Euforia Bola 2026
Acara By: Salma Syahbuddin June 19, 2026 @ 5:40pm

MUA Bellaz Terus Jadi Inspirasi, Bawa Identiti Tersendiri Dalam Bella Signature

Nama pempengaruh terkenal, MUA Bellaz sememangnya cukup sinonim dengan dunia kecantikan dan gaya hidup.

Populariti yang dibina selama bertahun-tahun menjadikan figura itu antara personaliti yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan peminat dan pengikutnya.

Selain dikenali menerusi kandungan kecantikan dan kehidupan seharian yang sering mencuri perhatian, MUA Bellaz juga berjaya membina jenama peribadinya yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Tidak hairanlah, setiap kolaborasi yang melibatkan dirinya sentiasa mendapat perhatian ramai, termasuk kerjasama terbaharunya bersama jenama wangian tempatan, Perfume Paradise.

Menerusi kolaborasi eksklusif itu, Perfume Paradise memperkenalkan koleksi Bella Signature yang diinspirasikan daripada personaliti dan karakter tersendiri MUA Bellaz.

Koleksi berkenaan menampilkan tiga haruman istimewa iaitu Vanille Veil, Violet Haze dan Velvet Skin yang masing-masing menawarkan pengalaman berbeza buat pencinta wangian.

Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah berkata, Bella Signature tampil dengan pendekatan berbeza kerana kesemua haruman yang dihasilkan mempunyai identiti tersendiri dan bukan sekadar meniru wangian yang sudah berada di pasaran.

“Untuk koleksi ini, kami mahu menghasilkan sesuatu yang eksklusif dan mempunyai karakter tersendiri. Setiap profil haruman dibangunkan secara khusus supaya pengguna dapat menikmati pengalaman yang berbeza,” katanya.

Menurut Nur Afiqah, penglibatan MUA Bellaz turut memainkan peranan penting dalam menentukan identiti ketiga-tiga haruman tersebut.

“Setiap wangian mempunyai keunikan tersendiri. Malah, Velvet Skin menjadi haruman kategori Skin Scent pertama yang diperkenalkan oleh Perfume Paradise,” katanya.

Tambahnya, idea penghasilan Bella Signature banyak dipengaruhi oleh karakter dan pengaruh MUA Bellaz yang mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

“Kami mahu menghasilkan sesuatu yang segar dan berbeza, selain mencerminkan personaliti MUA Bellaz yang dikenali ramai,” ujarnya.

Dalam masa sama, Perfume Paradise akan terus memberi tumpuan kepada penghasilan wangian berkualiti premium pada harga yang mampu dimiliki pengguna.

“Kualiti sentiasa menjadi keutamaan kami. Pada masa sama, kami mahu memastikan lebih ramai pengguna dapat menikmati wangian premium pada harga yang berpatutan,” katanya.

Kehadiran pakar wangian antarabangsa itu mencerminkan komitmen Perfume Paradise dalam menghasilkan produk yang memenuhi standard global tanpa mengabaikan cita rasa pengguna tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Nov 2019

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Sesuai untuk pelbagai jenis hidangan

Acara Sun, 22 Feb 2026

Terjah Brunei & Penang, Ben Ali & Nadiyah Shahab Terus Sukses Melangkah Untuk Tahun Kelima

Gandingan pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus menyerlah!

Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

Acara Tue, 26 Nov 2019

Coffee Beans & Tea Leaf sediakan hadiah buat yang tersayang

‘Gifting Grateful’ ditawarkan sempena perayaan musim cuti

Acara Mon, 30 Apr 2018

Sebelum Tengok Filem Pulang, Baca Dulu Novelnya Untuk Ambil Feel

Lama lagi filem ini nak keluar wayang! Tak apa, baca dulu novel sebagai persediaan.

Acara Tue, 26 May 2020

McDonald’s kembali dengan cita rasa Jepun yang istimewa dan lazat

Samurai Burger dan Shogun Burger wajib dicuba!

Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Acara Fri, 31 May 2019

Silka Cheras rai 35 Penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah

Petugas Silka Cheras beramal dengan cara tersendiri!

error: Content is protected !!