Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin March 7, 2019 @ 11:53am

Kerap buang air kecil ketika hamil. Bahaya atau tidak?

Oleh: Syarifah Fatin Anisa binti Tuan Said Shakh

Apabila hamil, antara situasi lazim  dihadapi ialah sentiasa terasa ingin membuang air kecil.  Kadangkala, kekerapan itu mengganggu kegiatan seharian terutamanya bagi wanita yang berkerjaya.

Dengan perut yang memboyot, berulang-alik ke tandas bukanlah pengalaman yang menggembirakan. Namun begitu, pernahkah anda terfikir sama ada ia membahayakan ataupun tidak?

Kenyataannya, kerap membuang air kecil adalah salah satu petanda kehamilan. Ini kerana, badan anda sedang mengalami perubahan membesar secara tiba-tiba.

Foto: Parents Magazine

Penasihat Pendidikan di Kolej Diraja Perbidanan menerangkan bahawa jumlah cecair dalam tubuh wanita hamil meningkat secara mendadak.

Pada minggu keenam kehamilan, jumlah cecair dalam darah sudah pun meningkat tetapi ia akan menjadi normal pada trimester kedua. Hal ini akan membantu darah mengalir dengan banyak melalui uri. Fungsi utama uri adalah bagi menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi anda.

“Perubahan hormon merangsang buah pinggang untuk memproses segala cecair dan membuang sisa toksin yang tidak diperlukan dalam badan,” tambahnya lagi.

Apabila pundi kencing yang menampung sisa toksin mulai penuh, saraf yang berkaitan akan menghantar isyarat ke otak untuk membuang air kecil.

Foto: parenting.firstcry.com

Dalam hal ini, salah satu faktor utama adalah kerana pundi kencing tersebut menjadi penuh dengan kadar waktu yang pantas. Selain itu, ia juga dihimpit oleh rahim yang semakin membesar.

Pada minggu ke 12, rahim yang semakin membesar ini mampu mengalihkan organ dalaman anda.

Pada waktu ini, anda akan kerap ke tandas tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia akan kembali normal pada bulan-bulan terakhir kehamilan anda.

Menurut Michelle lagi,”Anda hanya perlu risau jika ada rasa sakit ketika anda membuang air kecil,” katanya.

Foto: Expert Chikitsa

Semasa pemeriksaan kandungan anda di klinik, sampel air kencing akan diambil bagi menguji tahap kesihatan anda. Pun begitu, anda tetap perlu berhati-hati juga ya!

Berulang-alik ke tandas sememangnya agak memenatkan. Tetapi, ia tidak bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air. Selain itu, setiap kali bersin atau batuk, pasti anda akan ‘bocor.’ Sediakan seluar dalam secukupnya jika hal ini terjadi.

Oleh itu, janganlah risau jika anda kerap kencing ketika hamil. Hal ini adalah normal kerana badan anda mengalami perubahan hormon secara mendadak. Banyakkan minum air ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 20 Jul 2018

11 Tanggapan Salah Tentang Kutu Kepala & Info Tepat Yang Anda Perlu Tahu

“Kutu boleh melompat dari kepala ke kepala” Hmm… Betul ke?

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Featured Tue, 8 Oct 2019
Featured Fri, 28 Jun 2019
Sihat Thu, 13 Dec 2018
Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Wed, 8 Apr 2020

88 peratus pesakit positif COVID-19 tidak tunjuk gejala

Pesakit tidak bergejala umpama bom jangka

Featured Mon, 13 Apr 2020

Cara rawat demam anak tanpa perlu ke klinik. Nombor 3 terbukti berkesan!

Kaedah alternatif diamalkan sejak zaman-berzaman

Featured Mon, 12 Nov 2018
Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

error: Content is protected !!