Euforia Bola 2026
Acara By: Padin November 28, 2023 @ 7:24pm

Beri Kesedaran Tentang Dunia ‘Scammer’, Karnival Larian RUNHACK: Scam Alert Sasar 1,000 Pengunjung

Lebih daripada sekadar larian, RUNHACK: Scam Alert merupakan karnival yang diadakan untuk mengkaji penggunaan teknologi dan latihan fizikal sambil mengajar khalayak umum mengenai pelbagai jenis penipuan yang semakin berleluasa di negara ini.

Merupakan inisiatif anjuran Synapze yang disokong penuh oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, karnival yang sarat dengan aktiviti permainan, larian dan pameran hasil kerjasama daripada rakan kongsi dan penaja bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember ini bermula pada jam 7 pagi hingga 2 petang.

Pengarah Synapze, Andrew Tai berkata, karnival ini bertujuan untuk mendidik pengunjung tentang penipuan melalui aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

“RUNHACK: Scam Alert memberi Synapze peluang untuk mengingatkan satu sama lain supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam melihat percubaan penipuan dan ia adalah modus operandi yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Meletakkan sasaran seramai 1,000 pengunjung, RUNHACK: Scam Alert akan diadakan di ruang tempat meletak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelbagai aktiviti dan permainan menarik disediakan untuk mengkaji cara mengesan dan mengelakkan penipuan.

Aktiviti utama, 5km Fun Run melibatkan orang ramai dari semua peringkat kecergasan berlari melalui empat checkpoint di mana mereka perlu mengimbas kod QR, mengenal pasti kes penipuan dan akhirnya pelari bakal mengumpul setem digital.

Pengalaman interaktif ini menguji kemahiran dalam mengesan penipuan dan pemikiran kritis peserta terhadap persekitaran tanpa tekanan. Jersi dan beg bertali percuma akan diberikan kepada semua peserta dan medal penamat bagi kanak-kanak.

Peserta diberi kesempatan melawat photobooth dan 5 stesen permainan interaktif; Firewall Breach Challenge (Kick & Score), SCAM Alert (Whack-a-Hack), Cyber Rush (Wind Chamber), Password Strength (Hammer King), dan Busting Scam (Boom Blaster).

Terdapat pelbagai peluang bagi peserta bertuah dalam sesi cabutan bertuah yang bernilai lebih RM8,000 untuk dimenangi.

Mereka turut bekerjasama dengan filem kesedaran pertama Malaysia yang bakal ditayangkan, bertajuk Oppa yang berkait rapat tentang penipuan percintaan (love scam) dibawah hasil kerjasama Dream Film Sdn Bhd dan Jabatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.

Kepada yang berminat, yuran pendaftaran sebanyak RM70 untuk dewasa dan percuma bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Setiap peserta berdaftar akan menerima jersi eksklusif RUNHACK: Scam Alert, pingat penamat, beg, minuman, serta pengetahuan yang tidak ternilai tentang isu penipuan yang berleluasa menyasarkan rakyat Malaysia hari ini.

Untuk mendaftar RUNHACK Scam Alert, layari https://www.ticket2u.com.my/event/32615/runhack-scam-alert dan ikuti laman web program http://www.synapzemy.com/runhack/ untuk lebih banyak kemas kini dan butiran,

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

Acara Mon, 6 Mar 2023
Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Acara Thu, 15 Mar 2018

Jumpa Selebriti & Menangi Hadiah Menarik Di Lifestyle Booth Gegaria Fest Ipoh. Kome Jangan Tak Datang Ye!

Orang Ipoh semua! Anda mesti dah pernah dengar tentang Gegaria Fest kan? Sebelum ni, acara yang meriah dan mendapat sambutan menggalakkan ni pernah diadakan di Shah Alam, Johor Baru dan Kuantan. Ramai gila orang datang!

Acara Fri, 3 Feb 2023

Erna Elliyana & Shuib Sepahtu Anjur Kamya Fest, Tampilkan 20 Selebriti Popular

Barisan selebriti popular seperti Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor 88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan […]

Acara Wed, 20 Feb 2019

DFKL 2019 angkat tema positif selalu

DFKL 2019 galakkan netizen supaya jadi lebih bijak di laman media sosial.

Acara Wed, 26 Feb 2020
error: Content is protected !!