Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops March 11, 2019 @ 2:00pm

Kanak-Kanak jalani pembedahan paru-paru akibat tersedak bertih jagung

Apabila menonton filem di panggung wayang, bertih jagung mesti ada sekali. Snek universal ini memang disukai ramai kerana rasanya yang manis dan berlemak.

Tetapi disebabkan tekstur luaran bertih jagung yang kasar, ia boleh mendatangkan bahaya kepada golongan kanak-kanak yang menjamahnya.

Satu insiden buruk berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki gara-gara snek ini, menurut entri Facebook milik ibunya, Nicole Johnson Goddbard.

 

“Kami sekeluarga sedang menonton filem dan menikmati bertih jagung, ia satu kebiasaan di rumah kami.

“Tanpa berfikir dua kali, saya membenarkan (anak saya) Nash untuk memakannya. Dia tersedak sedikit tetapi memandangkan dia tidak muntah, kami menganggap dia sudah menelannya.”

Nash katanya tampak normal dan terus menonton filem, tetapi Nicole dan suaminya, Jake perasan yang Nash mula batuk selepas itu.

Pada keesokan harinya, Nash tampak sihat tetapi batuknya berbunyi aneh dan menyebabkan Nicole risau.

Esoknya pula, keadaannya tidak berubah, tetapi badan Nash mula rasa panas dan dia juga kerap merengek. Nicole memberikan Nash ubat demam tetapi Nash sukar untuk lelap dan bernafas.

 

Nash dikejarkan ke hospital di mana dadanya diberi ujian sinar-X tetapi kerana keputusannya tidak memberangsangkan, dia dijadualkan menjalani rawatan ‘bronchoscopy’ petang itu juga.

“Pada pukul 6, proses pembedahan Nash dijalankan. Doktor mendapati bahawa apabila Nash tercekik tempoh hari, bertih jagung yang dimakannya telah masuk ke dalam paru-parunya.

“Badan Nash melihat bertih itu sebagai bendasing lalu ia diselaputi dengan nanah. Kesemua inflamasi ini menyebabkan Nash dijangkiti pneumonia di paru-paru kirinya.”

Dalam prosedur pembedahan berkenaan, doktor Nash mampu mengeluarkan enam serpihan bertih jagung yang tersekat.

Rupa-rupanya ada banyak inflamasi pada bahagian paru-paru Nash dan doktor tidak pasti jika dia mampu mengeluarkan kesemuanya. Untuk kepastian, Nash terpaksa melalui prosedur yang sama dua hari selepas itu.

Pembedahan kedua berjaya dilakukan dan kesemua kepingan bertih dapat dikeluarkan. Selepas menjalani ujian pernafasan, Nash akhirnya boleh dibawa pulang.

“Jika saya tidak mengikut naluri keibuan saya dan mengejarkannya ke hospital, kesannya mungkin tidak baik,” kata Nicole.

“Kami bersyukur Nash sihat semula. Kami tidak sangka semua ini berlaku akibat snek yang kami selalu makan di rumah.”

Nicole juga berkata dia ingin menasihatkan orang ramai mengenai bagaimana bertih jagung tidak patut diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

“Saya berkongsi pengalaman saya supaya orang lain dapat lihat bagaimana sesuatu yang mereka sangka baik sebenarnya boleh mendatangkan keburukan,” katanya lagi.

Sumber: theAsianparent

Kredit foto: Nicolle Johnson Goddard

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 5 Mar 2019
familuv Wed, 3 Apr 2019

Cinta sahaja tidak cukup, anda perlu berusaha untuk pertahankan rumah tangga!

Cinta akan menyatukan anda tetapi mengekalkannya perlu usaha bersama

familuv Fri, 26 Jul 2019
familuv Fri, 28 Sep 2018

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk tubuh badan semua!

familuv Fri, 27 Jul 2018

Bagaimana Mengenal Pasti Mangsa Sumbang Mahram Dan Hulurkan Bantuan Segera

Topik sumbang mahram melatari kebanyakan dada akhbar serata dunia dan salah satu bentuk jenayah yang kurang dilaporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa.

familuv Wed, 15 Aug 2018

Resepi Ais Krim Buah Ini Sesuai Untuk Si Comel Yang Sedang Tumbuh Gigi

Bukan saja dapat melegakan kesakitan, ais krim buah ini juga berkhasiat!

familuv Fri, 4 May 2018

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.

familuv Wed, 1 Aug 2018

10 Tanda Yang Mungkin Anda Sedang Hamil Anak Kembar

Tahniah! Bagi anda yang berjaya hamil anak kembar.

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

error: Content is protected !!