Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops December 31, 2018 @ 12:00pm

Resipi Biskut Mentega Kacang Yang Gerenti Sedap & Rangup

Biasanya peanut butter dimakan dengan roti, tapi kalau anda dah bosan, anda ia juga boleh dimakan dengan biskut.

Konteks di sini bukannya bermaksud anda sapukan peanut butter di atas sekeping biskut kemudian letakkan satu lagi keping di atasnya.

Apa kata anda jadikan mentega kacang ini sebagai salah satu ramuan untuk biskut? Lagi sedap!

Jika anda sedang mencari resipi peanut butter cookies yang best, ikuti resipi yang dikongsikan di bawah ini.

Ia menggunakan ramuan mentega kacang asli jadi anda boleh tetapkan jumlah gula dan garam yang sesuai untuk citarasa anda.

Salah satu ramuannya juga adalah kacang peanut yang dipanggang dua kali supaya rasa kacangnya berlipat ganda!

Satu lagi keistimewaan resipi ini yang membandingkannya daripada resipi lain adalah penggunaan teknik stim di dalam oven. Ia memberikan tekstur kenyal dan rangup kepada biskut anda.

Jom cuba buat!

Bahan-Bahan

  • ½ cawan kacang peanut, bergaram dan siap dipanggang
  • ¼ cawan + 2 sudu besar mentega tanpa garam
  • ¾ cawan tepung serba guna
  • ¾ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • ¼ sudu kecil baking soda
  • 1 biji telur besar + 1 biji telur kuning besar, dipukul
  • ¾ cawan gula halus
  • ½ cawan gula perang halus, dimampatkan
  • 454 gram mentega kacang jenis creamy dan natural (16 auns)
  • Gula mentah (untuk ditabur)
  • Garam laut (untuk ditabur)

Foto: Walmart

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven ke suhu 176°C. Panggang semula kacang dalam oven hingga perang dan berbau enak, iaitu selama 6 ke 8 minit. Biarkan sejuk, dan kemudian potong kasar.
  2. Sementara itu, di dalam pan kecil, cairkan mentega sambil kacau di atas api sederhana hingga berbuih dan menjadi perang, iaitu selama 4 ke 6 minit.
  3. Pindahkan mentega perang ke dalam mangkuk sederhana. Biarkan sejuk dan kacau setiap 5 minit, hingga betul-betul sejuk dan mengeras, iaitu selama 15 minit.
  4. Tapiskan tepung, garam, serbuk penaik dan baking soda ke dalam sebuah mangkuk sederhana.
  5. Dengan menggunakan mesin pengadun, pukul telur, telur kuning, gula halus, gula perang dan ¼ cawan air di dalam mangkuk selama 2 minit, hingga campuran tersebut lembut dan sedikit cair.
  6. Kurangkan kelajuan mesin pengadun ke rendah dan masukkan ramuan kering satu per satu. Kemudian tingkatkan kelajuan semula ke pantas dan pukul selama 1 minit.
  7. Tambahkan mentega kacang, kacang panggang dan mentega perang, dan kacau dengan kelajuan rendah hingga sebati (pastikan campuran di dasar mangkuk pun terkena juga) selama 30 saat. Biarkan campuran tersebut rehat di suhu bilik hingga ia mengeras sedikit, selama 10 minit.
  8. Bahagikan campuran kepada 20 biji bola (iaitu kira-kira sebanyak 2 sudu besar setiap satunya) dan pindahkan ke 2 buah loyang yang diletakkan kertas minyak.
  9. Celupkan sebuah garfu ke dalam air sejuk, dan penyekkan campuran biskut tadi ke ketebalan separuh inci. Wujudkan corak crosshatch di atas setiap biskut. Biarkan sejuk dan tertutup selama sejam.
  10. Susunkan rak di bahagian atas dan bawah (biarkan kosong di tengahnya). Letakkan sebuah pan di rak bawah, kemudian tinggikan suhu ke 191°C.
  11. Taburkan sedikit gula dan garam ke atas kepingan biskut.
  12. Dengan pantas, letakkan satu loyang biskut ke rak atas, dan tuangkan secawan air ke dalam pan yang panas itu. Hati-hati! Air itu akan mendidih dan menggelegak kuat.
  13. Bakar biskut hingga perang dan bahagian tepinya garing selama 12 ke 15 minit. Biarkan sejuk sedikit sebelum pindahkannya ke rak berdawai dan biarkan sejuk sepenuhnya.
  14. Ulangi langkah 12 dan 13 untuk loyang kedua.

Sumber: Bon Appetit

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 13 Nov 2018

Tak Perlu Ke Osaka, Anda Kini Boleh Naiki Keretapi Bertemakan Hello Kitty Di Tokyo!

Jika anda ke Tokyo tak lama lagi, jangan lepaskan peluang ini ya!

Eat Travel Fri, 13 Jul 2018
Eat Travel Sat, 26 May 2018

Nikmati Kelazatan Avocado Milkshake Yang Power Ini!

Nikmati kesedapan jus avocado ini. Pasti terangkat punyalah!

Eat Travel Wed, 6 Jun 2018

Teringin Nak Masak Mee? Cuba Resipi Mee Bandung Yang Mudah Dan Gerenti Sedap Ini

Kalau dan bosan dengan mee kari atau mee rebus, apa kata cuba masak mee bandung pula?

Eat Travel Tue, 2 Oct 2018
Eat Travel Wed, 14 Nov 2018

5 Destinasi Percutian Musim Sejuk Hujung Tahun 2018 Yang Wajib Anda Kunjungi

Manfaatkan hujung tahun 2018 dengan percutian yang paling awesome!

Eat Travel Thu, 28 Jun 2018

Puas Dapat Makan Sotong Gergasi Di Nasi Kukus Sotong Besar

Apa yang seronoknya makan di restoran Nasi Kukus Sotong Besar ini, harga setiap hidangan bawah RM15.

Eat Travel Sun, 4 Aug 2019
Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
error: Content is protected !!