Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom March 18, 2019 @ 2:00pm

Telefon pintar ibarat perempuan simpanan, huru-harakan rumah tangga

Zaman sekarang ini, keretakan rumah tangga dan kedinginan dalam perhubungan suami-isteri, tidak semestinya berpunca daripada orang ketiga. 

Benda yang ada di hujung jari kita iaitu teknologi telefon pintar dengan pelbagai tawaran aplikasi menyeronokkan dan mengkhayalkan, ada kalanya menjadi musuh utama.  

Topik mengenai kebergantungan terhadap telefon pintar, membentuk budaya kurang mesra di kalangan ahli keluarga, salah satunya mewujudkan jurang komunikasi di antara anak dan ibu bapa.

Di meja makan, yang sepatutnya menjadi saat berharga untuk keluarga berhimpun kini menyaksikan sikap anti sosial baik anak mahupun orang tua mereka.

Ketagihan terhadap penggunaan telefon juga menjadi punca nilai kekeluargaan semakin ampuh apabila ibu bapa sendiri gagal memupuk kemesraan sebagai suami isteri.

Si ibu dengan Instagramnya sambil membelek perihal fesyen dan gosip artis tempatan serta luar negara, manakala bapa pula sibuk bermain Whatsapp, berbual dengan teman sepejabat atau alumni sekolah berhubung perancangan hujung minggu. 

Lebih parah, jika si bapa cuba bermain cinta di media sosial atau cenderung mengikuti instafamous yang berpakaian menjolok mata sehingga hilang minat terhadap isteri yang sudah jauh berubah keadaan fizikalnya berbanding zaman anak dara. 

Foto: Mashable

Ketagihan telefon pintar

Telefon yang dipegang setiap hari itu, ramai isteri dan suami di luar sana yang ‘diduakan’ dan makan hati tanpa kita sedari.  

Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk ke rumah sambil mengadap telefon. Duduk di ruang tamu, mata menatap telefon. Mandi, solat, kemudian pegang telefon lagi. Waktu makan, telefon telefon dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang telefon.

“Abang, kerja okay tak hari ni?”

Okay” tapi mata masih fokus pada telefon. Isteri mulanya datang mahu bersembang, tapi terus bangun sebab mood hendak berbual terbantut! 

Pertanyaan tak dilayan suami, malah jawapan diberikan sepertinya acuh tak acuh. Sebabnya suami sibuk dengan telefon pintarnya.

Ajak isteri keluar makan, sampai sahaja di kedai, tangan pegang telefon. Ajak isteri pergi melancong, jalan sana sini, sampai saja destinasi, tangan masih pegang telefon. 

Ajak anak bermain di playground, tetapi mata sibuk melihat telefon, jauh sekali hendak memantau aktiviti yang dilakukan anak. Ajak isteri berbelanja, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun masih pegang telefon.

Sentiasa dengan telefon!

Samalah juga dengan si isteri, lantaran asyik bermain Instagram dan Facebook, sampaikan terlupa hendak siapkan makan tengahari untuk suami. Kadang itu,  sampai lupa tukar lampin anak yang sudah basah lencun! 

Belum lagi bila keluar makan. Suami yang perutnya sudah berkeroncong disebabkan isteri tidak memasak, terpaksa tahan sabar dengan sikap isteri yang beria ambil gambar makanan untuk dimuat naik ke Instagram. Sampaikan lauk sejuk dibuatnya!  

Foto: www.123rf.com

Kurang Berkomunikasi

Banyak rumah tangga yang hilang ‘serinya’ disebabkan telefon genggam. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun sudah semakin tiada dalam rumah.

Telefon memang perlu dalam hidup, tapi jangan sampai ia menjadi barah dalam kehidupan, begitu juga segala bentuk media sosial sama ada ia viral atau tidak, semua itu adalah perkara yang kita tidak perlu risaukan.

Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita.

Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah. Begitulah juga sebaliknya dengan tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu. 

Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita mahu jadi. Adakah kita sanggup kehilangan keluarga hanya disebabkan pengaruh telefon bimbit?

Tepuk dada, tanya selera!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 16 Nov 2018
familuv Sun, 12 Apr 2020

Talian Kasih 15999 dibuka khusus untuk kes keganasan rumah tangga

Peningkatan jenayah di rumah sepanjang PKP membimbangkan

familuv Fri, 21 Sep 2018

Ada Apa Dengan Gelaran Pasangan Sepadan Sedang Hati Tidak Bahagia

Satu kajian mendapati wanita terbukti lebih bahagia bila mempunyai suami yang kurang menarik daripada mereka.

familuv Wed, 16 Jan 2019

Kalau takut suami tumpas di tangan wanita seberang, amalkan 25 petua ini

 Wanita seberang sentiasa meletakkan suami di tempat teratas. 

familuv Thu, 6 Feb 2020
familuv Wed, 9 Oct 2019

Suami rajin solat tapi kasar dengan isteri, jangan sangka diri baik!

Melayani isteri dengan baik adalah akhlak Rasulullah s.a.w

familuv Wed, 15 Jun 2022
familuv Tue, 17 Jan 2023

“Sampai Mampus Pun Hidup Kau Sempit Sebab…” – Suami Fatin Afeefa Minta Netizen ‘Stop’ Bandingkan Diri

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain. @aliff_awangRILEK AAAA WEH Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU […]

familuv Thu, 6 Sep 2018

Ini Cara Untuk Pastikan Anak Anda Makan Bekalan Makanan Yang Dia Bawa Ke Sekolah

Sakitnya hati bila anak tak makan pun apa yang kita dah pack untuknya.

familuv Wed, 8 Aug 2018

4 Sajian Enak Berasaskan Brokoli Untuk Si Manja

Brokoli antara sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral.

error: Content is protected !!