Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops March 18, 2019 @ 10:00am

Kulit muka anda jenis sensitif? Lakukan 4 perkara penting ini sebelum tidur

Jika kulit muka anda mengalami radang, berasa gatal atau menjadi kemerahan setelah mencuba produk baru, itu bermakna kulit anda sensitif.

Memang betul, apa yang anda sapukan padanya amat penting, tetapi anda juga perlu konsisten dengan rutin penjagaan kulit wajah anda. Walaupun anda penat, anda tidak boleh sesekali mengabaikannya.

Apabila anda terasa seperti ingin tidur tanpa memberi kulit muka anda penjagaan yang sepatutnya, ingat kata-kata pakar kulit Dr Vivian Shi:

“Kita luangkan masa satu pertiga daripada hidup kita dengan tidur. Jadi jika anda tidak mengambil peluang untuk menjaga kulit anda pada waktu malam, rugilah.”

Nasib baik, penjagaan ini tidak semestinya melibatkan rutin dengan pelbagai langkah. Di bawah ini ialah 4 langkah mudah yang pasti memberikan hasil yang baik.

1. Cuci dengan lembut

Losyen bebas sabun atau pencuci muka jenis krim ialah pilihan terbaik untuk kulit sensitif.

“Pencuci berkrim tidak mempunyai buih jadi ia tidak akan menanggalkan minyak semula jadi dari kulit anda,” kata Dr. Shi.

Tekstur pekat akan melegakan apabila anda menyapunya di muka. Cuba gunakan formula yang tidak mengandungi bahan kimia yang kasar.

Tidak seperti pada waktu pagi, anda tidak perlu terkejar-kejar. Ambil masa untuk menyapu produk pada kulit, dari dahi ke bawah. Bilas dengan betul hingga tiada kesan yang tertinggal.

2. Berikan layanan baik kepada bahagian mata

Antara semua bahagian kulit pada muka anda, kulit di sini ialah bahagian kulit yang paling nipis dan sensitif. Jadi anda perlukan krim mata untuk melembapkan serta melindunginya daripada sebarang kerosakan.

“Saya mengesyorkan anda gunakan produk yang dibuat khas untuk kulit sensitif kerana kulit ini lebih kering dan mudah diserang alahan,” kata Dr Shi.

Pilih produk yang ringan serta hypoallergenic, seperti krim yang mengandungi ekstrak kapas. Ia mampu melindungi bahagian kulit berkenaan daripada rengsa.

Menurut Dr Shi, krim mata patut disapukan sebelum anda memakai krim pelembap untuk seluruh muka supaya ia dapat meresap dengan lebih berkesan.

Pedap krim mata dengan jari hingga ia meresap dengan sempurna ke dalam kulit.

Foto: HydroPeptide

3. ‘Perangkap’ kelembapan

Inilah sebabnya anda perlu menggunakan krim pelembap yang lebih tebal pada waktu malam: “Kulit lebih lemah pada waktu ini kerana fungsi perlindungannya paling tidak efektif.

“Ia tidak mempunyai mekanisme pertahanan yang sama seperti pada waktu siang, jadi ia memerlukan perlindungan ekstra,” tambahnya.

Beliau mencadangkan anda menggunakan produk yang mengandungi ramuan melegakan seperti ekstrak beras dan minyak semula jadi yang melembapkan. Ramuan ini boleh membantu mengatasi sebarang isu yang berkaitan dengan kulit sensitif.

4. Bersihkah udara

“Orang yang dilahirkan dengan kulit sensitif boleh menghidapi dermatitis, iaitu alahan inflamasi atau ruam yang disebabkan oleh sesuatu di dalam udara di sekeliling mereka,” kata Dr Shi.

Penyelesaiannya mudah sahaja: Tidur dengan memasang sebuah mesin penapis udara di dalam bilik tidur anda untuk menyedut partikel habuk.

Dr Shi juga mencadangkan anda tidak membuka tingkap. “Siapa tahu apa yang boleh masuk menerusinya pada waktu malam, lebih lagi jika anda tinggal di tempat yang terdedah kepada pencemaran,” katanya.

Ikuti nasihatnya supaya anda boleh bangun dengan kulit yang sihat.

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019

Rambut tidak lagi gugur dengan syampu dan perapi ini

Herbalife Nutirition lancar dua produk penjagaan rambut

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019
Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Selepas Kejayaan Kylie Cosmetics, Kylie Jenner Bakal Lancarkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Pula

Kita semua tahu yang Kylie Jenner kini sedang dalam perjalanan untuk menjadi “the youngest self-made billionaire”, iaitu billionaire (lebih tinggi daripada jutawan) termuda di hasil atas usaha sendiri. Walaupun gelaran “self-made” itu dipertikaikan oleh banyak pihak, kita […]

Featured Thu, 23 Jan 2020
Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

5 kesalahan ketika mencuci muka

Ketahui teknik yang sepatutnya kalau nak cantik!

Oh Lawa Sat, 19 May 2018

Bergaya Sakan Di Pagi Raya Dengan Koleksi Hijab Daripada Galeri Ariani. Gerenti Nampak Cantik & Ayu!

Nak beli hijab yang cantik untuk hari raya nanti? Berkunjunglah ke Galeri Ariani!

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Featured Tue, 11 Jun 2019
error: Content is protected !!