Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin March 4, 2019 @ 12:00pm

Pemain-pemain Jepun ini membersihkan kawasan sekolah di Malaysia. Alamak, segannya!

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Rakyat Jepun dan kebersihan berpisah tiada. Sejak kecil, kanak-kanak Jepun diajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, menghormati pelbagai lapisan masyarakat dan banyak lagi.

Sehubungan itu, tidak hairanlah apabila tindakan sekumpulan pelajar dari Shizuoka Seiko Academy (SSA) yang mengutip sampah di sebuah sekolah berasrama penuh tempatan dipuji ramai.

Pelajar berkenaan datang ke Malaysia bagi mengadakan perlawanan persahabatan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tetapi setelah perlawanan itu berakhir, mereka turut membersihkan sampah termasuk puntung rokok di kawasan sekolah itu.

Video yang dimuat naik pengguna Twitter @ali70asyraf menunjukkan pelajar-pelajar dari Negara Matahari Terbit itu mengutip sampah dengan bersahaja tanpa disuruh.

Namun begitu, tidak semua yang memberikan reaksi positif terhadap tindakan mereka itu.

Ada netizen yang berpendapat bahawa persekitaran sekolah berasarama penuh itu sememangnya sudah bersih kerana pihak sekolah sudah menyediakan sukarelawan kebersihan yang menjaga kawasan terbabit.

Pengguna Twitter @nikdotpm menyertakan tangkapan skrin (screenshot) perbualan daripada aplikasi WhatsApp dengan seseorang yang tidak dinyatakan.

Foto: Twitter

Beliau mendedahkan bahawa beliau ialah individu yang merakam video terbabit dan memberi amaran kepada penyebar video untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan sahih.

Selain itu, pengguna dengan nama samaran @SyahidSyah memuat naik jadual waktu tugasan harian bagi pelajar MCKK membersihkan kawasan sekitar sekolah.

Beliau mendakwa pelajar-pelajar sekolah berkenaan mempunyai disiplin yang tinggi dan orang luar yang mencemarkan reputasi dengan membuang sampah merata-rata tempat ketika perlawanan berlangsung.

Foto: Twitter @SyahidSyah

Meskipun terdapat perbezaan pendapat mengenai video terbabit, rata-rata netizen bersetuju bahawa sikap rakyat Jepun itu haruslah dipuji dan dicontohi rakyat Malaysia.

Pengguna Twitter @zafiqkun menerangkan bahawa sebelum perlawanan diadakan, pemain-pemain itu telah dipesan untuk tetap bersikap baik walaupun berdepan dengan kekalahan.

Kesimpulannya, masyarakat sepatutnya menjadikan sikap pelajar Jepun itu sebagai contoh bagi menggalakkan generasi muda di negara ini untuk membudayakan sikap terpuji itu.

Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah anda mengutip sampah di negara orang selepas menonton sebuah perlawanan? Kongsikan dengan kami.

Sumber: alio lavista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Lancar Album Baharu, SITISM Buah Tangan Siti Nurhaliza Buat Peminat

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil melancarkan album terbaharunya yang berjudul Sitism, hari ini. Album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak […]

Events Fri, 1 Apr 2022

Pengeluaran Khas KWSP: Tarikh & Panduan Semakan Status Kelulusan

Bermula hari ini, permohonan bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP)  kini dibuka. Permohonan ini adalah untuk mereka yang layak dan memenuhi kriteria serta syarat yang diperlukan. Berikut merupakan syarat layak mohon pengeluaran […]

Featured Thu, 12 Jun 2025

Penyanyi Rap Ditahan Seludup 86 Kilogram Dadah

Sebanyak 103 bungkusan ditemui oleh pihak berkuasa Laos.

Trending Mon, 27 Nov 2023

Ini Merupakan 5 Gabungan Skincare Baik & Tak Baik Yang Korang Boleh Cuba!

Pemilihan skincare kadang-kadang boleh jadi agak mengelirukan, walaupun dah cuba bermacam-macam produk tapi kulit masih terasa macam tak ada perubahan pun kan? Cuba perhatikan balik skincare routine korang itu, kalau-kalau ada tersilap kombinasi yang mengganggu […]

Featured Thu, 29 Aug 2024

Pertama Kali Tunai Umrah Sebagai Ibu, Mira Filzah Dukung Anak Sambil Tawaf 7 Kali -“Completed Our Umrah, Alhamdulillah!”

Alhamdulillah, moga dipermudahkan dan moga kita semua juga dijemput ke sana❤️

error: Content is protected !!