Acara By: Ad Ops March 1, 2019 @ 8:30pm

Ini sebab mengapa Vivo V15Pro menjadi pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Janna Nick

Vivo Malaysia kini memperkenalkan peranti terbaharu iaitu Vivo V15Pro di pasaran tempatan. Model baharu jenama telefon pintar global itu dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu dalam satu acara meriah yang berlangsung pada 26 Februari 2019 di pusat beli-belah, Sunway Pyramid.

Ketua Pegawai Eksekutif, VIVO Malaysia, Mike Xu menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran VIVO V15 Pro dan VIVO V15 di Sunway Pyramid. (Foto: NSTP/Rohanis Shukri)

Antara tetamu yang hadir ke acara berkenaan ialah duta Vivo Malaysia iaitu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan aktres popular, Janna Nick.

Duta VIVO, Janna Nick bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza pada majlis pelancaran telefon pintar VIVO V15 Pro dan VIVO V15 di Sunway Pyramid. (Foto: NSTP/Rohanis Shukri)

Siti Nurhaliza berkata, beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan Vivo Malaysia dan gembira untuk bekerjasama dengan jenama yang menampilkan pelbagai aplikasi berteknologi tinggi itu.

“Terima kasih kepada Vivo kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi duta. Bagi saya, Vivo V15Pro lebih berinovasi dan menampilkan teknologi hebat. Ia memudahkan kerja saya yang mana gambar menjadi cantik dan tidak lagi memerlukan proses suntingan.

“Paling menarik, V15Pro turut menampilkan sistem pengimbas cap jari pada skrin bagi menjamin keselamatan telefon pintar kita,” katanya kepada Hijab & Heels.

Duta VIVO, Janna Nick (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif, VIVO Malaysia, Mike Xu dan Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan VIVO V15 Pro serta VIVO V15 di Sunway Pyramid. (Foto: NSTP/Rohanis Shukri)

Kenyataan itu turut disokong oleh Janna yang kagum dengan inovasi V15Pro selain kualiti telefon pintar yang dikeluarkan oleh Vivo.

“Saya seorang yang mementingkan kualiti dan V15Pro ada segalanya. Antara yang paling menarik mengenai telefon pintar ini ialah saya tidak perlu lagi risau untuk berswafoto pada waktu malam kerana telefon pintar ini mempunyai ciri mod malam yang mengagumkan,” katanya.

V15Pro sudah semestinya menjadi pilihan ramai di luar sana kerana ia hadir dengan ciri menarik seperti tiga kamera belakang dengan sensor utama 48MP disertakan satu lensa lebar 8MP dan sensor bokeh 5MP.

VIVO V15 Pro sesuai untuk mereka yang gemar berswafoto. (Foto: NSTP/Rohanis Shukri)

Bukan itu sahaja, V15Pro mempunyai kamera swafoto turun naik dengan resolusi 32MP dan pastinya akan memberi detik swafoto yang mengagumkan, sesuai untuk mereka si kaki swafoto!

Hadir dengan dua pilihan warna Topaz Blue dan Coral Red, V15 Pro diperkukuhkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 675AIE, 6GB RAM serta 128GB memori simpanan.

vivo malaysia v15 pro

Model menunjukkan VIVO V15 Pro  dan VIVO V15 pada majlis pelancaran telefon pintar VIVO di Sunway Pyramid. (Foto: NSTP/Rohanis Shukri)

Memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.39 inci, V15 Pro juga dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin dan menjalankan sistem operasi terkini FunTouch OS 9.0 yang berasaskan Android Pie.

Selain itu, V15Pro yang dijual pada harga RM1,799 seunit itu turut mempunyai bateri berkapasiti 3,700mAh dengan teknologi pengecasan pantas ‘Dual-Engine’.

Wah, hebat bukan? Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera Vivo V15Pro di kedai konsep Vivo dan pengedar berdaftar berhampiran anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 31 Oct 2018

6 Perbuatan Biasa Yang Ratu Elizabeth II Tak Pernah Lakukan Seumur Hidupnya

Bagi rakyat jelata, benda-benda ini dikira biasa.

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

5 Cara Atasi Bau Mulut Hanya Menggunakan Baking Soda

Masalah bau mulut biasanya akan mengganggu proses kehidupan seharian kita.

Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

5 Menu Diet Telur Rebus Yang Perlu Anda Cuba

Telur adalah sumber protein dan serat yang sihat.

Gaya Hidup Fri, 5 Jul 2019

Anda mangsa majikan pilih kasih?

Mampukah budaya ini dihapuskan?

Featured Fri, 12 Jun 2020
Gaya Hidup Wed, 5 Dec 2018

Lihat Gambar Dari Majlis Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Yang Penuh Magis

Priyanka nampak gorgeous bagai puteri manakala Nick pula segak sungguh.

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Malunya Kasut Berbau Hapak! Ikuti 7 Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Bau Itu

Kaki anda kuat berpeluh? Sebab itulah bakteria boleh membiak di dalam kasut dan menyebabkan kasut berbau.