Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops March 29, 2019 @ 11:00am

Keropok keju enak ini pasti buat anda ketagih! Jom cuba resipinya

Jajan atau makanan ringan sememangnya menjadi kegemaran ramai.  Ringkasnya, setiap keluarga lazim mempunyai jajan kesukaan yang dikongsi bersama-sama seisi keluarga.

Apakah yang anda akan lakukan jika stok makanan ringan di rumah  kehabisan? Jangan panik!

Jika ada kelapangan, anda boleh cuba buat sendiri snek yang enak seperti keropok yang ada dijual di pasaran.

Antara snek yang pasti memikat selera ialah keropok keju Cheddar. Resipinya yang dikongsikan di bawah ini amat mudah untuk diikuti.

Keropok keju Cheddar seakan sama dengan produk snek Cheez-It, tetapi ia lebih sihat kerana kandungan garamnya tidak begitu banyak.

Snek ini bukan sahaja cukup sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga akan ketagih! Jika itulah hakikatnya, pastikan anda buat lebih sikit!

Jom cuba!

Bahan

  • 225 gram keju cheddar, diparut
  • 4 sudu besar mentega tanpa garam, biarkan pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan tepung serba guna 
  • 2 sudu besar air sejuk (berais)

Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C.
  2. Dengan menggunakan mesin pengadun, gabungkan keju, mentega dan garam di dalam mangkuk besar. Masukkan tepung dan adun.
  3. Tambahkan satu sudu besar air sejuk dan adun lagi. Ulangi langkah ini. Nota: Adunan sepatutnya bercantum tetapi rapuh apabila anda hancurkan dengan tangan. Jika ia tampak terlalu kering, tambahkan sedikit lagi air sejuk.
  4. Bahagikan adunan kepada dua dan mampatkan hingga ia menjadi bentuk cakera. Balut dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Lenyekkan adunan hingga ketebalannya menjadi 0.5 cm. Rapikan bahagian yang retak di sekelilingnya.
  6. Potong adunan hingga menjadi kepingan segi empat sama bersaiz 1 inci x 1 inci. Tebuk lubang kecil di tengah setiap keping untuk tujuan pengudaraan.
  7. Susun setiap kepingan yang telah diasingkan ke atas kertas minyak yang diletakkan di atas loyang.
  8. Bakar selama 13 minit atau hingga kepingan biskut menjadi warna perang keemasan.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Beza marjerin dan mentega, mana yang lebih sihat?

Ketahui risikonya terhadap kesihatan

Eat Travel Sat, 1 Jun 2019
Eat Travel Fri, 15 Feb 2019

Anda suka gabungan coklat dan mentega kacang? Ada 5 resipi untuk anda cuba

5 pemanis mulut ini pasti akan buat anda terliur!

Eat Travel Tue, 7 May 2019
Eat Travel Mon, 31 Dec 2018
Eat Travel Sun, 5 Apr 2020

Rendang cendawan ekspres, mudah dan sedap!

Menu ini jimatkan masa di dapur

Eat Travel Sat, 26 May 2018

Nikmati Kelazatan Avocado Milkshake Yang Power Ini!

Nikmati kesedapan jus avocado ini. Pasti terangkat punyalah!

Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

Sate Hipster Warna-Warni Ini Popular Di Terengganu. Anda Wajib Cuba!

Sate hipster ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih menggunakan resipi turun-temurun.

error: Content is protected !!