Acara By: Yanie Baharom March 9, 2019 @ 10:00am

Ayda Jebat beri sentuhan peribadi untuk Anas Cosmetics

Suku pertama 2019 menyaksikan dua perkara besar berlaku terhadap kerjaya pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat (Ayda).

Pertamanya, single terbaru figura popular ini iaitu Temberang, mendapat sambutan luar biasa. 

Dalam kehangatan lagu nukilan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berkumandang di corong radio, menyusul pula tawaran untuk Ayda menjadi duta produk Anas Cosmetics, baru-baru ini.

Berlokasikan Flora Terrace, sinergi antara Ayda Jebat dan Anas Cosmetics, bakal menyaksikan kemunculan kosmetik edisi menyeronokkan dan menepati cita rasa wanita.

Foto: Instagram Anasism

“Mengenali karekter Ayda Jebat, umum mengenali saya sebagai seorang yang penuh warna dan periang. Jadi pasaran untuk koleksi kali ini lebih kepada remaja.

“Kalau kita lihat sebelum ini, produk kosmetik yang dikeluarkan Anas Cosmetics, mungkin kesesuaiannya lebih kepada wanita berkerjaya, namun menerusi kerjasama saya dengan Anas Cosmetics ini, saya mahukan produk dengan harga mampu milik supaya semua wanita mampu mendapatkan koleksi ini,” kata Ayda.

Ayda mengakui beliau sendiri menggemari set mekap yang kecil memandangkan senang untuk diletakkan di dalam tas tangan, apa tah lagi wanita yang gemar membawa pelbagai benda di dalam beg tangan mereka. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

♥️ I’m ready. ???? . #AydaJebat #ImNervous #YourBabyIsReady

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

“Warna untuk palet mekap, gincu, pembayang mata dan pemerah pipi yang akan dikeluarkan terdiri daripada himpunan warna kegemaran saya iaitu semula jadi seperti merah jambu, oren dan coklat samar.

“Ibaratnya mengenakan solekan, tetapi seperti tidak bersolek. Ini kerana saya mahu wanita tahu, mereka masih boleh kelihatan cantik dengan menggunakan barangan kosmetik untuk meningkatkan kecantikan, tanpa perlu merubah wajah mereka dengan solekan yang tebal.

“Saya ingin wanita menghargai kecantikan semula jadi mereka,” kata Ayda lagi. 

Anas Cosmetics adalah jenama solekan pertama yang dipersetujui Ayda untuk menjadi duta sepanjang bergelar anak seni.

Anas Zahrin selaku pengasas Anas Cosmetics, gembira apabila Ayda sudi menjadi duta produk kosmetik keluaran syarikatnya. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

BISMILLAH | Its Official — Setelah 8 tahun mengenali hati budi perangai masing masing. Dari stranger jadi sahabat baik, ada di kala masing masing dari fasa sendu. Bantu sedaya mampu dari dulu sehingga sekarang, sehingga tahap ini — Di awalnya, 8 tahun lepas adik bongsu lelaki saya @aseriiiiiiiiiiiiiiiiiiii kenalkan, katanya ayda ni baik, kelakar semua benda lah. Ashh memang kalau kawan kawan dia yang ok dia akan terus dia cakap ok. Kalau tak dia tahu saya takkan masuk mahupun campur, jadi dia kenalkan ayda – such a sweet, ceeky, happy go lucky person . Knowing Ayda, shes a super hardworking young woman. Dia sangatlah bersemangat dalam apa sahaja yang dia buat dan apa yang membuatkan saya tertarik untuk jadikan dia sebagai Brand Ambassador untuk @ANASism adalah sikap professional yang dia tunjukkan dalam kerja, dalam segala hal yang dia nak buat – Dulu saya ada bagitau dia “one day anas akan ambil ayda jadi duta, tapi not now, anas nak bina dulu apa yang perlu di bina, anas taknak main ambil last last takde apa yang jadi. Bila Anas sedia dan tiba masanya anas akan ambil” so Ayda pun sejenis yang faham. Dia tahun saya perlu bersedia semua aspek . Tahun lepas, akhir tahun. Saya tanya dan risik Ayda “Ayda, anas rasa 2019 anas dah bersedia” dan dia reply “betul? Biar aku ayda fikir dulu dan berbincang” masa tu anas nervous juga – Jadi awal tahun ni, Ayda seakan bagi green light. Jadi dia pun cakap lebih kurang macam ni “ok Anas, lets do this, Ayda bantu. Kita buat betul betul” anas macam happy lah . Its been 8 years anas tunggu saat ni — InshaAllah, I will try very best untuk semuanya. Jadi yang terbaik serta buat yang terbaik . And now @AydaJebat dengan secara rasminya adalah The Brand Ambassador Of ANAS Cosmetics thank you so much — To all my ABC (ANAS Business Circle), team MAZA dan semua yang terlibat. Lets do this – Lets make it happen! Tahun 2019 tahun kita untuk menang! #ANAS #ANASBrandAmbassador #ANASxAydaJebat ???? . p/s: InshaAllah anas akan update next video signing! And surprise video! ????

A post shared by ANAS® (@anaszahrin) on

“Selepas dua tahun Anas Cosmetics berada di pasaran Malaysia dan setelah Anas menembusi pasaran antarabangsa iaitu Hong Kong, kami ambil keputusan melantik duta yang muda, fresh dan sedang meningkat naik malah namanya meniti di bibir masyarakat Malaysia.

“Disebabkan Ayda juga adalah sahabat baik saya, sudah lama saya menunggu momen ini untuk melantiknya sebagai duta Anas Cosmetics,” katanya.

Tambahnya, Ayda tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuan dan beliau merancang menghasilkan satu produk ataupun koleksi baru yang lebih mudah dibawa kemana saja dan senang diperoleh. 

“Paling penting, ia didatangkan dengan harga yang boleh dimiliki oleh sesiapapun,” katanya. 

Koleksi sinergi antara Ayda Jebat dan Anas Cosmetics ini bakal dilancarkan pada April ini dan bakal menjadi promosi hangat pada Ramadan nanti. 

Foto: Instagram Ayda Jebat

Selain itu, produk kosmetik ANAS turut menampilkan beberapa selebriti jelita seperti Rozita Che Wan untuk edisi produk maskara, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan dan Intan Liana Salleh sebagai wajah rasmi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Featured Wed, 18 Dec 2019

3 tip untuk berjaya sebagai seorang jurusolek

“Otai” ini bongkar kesilapan lazim jurusolek lakukan

Oh Lawa Wed, 18 Jul 2018
Acara Wed, 12 Feb 2020
Oh Lawa Tue, 1 Oct 2019

Safi Beautea dengan 100 peratus ekstrak teh premium

Keluaran terbaru Safi yang dapat melindungi kulit anda!

Oh Lawa Thu, 5 Jul 2018

Jangan Main Pakai Sahaja, Ikuti Kaedah Memakai Lip Matte Dengan Cara Yang Betul

Kalau nak tahan lama, ikuti teknik memakai lip matte ini.

Oh Lawa Mon, 30 Apr 2018

8 Tip Penggayaan Untuk Nampak Lebih Langsing Dan Tak Gelebeh

Pilik pakaian yang sesuai supaya badan anda nampak fit.

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Bibir anda gelap? Ketahui puncanya

Dapatkan kembali bibir yang cerah!

Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal