Acara By: Ad Ops March 9, 2019 @ 11:00am

Nabila Razali rupa-rupanya pelanggan setia A&W! Ketahui hidangan mana yang menjadi kegemarannya

Jenama makanan segera A&W begitu sinonim dengan Root Beer Float A&W, malah tidak keterlaluan jika dikatakan sehingga hari ini minuman berkenaan menjadi tanda pengenalannya.

Minuman ikonik ini terdiri daripada air minuman rutbir yang dihidang dengan sesenduk ais krim. Gabungan ini memang memikat selera!

Antara peminat utama Root Beer Float ialah penyanyi comel, Nabila Razali, yang mengakui kerap menikmatinya sejak beliau di bangku sekolah lagi.

“Ketika itu, saya selalu singgah di cawangan A&W di Selayang Mall. Balik sahaja dari sekolah, saya terus meminta izin ibu untuk membeli minuman berkenaan. Maklumlah, A&W ialah restoran makanan segera pertama di Malaysia yang menyediakan minuman yang digabungkan dengan ais krim.

“Walaupun selepas itu ada variasi lain seperti ais krim dihidang dengan minuman aiskrim soda, saya tetap akan memilih Root Beer Float A&W,” katanya.

Foto: Flickr

Cawangan baharu

Beliau ditemui ketika hadir pada majlis pembukaan cawangan A&W ke-47 di Malaysia, di EkoCheras Mall, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang, berkata kehadiran Nabila pada majlis itu kerana imejnya yang mewakili generasi muda bersesuaian dengan jenama terbabit.

“Kami belum lagi menyediakan sebarang kontrak untuk Nabila; kami cuma ingin menikmati minuman rutbir bersama-samanya. Mungkin kita patut meminta Nabila untuk menjadi duta A&W,” kata Ang sambil berseloroh.

A&W adalah francais makanan segera pertama yang dibuka di Malaysia, iaitu pada 1963 di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Cawangan A&W di Petaling Jaya yang dibuka pada 1965 pula ialah restoran pandu lalu pertama di Malaysia.

A&W mula ditubuhkan pada 1919 di California apabila Frank Wright dan Roy W Allen mengembangkan perniagaan minuman rutbir mereka.

 

(dari kiri) Rooty the Great Root Bear, George Ang, Nabila dan Pengarah, Rantaian Bekalan & Teknikal A Great American Brand Sdn Bhd, David Lee.

Lebih banyak cawangan

Sebagai usaha untuk meletakkan A&W seiring dengan jenama makanan segera lain, A&W bakal dibuka di beberapa lokasi dengan sasaran untuk mencapai 100 cawangan di seluruh negara.

Selain EkoCheras, sebanyak 15 cawangan A&W dijangka akan dibuka pada tahun ini di Malaysia antaranya pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Southkey Johor, i-City Shah Alam dan Mont Kiara.

Ang berkata, pemilihan EkoCheras sebagai lokasi terkini restoran A&W adalah bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan setia A&W berikutan belum ada cawangan jenama itu di sekitar kawasan itu.

“Ramai yang mencadangkan supaya kami menyasarkan kawasan populasi Melayu, tetapi saya rasa A&W sebenarnya sesuai untuk semua kaum.

“Walaupun kawasan sekitar EkoCheras ini masih dalam proses pembangunan, kami berpendapat cawangan A&W di sini akan beroperasi dengan baik dan menarik pengunjung,” katanya.

Hiasan dalaman baharu

Bagi memikat generasi muda hari ini, Ang berkata, pihaknya juga bakal mengubah suai dekorasi dan rekaan dalaman semua restoran A&W sedia ada.

“Jenama A&W sudah mula beroperasi sejak bertahun-tahun lamanya, jadi anda mungkin perasan yang kebanyakan cawangan A&W tampak tua dan tidak begitu menarik.

“Memandangkan kami ingin menyasarkan generasi muda, perubahan dari segi hiasan dalaman perlu dilakukan. Pada masa yang sama, kami tidak akan melupakan sejarah pembangunan A&W dan akan menyelitkan sedikit infografik mengenainya di setiap cawangan,” katanya.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 pada Jun ini, A&W Malaysia bakal mengadakan promosi dan menganjurkan pelbagai acara menarik yang menanti pengunjung restoran berkenaan.

Antaranya adalah penjualan minuman Root Beer Float pada harga hanya RM1 secawan!

Kredit foto: A&W

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

Acara Fri, 6 Sep 2019
Acara Thu, 29 Mar 2018

Gegaran Dirasai Di KL Sabtu Ini, Siap Sedia Warga Kota!

Gegaran bakal dirasai di Kuala Lumpur pada 31 Mac ini? Bawa bertenang, jangan panik! Ini kerana apa yang akan menggegarkan warga KL pada Sabtu ini ialah festival hipster abad ini iaitu Gegaria Fest.

Acara Wed, 12 Feb 2020
Acara Mon, 11 Dec 2023
Acara Mon, 18 Mar 2019

Alha hadiahkan ibu Mercedes-benz C200 QMG 2.0 sebagai penghargaan. Top stokis pun dapat kereta tau!

Alha melakukan kejutan itu bersempena ulang tahun kelahiran ibunya, Norsham Ahmad yang ke-60!

Acara Wed, 17 Jan 2018

Malaysia Women Marathon

Date: 4 March 2018 Venue: Shah Alam The Malaysia Women Marathon is an annual event that celebrates the International Women Day and the sorority of women in running. The theme for each year depends on […]

Acara Tue, 21 Jan 2020