel Love, Bakal Sepentas 20 April Ini!

Penyanyi bervokal mantap, Marsha Milan meluahkan rasa teruja tak terhingga apabila disunting band popular asal Kanada, Music Travel Love untuk bekerjasama dalam sebuah kolaborasi yang bakal muncul kelak.

Menurut Marsha, dia menyifatkan peluang tersebut adalah satu penghormatan buat dirinya untuk berpadu suara bersama band yang dianggotai oleh Clint dan Bob itu.

“Hari yang cerah dan dihabiskan dengan baik. Terima kasih, @musictravellove, kerana mengalu-alukan saya ke dunia muzik anda.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan anda! @clintmoffatt dan @bobmoffatt sungguh menakjubkan. Tak sabar untuk nantikan video muzik,” tulisnya teruja di Instagram.

Berkongsi lebih, pemenang trofi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL 36) itu menyifatkan pengalaman berkolaborasi dengan menyanyikan lagu di Pulau Tiga, Sabah adalah yang terbaik.

“Sejak zaman sekolah menengah saya adalah peminat The Moffatts dan saya masih memandang tinggi mereka sebagai duo di belakang Music Travel Love.

“Bekerjasama dengan mereka di Malaysia untuk membuat menyanyikan lagu di lokasi yang menakjubkan adalah satu peluang yang menarik.

“Idea untuk menyanyi bersama mereka, individu yang saya kenali sejak muda, memenuhi saya dengan keterujaan sehingga saya tidak dapat tidur malam sebelum penggambaran,” katanya.

Keterujaan berganda buat penyanyi asal negeri bawah bayu ini apabila turut berpeluang mendapat pendedahan mengenai muzik country yang cukup sinonim dengan kumpulan itu.

“Mereka beri sokongan yang berterusan dan profesionalisme sepanjang proses rakaman. Meneroka genre seperti muzik country, dengan gaya vokalnya yang unik, merupakan pengalaman baharu di bawah bimbingan Bob dan Clint.

“Bertemu Frank Moffatt yang juga seorang pengarang, penceramah motivasi dan penerbit yang terkenal di peringkat antarabangsa, semasa kerjasama itu merupakan detik yang menyerlah.

“Peminat global Music Travel Love yang meluas memberi peluang untuk memajukan kerjaya saya melangkaui sempadan tempatan melalui kerjasama ini,” ujarnya lagi.

Lebih mengujakan apabila Marsha turut diundang menjadi penyanyi jemputan di Konsert Jelajah Asia Music Travel Love di Zepp Kuala Lumpur pada 20 April depan.

Tiket boleh dibeli di www.cloudjoi.com/shows/music-travel-love-covering-the-worldfeat-dave-moffatt-asia-tour-2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 May 2022

Bunga Citra Lestari Sudah Move On – ” Saya On The Way Menuju Bahagia”

Pastinya ini bukan proses yang mudah ya buat BCL

Events Fri, 10 Oct 2025

Aktivis Freedom Flotilla Ditampar, Ditendang & Dicengkam Secara Agresif Oleh Pihak Isr**l

Beberapa aktivis mengalami layanan tidak berperikemanusiaan

Hiburan Tue, 8 Oct 2024
Events Wed, 16 Oct 2019

陈政仁力邀李佩玲合唱!MV拍完近三年「终于」面世

歌曲其名,由Jin陈政仁和Jeryl李佩玲合唱的《I’ve Been Loving You Too Long》MV拍完近三年终于面世!

Hiburan Fri, 29 Nov 2024
Trending Tue, 7 May 2019

Cabaran letak lipas di atas muka adalah trend remaja kini. Menjijikkan!

Sanggupkah anda menyelongkar dapur semata-mata untuk mengikuti cabaran ini?

Hiburan Sun, 7 Jul 2019
Kisah Viral Sun, 4 Jan 2026

Didakwa ‘Pasar Malam T20’, Havoc Food Festival Buka Mulut Isu Harga Makanan Mahal

Betul ke harga makanan di festival makanan ala-ala T20?

error: Content is protected !!