Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops February 26, 2019 @ 2:00pm

Ada video dalam aplikasi YouTube Kids yang mengajar penonton cilik untuk bunuh diri!

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka dijauhi daripada sebarang ancaman bahaya.

Selepas penat bekerja seharian atau apabila mereka sibuk, ada yang memilih untuk membiarkan si kecil bermain dengan tablet atau telefon pintar.

Dengan adanya aplikasi mudah alih yang selamat untuk kanak-kanak, ibu bapa pasti berasa yakin yang anak mereka dilindungi daripada kandungan yang membahayakan mental.

Hakikatnya, aplikasi itu bukanlah seselamat yang disangka.

Foto: Quartz

Menurut The Washington Post, Dr Free Hess menceritakan mengenai satu kes membimbangkan yang diceritakan seorang ibu.

Kisah berkenaan bermula apabila ibu terbabit ingin merawat hidung anak lelakinya yang berdarah. Sambil itu, dia mengalihkan perhatian si kecil dengan YouTube Kids, sebuah aplikasi video khas untuk golongan cilik.

Pada mulanya, video yang ditonton tampak seperti kartun biasa. Tetapi pada minit ke-4, seorang lelaki muncul di dalam skrin, melunjurkan lengannya dan mengajar kanak-kanak yang menonton cara betul untuk mencederakan diri sendiri.

Wanita berkenaan tergamam kerana tidak menyangka perkara sebegitu boleh berlaku. Beliau kemudian mengambil tablet itu untuk menyiasat dan menonton video berkenaan semula.

“Lelaki itu muncul di dalam skrin, menunjukkan lengannya kepada kamera dan mengusap bahagian hadapan lengannya dengan jari,” wanita tadi menerangkan apa yang ada dalam video berkenaan.

Beliau berkata, lelaki dalam video itu turut berkata: ”Kids, remember, cut sideways for attention, cut longways for results (Ingat ya, adik-adik, potong melintang untuk mencuri perhatian, potong menegak untuk mendapatkan hasil).”

Video ini telah berjaya dipadamkan, jadi ia tidak lagi boleh ditonton. Malangnya, ada banyak lagi video yang mengandungi bahan yang tidak sesuai.

Foto: Today Show

Video berkenaan mungkin antara kandungan bermotif jahat yang dihasilkan dengan menyasarkan kanak-kanak.

Tujuannya adalah untuk menipu ibu bapa dan algoritma YouTube Kids, dengan harapan dapat menghasut kanak-kanak menerusi kandungan yang tidak baik, seperti kartun yang menggalakkan penggunaan dadah serta keganasan melampau.

Topik-topik yang biasa diketengahkan termasuklah pengguguran anak dan gangguan seksual.

Dr Free yang mengakui beliau terkejut dan bimbang apabila mengetahui isu itu, turut mendedahkan melalui blognya bahawa terdapat video permainan Minecraft yang menggambarkan kes tembakan di sekolah, selain kartun yang menunjukkan kes bunuh diri dan penyeludupan manusia.

“Video-video ini memang merbahaya untuk kanak-kanak. Kanak-kanak kini berhadapan dengan dunia baharu dengan adanya media sosial dan akses kepada Internet. Ia mengubah cara mereka membesar,” katanya kepada Washington Post.

Foto: NewsHub

Bekas Presiden Persatuan Psikologi Amerika Syarikat Nadine Kaslow mengingatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak mereka dalam talian.

Beliau juga menerangkan bahawa video ini boleh memberi trauma kepada kanak-kanak atau memanipulasi mereka untuk mencederakan diri sendiri. Ini tidak mustahil kerana mereka terlalu muda untuk memahami kesan di sebalik tindakan yang ditunjukkan di dalam video berkenaan.

Foto: Shutterstock

Memang menakutkan! Ketika ini sukar untuk mengetahui jumlah kanak-kanak yang sudah menonton kandungan berbahaya itu tanpa mereka sedari.

Jika anda mempunyai anak, pastikan si kecil tidak terjebak dengan masalah ini. Anda juga boleh membantu dengan menyebarkan kisah ini dan memberi amaran kepada ibu bapa lain untuk lebih berhati-hari mengenai jenis kandungan yang diakses anak masing-masing.

 

blog

bloghttps://pedimom.com/youtube-kids-scare/

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 27 Nov 2018

Doktor Ini Beri Sebab Kenapa Anak Tak Lalu Makan

Kadang-kadang sampai bergaduh nak beri anak makan!

familuv Tue, 24 Jul 2018

Second Child Syndrome Berpunca Daripada Sikap Ibu Bapa Yang Membezakan Anak-Anak

Di sebalik sifat mereka yang gemar memberontak dan keras kepala, anak kedua juga dikatakan paling sensitif dan unik berbanding yang lain.

familuv Wed, 22 Jan 2020

Masa bersama suami aman tanpa gangguan anak, ini caranya!

Tiada lagi alasan untuk tidak bersama pasangan

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!

familuv Sun, 21 Oct 2018

20 Idea Dekorasi Potongan Buah Yang Cute Untuk Si Manja

Rasa macam tak nak makan sebab comel sangat!

familuv Sat, 3 Dec 2022

Hasil Kerja Keras Bersama, Amyra Rosli & Amar Baharin Beli Kereta Baharu

Baru-baru ini, pelakon Jelita Amyra Rosli memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Amyra menunjukkan kereta yang dibeli olehnya dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu […]

familuv Tue, 19 Feb 2019

Feeling sore from nursing your baby? Soothe your skin with this DIY cream

Here’s the recipe which only uses three simple ingredients.

familuv Fri, 4 May 2018

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.

familuv Fri, 14 Jun 2019

Fahami erti dan perbuatan nusyuz termasuk penyelesaiannya, mohon hadam betul-betul!

Jaga tingkahmu wahai isteri jangan sampai jatuh nusyuz!

error: Content is protected !!