Acara By: Yanie Baharom July 26, 2018 @ 6:30pm

Nak Tau Kenapa Tya Ariffin Cantik Sangat? Ini Rahsia Turun-Temurun Yang Dia Amalkan

Berbusana kebaya sulam dan bersanggul lintang yang diperindahkan lagi dengan aksesori kepala atau cucuk sanggul, pelakon Tya Arifin di majlis pelancaran Mutyara Beauty Wow K (dulunya dikenali sebagai Saloma Bistro), yang berlangsung semalam tak ubah seperti Ratu Cantik Indonesia.

Harus diakui ibu muda berusia 24 tahun itu memiliki kecantikan alami tersendiri. Mungkin juga acapkali diajukan rutin kecantikan yang menjadi amalannya setiap hari, mendorongnya bintang kelahiran Indonesia itu untuk berkongsi rahsianya menerusi penghasilkan produk cecair jamu.

Bicara Tya, dilahirkan dalam keluarga yang begitu pentingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan pemakanan jamu yang cukup sinonim dengan wanita Indonesia. Dia mahu semua wanita tanpa mengira usia untuk merasai sendiri manfaat jamu Mutyara Beauty.

Malah, cuba melawan arus kebanyakan artis tempatan yang lebih gemar menjual produk komersial seperti barangan solekan, tudung dan minyak wangi, Tya optimis dalam mengangkat jamu untuk dipasarkan secara meluas.

“Selalunya ada stigma di mana orang menganggap yang jamu itu hanya untuk dijamah orang tua sahaja. Ada juga yang melihat jamu sebagai amalan bagi wanita selepas bersalin, sedangkan khasiat semula jadinya itu bagus untuk semua wanita. Jika wanita sendiri tidak menghargai semua itu, siapa lagi?

“Saya sendiri menjadi pengamal jamu tegar. Saya lihat potensi jamu ini wajar dikomersialkan apatah lagi ia hasil resipi turun temurun dari keluarga. Saya tidak mahu khasiat jamu itu dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya saya ingin berkongsi dengan seluruh kaum wanita di luar sana yang percaya betapa pentingnya amalan ini.

“Saya juga harap kehadiran Mutyara Beauty ini dapat mengubah pandangan skeptikal itu dan diperluaskan lagi penggunaannya untuk semua wanita.”

Mutyara Beauty khususnya boleh diminum oleh perempuan pada usia 16 tahun ke atas, tak kiralah jika mereka sudah berkahwin atau belum.

“Bahkan saya mahu lihat yang ia menjadi keperluan wajib untuk ibu muda seperti saya bagi menghargai diri dan orang tersayang dengan penjagaan dalaman diri,” kata Tya yang juga isteri kepada Asyraf Muhd Jiwa dan ibu kepada selebriti cilik, Arif Jiwa Asyraf.

Jamu Mutyara Beauty, diformulasikan seiring arus masa kini, bersesuaian dengan gaya hidup wanita moden yang sentiasa sibuk, bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik.

Ramuan istimewa yang terdapat di dalam sebotol Jamu Mutyara Beauty terdiri daripada bahan semulajadi dan campuran herba, kunyit, halia, akar serapat, Kacip Fatimah termasuk buah Delima dan Cayenne.

“Saya sendiri sudah terbiasa dan dibesarkan dalam keluarga yang menyukai jamu. Kalau dulu, saya sendiri melihat ramuan jamu itu dicampur, ditumbuk, dikisar dan dikupas melalui cara tradisional. Tapi sekarang, saya buat jamu dalam bentuk cecair pekat yang memudahkan dengan harga mampu dimiliki terutamanya untuk generasi sekarang yang lebih gemar cara senang.

“Malah jamu ini juga akan menghakis skeptikal terhadapnya yang sering digambarkan pahit dan sukar ditelan. Sebaliknya jamu Mutyara Beauty dengan ramuan istimewa memudahkan proses menelan dan ia tidak pahit.

“Itulah uniknya jamu Mutyara Beauty yang rasa manis disebabkan oleh campuran buah ‘Cranberries’. Ia juga mengandungi ramuan Sunnah seperti Habatus Sauda, kurma, madu dan halba,” katanya.

Malah berada dalam kelompok keluarga terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah turut mencuba jamu keluarannya yang dijual dengan harga RM68 sebotol (350 ml).

“Mereka juga telah mencuba dan amat menyenanginya. Jamu saya ini tak pahit dan boleh ditelan. Saya yakin jamu Mutyara Beauty ini mampu diterima ramai dan menjadi pelengkap istimewa golongan wanita

“Sekali cuba, saya yakin mereka pasti nak lagi. Moga Mutyara Beauty akan terus menjadi pilihan ramai. Ia boleh dibeli dan didapati di seluruh negara menerusi stokis terpilih kami,” katanya.

Malah kalau ada yang mahu menjadi stokis atau agen jamu ini, anda boleh hubungi talian 012-9209011 atau lawati Instagram @mutyarabeauty atau laman sesawang, www.mutyara.com.

Khasiat Jamu Mutyara Beauty

* Memanaskan badan
* Merawat luka dalaman selepas bersalin
* Menghilangkan keputihan
* Mengecutkan rahim/peranakan
* Membuang angin
* Memulihkan tenaga
* Membantu melawaskan pembuangan
* Membantu meningkatkan hemoglobin/sel darah merah
* Anti bakteria/merawat kegatalan
* Membantu merawat kulit
* Anti penuaan/awet muda
* membantu menambah susu badan
* membantu proses detoksifikasi
* Membantu menurunkan berat badan
* Membantu menganjalkan aset wanita (payu dara/punggung)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 28 Oct 2022

Aeril Zafrel Dedah Pernah Setahun Menyamar Jadi ‘Sis’ Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan pernah menjadi ‘sis’ ketika mula berjinak dalam perniagaan empat tahun lalu. Tidak mengupah pekerja untuk mengendalikan pesanan serta produk perniagaan, Aeril mengendalikan perkara terbabit bersama isteri, pelakon Wawa Zainal. “Hampir setahun […]

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Acara Sat, 14 Mar 2026

Elly Arifin, Wanns Ahmad Antara Selebriti Meriahkan Jom Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim

Majlis sempena Ramadan itu dianjurkan dengan tema Berkongsi Rezeki, Menyemai Harapan

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Acara Wed, 29 May 2019
Acara Sun, 8 Jun 2025
Acara Tue, 21 Jan 2020
error: Content is protected !!