Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin August 1, 2018 @ 5:00pm

10 Tanda Yang Mungkin Anda Sedang Hamil Anak Kembar

Untuk mendapatkan anak kembar bukan sesuatu yang mudah. Melainkan jika anda mempunyai ahli keluarga kembar, anda berkemungkinan besar berpeluang untuk melahirkan bayi kembar. Itu dipanggil sebagai faktor genetik. 

Tapi, jika anda tidak mempunyai faktor genetik tersebut, anda juga masih berpeluang untuk mendapatkan bayi kembar atas izin Allah. Semua itu tidak mustahil kan?

Sebenarnya, selain faktor genetik, terdapat 10 tanda yang boleh anda kenal pasti sama ada anda sedang hamil anak kembar ataupun tidak. Jom semak!

Foto: Momjuntion

1. Berat badan naik mendadak

Jika berat badan anda meningkat hingga 5 kg pada trimester pertama, itu merupakan tanda awal anda mengandung anak kembar. Malah, ukuran rahim dan jumlah darah juga meningkat lebih besar berbanding mereka yang hamil seorang bayi. Kemudian, pada trimester kedua pula, ibu yang hamil anak kembar akan naik beratnya sebanyak 7 hingga 12 kg.

2. Usia kandungan masih baharu, tapi perut nampak besar

Jika anda melihat perut anda lebih besar meskipun usia kandungan baharu beberapa minggu, mungkin ada dua janian dalam rahim anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah segera membuat imbasan ke atas kandungan supaya penjagaan yang teliti dapat dilakukan.

3. Mual semakin teruk

Lebih 50% ibu hamil kembar mengalami mual di waktu pagi. Ia cenderung berlaku, berbanding ibu yang hamil tunggal. 

4. Gerakan janin lebih awal

Ramai ibu yang hamil kembar menyatakan gerakan janin lebih awal dan semakin kerap. Mungkin kerana terdapatnya dua janin, maka ibu lebih mudah rasai pergerakan bayi tersebut. Namun begitu, menurut pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), gerakan yang dirasai tidak menentukan jumlah janin dalam rahim ibu. 

5. Terdapat dua degupan jantung

Tanda mengandung anak kembar juga boleh dikenal pasti ketika ibu menjalani pemeriksaan kehamilan. Ketika itu, anda akan melihat terdapat dua degupan jantung. Pasti gembira tidak terkata kan!

6. Pemeriksaan AFP sangat tinggi

Pada trimester kedua, pemeriksaan alpha fetoprotein (AFP) akan dilakukan. Ia dibuat untuk melihat sebarang kemungkinan bayi lahir cacat dan mengukur jumlah protein tertentu yang dikeluarkan oleh jantung bayi.

Namun bila doktor mendapati hasil ujiannya tinggi, kemungkinan itu tanda mengandung anak kembar. Akan tetapi, hasil ujian AFP juga boleh jadi tanda janin mengalami masalah dalam kandungan dan doktor akan melakukan pemeriksaan USG scan untuk lebih terperinci. 

7. Penat yang melampau

Mengandung anak kembar juga membuatkan ibu rasa penat melampau. Ini salah satu tanda mengandung anak kembar yang ibu patut tahu. 

Hal ini kerana, tubuh ibu akan bekerja dua kali ganda untuk memberi nutrisi dan merawat tubuh demi perkembangan janin dalam rahim ibu. Jadi, bersedialah!

8. Pemeriksaan USG scan

Apabila usia kehamilan sudah matang, pemeriksaan USG akan dilakukan untuk memudahkan ibu dan doktor melihat adanya janin kembar dalam kandungan itu.

9. Peningkatan hormon HCG

Antara tanda mengandung anak kembar juga apabila terjadinya peningkatan Human Chorioniz Gonadotropin (HCG) yang dihasilkan dari plasenta.

10. Faktor genetik

Biasanya, kehamilan kembar juga terjadi apabila salah seorang daripada anda tak kira suami ataupun isteri memiliki sejarah anggota keluarga yang juga kembar. Ia menjadikan anda lebih berisiko untuk mengandung anak kembar.

Apapun, jika anda tidak mempunyai tanda-tanda seperti perkongsian di atas, jangan bersedih. Mungkin, kehamilan yang kedua dan seterusnya anda disahkan hamil anak kembar. Itu tidak mustahil kan?

Sumber: AsianParentMalaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 30 Dec 2022

Muat Naik Video Bermain, Ramai Geram Lihat Bilal Anak Neelofa – “Masya-Allah, Tangan Ke Roti Tu?”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memuat naik perkongsian di laman Instagramnya yang menunjukkan anaknya, Muhammad Bilal sedang bermain. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang duduk bersila sedang bermain bola kecil dan bersemangat memasukkan bola tersebut di […]

familuv Sat, 26 Nov 2022

Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) […]

familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?

familuv Fri, 4 May 2018

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.

familuv Thu, 16 Apr 2020

Hilang sabar melayan kerenah anak sepanjang PKP? Jangan dipukul tapi guna taktik ini

Basuh muka dan kepala anak disertai doa-doa yang menenangkan

familuv Fri, 15 Mar 2019

Anda bakal menjadi ibu tiri? Cuba 5 panduan ini untuk persiapkan diri

Menjadi ibu tiri memerlukan kesabaran yang tinggi.

familuv Fri, 15 Jun 2018

Sayangkan Suami, Pelakon Nad Zainal Belajar Masak Lodeh

Pelakon Nad Zainal akui segala keterujaan melakukan persiapan Aidilfitri kini beralih fokus kepada anaknya iaitu Fahad Ibrahim.

familuv Tue, 19 Feb 2019

Feeling sore from nursing your baby? Soothe your skin with this DIY cream

Here’s the recipe which only uses three simple ingredients.

familuv Fri, 27 Mar 2020

5 cara mudah basmi kutu di kepala si kecil

Kutu kepala buat si kecil rengsa

error: Content is protected !!