Euforia Bola 2026
Acara By: Padin March 17, 2023 @ 4:30pm

Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor Melepasi Sasaran

Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC 2023) berakhir selepas 3 hari aktiviti pameran, forum seminar dan padanan perniagaan ni Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Lebih 200 pempamer dan hampir 8,000 pengunjung berkumpul di SELHAC 2023 dari 10 hingga 12 Mac 2023, satu komponen penting di dalam perancangan ekonomi negeri secara luas, seperti mana yang digariskan di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Melalui RS-1, industri Halal dikenal pasti sebagai salah satu daripada sembilan sektor fokus bagi mengukuhkan ekonomi negeri itu.
 
SELHAC merupakan acara penting di dalam agenda Halal bagi memposisi dan memanfaatkan kekuatan Selangor dalam mendokong ekonomi halal serantau, melalui pembangunan perniagaan-perniagaan yang mempunyai potensi bagi menembusi pasaran Halal global – yang diunjurkan akan bernilai USD2.8 trilion menjelang tahun 2025.
 
“Kita telah bersama-sama berkongsi nilai dan tradisi, dan memperkuatkan komitmen kepada prinsip-prinsip persahabatan, integriti dan kebolehpercayaan – agar dapat membina suatu komuniti halal yang lebih kukuh dan makmur. Ini adalah sesuatu yang tidak ternilai”, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.


 
Beberapa pencapaian di edisi SELHAC tahun ini adalah mendapat penyertaan ke forum industri halal dan seminar kewangan Islam melebihi 500 orang, jumlah pempamer melebihi 200 bukan sahaja dari Selangor, malahan dari Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan juga dari negara luar dan anggaran jualan sebanyak hampir RM100,000 di pameran SELHAC.

Seterusnya, sejumlah RM55.7 juta transaksi di sesi-sesi padanan perniagaan yang disertai oleh hampir 100 penyertaan dari pasaraya dan dari luar negara seperti United Kingdom, Kanada, Australia dan Thailand dan seramai hampir 8,000 pengunjung menyertai pameran, Seminar Kewangan Islam & Logistik Halal, Forum Rantaian Bekalan dan Penembusan Pasaran, termasuk Persidangan Eksekutif Halal yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
“Terdapat banyak lagi pencapaian yang tidak dapat dinilai sepanjang penganjuran SELHAC 2023. Di samping peluang-peluang perniagaan dan hubungan yang dicapai, konvensyen ini juga meraikan kekayaan dan kepelbagaian sektor Halal di negeri Selangor”, tambah Mohd Zawawi lagi.
 
SELHAC 2023 dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, dan diurus oleh HIS Toyyiba Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai Halal International Selangor (HIS) yang merupakan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
 
Untuk maklumat lanjut, layari www.selhac.my atau saluran media sosial SELHAC (@halalSelhac)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 13 May 2020

UPSC sumbang 1,000 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan

Inisiatif bagi hargai pengorbanan mereka

Acara Mon, 8 Oct 2018

Angan Jadi Kenyataan, Impian Wany Hasrita Bergelar Bintang Paling Popular Dimakbul Tuhan!

Bintang Paling Popular membawa pulang sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Acara Tue, 28 Aug 2018
Acara Wed, 20 Feb 2019

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

DFKL 2019 galakkan netizen supaya jadi lebih bijak di laman media sosial.

Acara Mon, 28 Feb 2022

Tampung Pelajar Tahfiz & Warga Emas, Ustaz Jafri Abu Bakar Jual Susu Kambing

Pendakwah selebriti, Ustaz Jafri Abu Bakar @ Mahmud tampil dengan inisiatif untuk mengusahakan produk susu kambing berperisa, Faa-iz bagi menampung kelangsungan pelajar tahfiz dan warga emas di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah. Dengan perbelanjaan […]

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

error: Content is protected !!