Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin March 26, 2019 @ 10:01am

Wanita diberi ubat menguatkan kandungan tetapi sebenarnya pil gugur oleh pihak hospital

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Wanita diberi kelebihan untuk melahirkan zuriat ke dunia yang sememangnya dinanti oleh setiap pasangan yang sudah lama ingin berkeluarga, namun apakah perasaan anda apabila bayi yang ditunggu meninggal dunia disebabkan oleh kesilapan dan kecuaian pihak hospital?

Pasti anda akan berasa marah dan sedih dengan perkara ini memandangkan anak adalah anugerah terindah bagi setiap manusia.

Itulah yang terjadi kepada wanita dari wilayah Jiangxi, China yang mengunjungi klinik untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan beliau berada dalam keadaan yang stabil dan selamat.

Beliau kemudian dinasihatkan supaya berehat dengan cukup dan dipreskripsikan dengan ubat untuk mengelakkan berlakunya keguguran, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila beliau mula mengalami pendarahan sehari setelah memakan pil tersebut.

Wanita malang itu sebenarnya telah mengambil pil Mifepristone yang digunakan bagi menggugurkan kandungan pada peringkat awal kehamilan.

Setelah disiasat, wanita tersebut sebenarnya dipreskripsikan ubat yang salah oleh pihak hospital!

Doktor yang berusia 31 tahun itu berkata, “Ia terjadi kerana kesalahan ejaan. Saya tidak sengaja memberikan ubat yang salah,” katanya.

Meskipun doktor tersebut bersetuju untuk memberikan sejumlah wang sebanyak RM6040 sebagai pampasan, tetapi ia ditolak oleh mangsa dan keluarganya.

Kes ini masih berada di bawah siasatan pihak hospital.

Apa pendapat anda? Apakah yang akan dilakukan jika hal ini terjadi kepada anda?

Sumber: Says

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jul 2025

[VIDEO] “Nantikan Sabtu Ini, Ada Pengumuman Guys!” – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim bakal buat pengumuman penting pada acara Anugerah Melodi TV3 Sabtu ini

Trending Fri, 16 Nov 2018

咖啡族注意!研究:爱喝「这口味」有精神病

咖啡是许多人每日的精神来源,不过现在,你可能要多留意一下大家的喜爱口味了。因为日前就有研究证实,我们对咖啡的喜好,其实代表了「潜在个性」。

Featured Thu, 18 Jul 2024

“Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Wah, tahniah! Tak sabar nak tahu jantina baby🥰😍

Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Wed, 4 Jul 2018

Adam Rayqal Mungkin Didera Sebelum Meninggal Dunia

Terdapat kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan Adam Rayqal Mohd Sufi.

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

“Bila Raya Terus Jadi Orang Kampung, Seronok Pusing Naik Motor” – Areef Amran Kongsi Rutin Sambut Aidilfitri

Areef bagaimanapun merasakan dirinya masih belum begitu dikenali ramai, namun sentiasa terbuka untuk beramah mesra dengan peminat jika ditegur.

Trending Sat, 31 Oct 2020
Featured Sat, 27 May 2023
error: Content is protected !!