Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops March 4, 2019 @ 10:00am

4 langkah penggunaan bedak asas cecair dengan tepat supaya kulit tampak sempurna

Teknik penggunaan bedak asas cecair atau foundation yang betul akan menjadikan wajah anda seperti sebutir mutiara yang licin, lembut dan bersinar.

Tetapi jika ia diaplikasikan dengan teknik yang salah, ia berpotensi menyerlahkan lagi garisan halus pada kulit anda yang sebelum ini tidak kelihatan.

Selain itu, ia juga boleh membuatkan kulit anda tampak berkerak dan berminyak, seolah-olah anda sedang memakai topeng daripada kapur.

Jangan pandang rendah terhadap bedak asas kerana ia berfungsi sebagai tapak asas bagi produk alat solek anda yang lain. Jika tapaknya tidak rata, dikhuatiri tidak kukuh pula produk yang anda pakai selepas itu.

Jika anda baru hendak belajar cara yang betul, ikuti panduan di bawah. Langkah yang dikongsi ini berupaya membantu menghasilkan rupa paras yang bebas daripada sebarang cela.

1. Pastikan kulit anda ‘bersedia’

Jangan abaikan langkah ini! Bahan solekan biasanya akan berada di celahan dan lipatan kulit yang kering. Jadi jika wajah tidak dibersihkan dengan betul dan dikenakan pelembap terlebih dahulu, memang anda tidak akan dapat hasil pemakaian bedak asas yang sempurna.

Setelah membersihkan wajah dengan pencuci muka, sapukan pelembap yang ringan pada kulit (sekali dengan produk penjagaan kulit yang anda sentiasa pakai pada waktu pagi).

Tunggu 15 minit supaya semuanya meresap ke dalam lapisan kulit wajah sebelum mula memakai alat solek.

2. Pilih formula yang betul

Litupan

Kebanyakan bedak asas menawarkan litupan nipis, sederhana dan tebal. Jika anda tidak kisah dengan jeragat, pilih formula yang ringan, nipis dan dikatakan hydrating pada label produk itu. Jika anda ingin seimbangkan rona kulit, pilih formula sederhana yang berciri semi-matte atau satin.

Jika kulit anda ada banyak jerawat, kemerahan dan pigmentasi yang anda ingin tutupi, atau anda lebih gemarkan litupan menyeluruh, pilih formula full-coverage atau matte.

Foto: Call Me Lore

Tona

Ada pelbagai cara untuk memastikan tona bedak asas yang sesuai dengan kulit anda.

Cara terbaik ialah dengan memakai produk tersebut dengan betul dan memeriksa keberkesanannya di bawah cahaya yang berbeza.

Cahaya semula jadi daripada matahari ialah yang paling tepat, jadi jika kulit anda tampak menarik ketika anda berada di luar ketika memakai sesuatu bedak asas, itulah produk yang anda cari.

Semestinya anda perlukan sampel bedak asas terlebih dahulu. Anda boleh dapatkannya di sesetengah kedai seperti Sephora.

3. Sapu dan ratakan

Pakailah bedak asas anda dengan cara mana sekalipun. Tetapi jika anda inginkan hasil yang terbaik seolah-olah kulit anda disunting oleh Photoshop, alat yang disyorkan oleh ramai jurusolek ialah Beautyblender atau mana-mana span alat solek yang bagus.

Foto: Jillian Sollazzo/WWD/REX/Shutterstock

Sebabnya ialah berus biasanya meninggalkan garisan pada kulit. Jari atau tangan anda pula tidak mampu untuk meratakan formula bedak asas itu hingga ia tampak semula jadi.

Untuk menggunakan span, lembapkannya dengan air dahulu; jika tidak ia tidak akan berfungsi dengan baik.

Tuangkan beberapa titik cecair bedak asas pada hujung jari dan pedapkan pada bahagian penting wajah anda iaitu dahi, pipi dan dagu.

Kemudian, pedapkan pula span di atas produk tadi dan ratakan ke arah rambut serta rahang. Teruskan pedap di bawah dagu dan rahang supaya penghujung produk tampak tidak ketara sangat.

Bedak asas sememangnya tidak direka untuk menutupi jerawat, tetapi jangan risau. Jika cela kelihatan masih jelas, pedapkan sedikit krim penutup cela di kawasan yang bermasalah. Tunggu beberapa minit dan kemudian ratakannya dengan span.

4. Biarkan ia “set”

Anda tidak perlu memakai bedak pada keseluruhan muka untuk memastikan bedak asas anda tahan lama. Dengan satu berus besar yang berbulu dan bedak penetapan (setting powder), sapukannya pada kawasan yang sering berminyak, seperti di zon T.

Jangan risau, jika terpakai terlalu banyak minyak, semburkan sedikit mist muka untuk cairkan bedak itu ke atas kulit bagi mendapatkan rupa yang lebih semula jadi.

Sudah siap!

Memandangkan lapisan asasnya sudah sedia, sekarang bolehlah anda teruskan dengan teknik bronze, contour dan highlight.

Selamat mencuba!

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 20 Sep 2018

Kehabisan Lipstick Favourite Dan Ada Temujanji? Usah Gusar, Ini Caranya Buat Lipstick DIY!

Tidak susah rupanya buat lipstick sendiri. Kacang sangat!

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019
Featured Fri, 21 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

10 Selebriti Hollywood Dengan Sepasang Mata Cantik! No 5 Paling Unik.

Sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Di dunia selebriti Hollywood, ada 10 selebriti dilahirkan dengan sepasang mata indah. Siapakah mereka, lihat 10 senarai di bawah ini.

Oh Lawa Thu, 18 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada

Oh Lawa Thu, 30 May 2019

Elemen glam dan tradisional serlahkan gaya klasik koleksi raya Shawlpublika

Himpunan rekaan Aidilfitri 2019 cipta sejarah tersendiri

Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018
error: Content is protected !!