Euforia Bola 2026
Acara By: Padin March 11, 2026 @ 11:28pm

All Star Influencers Award Saran Pempengaruh Kuatkan Jenama, Ada Bisnes Sendiri

Pempengaruh media sosial disaran mengambil peluang membina jenama serta menghasilkan produk sendiri menerusi pelaksanaan Influencer Partnership Program (IPP) yang diperkenalkan oleh All Star Influencers Award (ASIA).

Pengerusinya, Datuk Abd. Rahman Soltan berkata, inisiatif tersebut membuka ruang kepada golongan pempengaruh untuk membangunkan serta memasarkan produk mereka sendiri, sekali gus membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda yang mampu bersaing dalam pasaran.

Menurut Abd. Rahman, sebelum ini ramai pempengaruh lebih tertumpu kepada mempromosikan atau membuat ulasan produk milik pihak lain. Melalui program tersebut, mereka diberi peluang untuk memiliki jenama sendiri selain menjana pendapatan yang lebih stabil.

“Program ini mengenal pasti pempengaruh yang berpotensi untuk membangunkan dan menjual produk di bawah jenama mereka sendiri. ASIA akan berperanan sebagai pihak yang membimbing dari proses pembangunan produk sehingga strategi pemasaran.

“Apabila mereka memiliki jenama sendiri, sumber pendapatan menjadi lebih kukuh dan berterusan. Keuntungan juga dikongsi bersama. Kami mahu menggalakkan golongan muda berani menceburi bidang perniagaan serta membina jenama mereka sendiri,” katanya.

Abd. Rahman berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar All Star Influencers Award (ASIA) bersama 40 anak yatim dan 20 pelajar tahfiz yang turut dihadiri lebih 100 pempengaruh tempatan.

Tambah Abd. Rahman, kejayaan pempengaruh dan selebriti popular Sally Whoo melalui jenama miliknya menjadi contoh jelas potensi program tersebut apabila bermula dengan hanya dua produk sebelum berkembang sehingga mencatat jualan bernilai jutaan ringgit.

“Antara faktor kejayaan yang dapat dilihat ialah usaha gigih mempromosikan produk sendiri, termasuk aktif melakukan sesi siaran langsung bagi menarik perhatian pembeli dan meningkatkan jualan.

“Inisiatif yang pertama kali diperkenalkan ini juga bertujuan membantu pempengaruh mengurus kewangan dengan lebih baik supaya kehidupan mereka lebih terjamin pada masa hadapan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abd. Rahman memaklumkan bahawa pihaknya merancang memperluaskan program ASIA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan lebih 20 negara Asia sejak tahun 2023.

Katanya, kempen promosi digital yang dijalankan sebelum ini berjaya merekodkan lebih 1.3 bilion tontonan di TikTok serta sekitar 600 juta tontonan di Instagram sepanjang tahun lalu.

“Pada tahun ini, kami turut memberi tumpuan untuk membantu mempromosikan industri pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui pelbagai program serta acara bertaraf antarabangsa,” katanya.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk penganjuran kejohanan tinju antarabangsa di Dubai melibatkan 10 negara, selain perlawanan bola sepak persahabatan Malaysia dan Indonesia, kejohanan snuker serta beberapa acara sukan lain.

Abd. Rahman berkata semua persiapan bagi kejohanan tinju tersebut sudah dimuktamadkan termasuk sesi latihan peserta, dengan pertandingan dijadual berlangsung pada 5 April ini di Dubai.

“Persediaan telah dilakukan sepenuhnya dan sambutan yang diterima juga sangat baik. Kini kami hanya menunggu hari pertandingan berlangsung,” katanya.

Sementara itu, majlis berbuka puasa yang dianjurkan turut bertujuan merapatkan hubungan antara pempengaruh dengan masyarakat di samping menyemai nilai keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

“Program ini bukan sahaja menghimpunkan pempengaruh, malah memberi ruang kepada mereka berkongsi rezeki serta memupuk rasa empati terhadap anak-anak yatim dan pelajar tahfiz,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 17 Jan 2018

Malaysia Women Marathon

Date: 4 March 2018 Venue: Shah Alam The Malaysia Women Marathon is an annual event that celebrates the International Women Day and the sorority of women in running. The theme for each year depends on […]

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

Acara Fri, 28 Oct 2022

Pertama Kali Anjur Konsert, Nabila Huda Bawa Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca Bersenandung Di Zepp KL… Tiket Sold Out Dalam Masa 50 Minit!

Seperti pisang goreng panas. Begitulah gambaran sambutan terhadap konsert Senandung Malam yang bakal menghimpunkan persembahan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca kerana tiket telah terjual ‘licin’ selepas 50 minit dilancarkan. Dianjurkan oleh Neptunes […]

Acara Tue, 21 Jan 2020
Acara Mon, 11 Dec 2023
error: Content is protected !!