Oh Lawa By: Ad Ops April 30, 2019 @ 2:30pm

6 sebab kenapa Koleksi Lebaran Ariani Floraya 2019 wajib dimiliki setiap wanita. Memang cantik!

Jenama fesyen popular Ariani kini tampil dengan koleksi istimewa dan menawan sempena lebaran. Menyuntik inspirasi floral, koleksi Ariani Floraya 2019 mengetengahkan rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna menarik untuk digayakan semasa musim perayaan dan undangan rumah terbuka.

Menariknya, koleksi Ariani Floraya 2019 mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan serta gaya yang cukup mempesonakan.

“Melangkaui 11 tahun di dalam industri hijab tempatan, Ariani sentiasa menumpukan perhatian terhadap penyelidikan dan kajian fabrik yang memberi fokus kepada penstrukturan jalinan fabrik bagi memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pelanggan kami.

Pertunjukan Fesyen Ariani Floraya 2019

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

“Justeru, kesemua koleksi Ariani Floraya 2019 yang dipersembahkan tidak sekadar cantik dipandang, tapi cukup praktikal untuk digayakan sepanjang lebaran ini,” tutur Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Mohd Phillips, di dalam ucapannya sewaktu majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis pertunjukan fesyen Ariani Floraya 2019 berlangsung dengan penuh meriah dalam atmosfera dewan yang dihias dengan flora botanical, berlatar belakangkan lagu hit zaman 90-an sebagai satu apresiasi mengembalikan kegemilangan era tersebut seiring dalam meraikan 11 tahun jenama Ariani di pasaran. Turut menghiburkan tetamu yang hadir ialah penyanyi rock lagenda, Amy Search dan Ella yang memberikan persembahan yang cukup memukau.

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Hijab & Heels tampilkan 6 sebab kenapa anda semua wajib memiliki koleksi Ariani Floraya 2019 untuk digayakan pada hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

1. Koleksi hijab selesa dan cantik

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Bermula dari rekaan selendang sehinggalah ke pilihan tudung ‘segera,’ koleksi Ariani Floraya 2019 merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel dan vibrant yang menarik. Koleksi ini juga menampilkan pilihan corak bercetak yang segar dan cantik.

Menurut Farah, formulasi tudung segera ditampilkan kerana memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan yang inginkan helaian hijab segera yang mudah digayakan dengan sentuhan eksklusif berupa permata Swarovski dan perincian renda berkualiti tinggi.

Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna-warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal. Tambah menarik dengan sentuhan motif unsur alam, bunga-bungaan dan cetakan abstrak. Antara koleksi hijab yang terdapat bagi koleksi Ariani Floraya 2019 ialah Selendang Cluster, Selendang Frackle Flow, Selendang Calgary, Instant Ferrera, Instant Valerie, Instant Tuscany dan banyak lagi.

2. Hijab premium dan eksklusif

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Ariani turut menampilkan Ariani Luxe yang ditafsir sebagai satu jenama hijab premium yang mampu membangkitkan pesona dan personaliti wanita dalam berfesyen. Bermula daripada koleksi asas, selendang, swiss voile, turban dan juga inner, semuanya digarap dengan penuh nilai eksklusif bersama pilihan fabrik terbaik yang pastinya menjanjikan keselesaan kepada pelanggan.

3. Koleksi ready-to-wear yang cantik dan praktikal

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE

Koleksi ready-to-wear (RTW) menampilkan koleksi raya yang merangkumi kurung moden polos, kurung bercetak moden dan jubah. Menerusi koleksi tersebut, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

Koleksi Floraya by Ariani RTW adalah pilihan tepat untuk wanita yang mementingkan penampilan minimal dan bergaya di pagi lebaran. Tidak sekadar cantik dipandang, tapi ia juga praktikal untuk digayakan.

4. Koleksi untuk kanak-kanak dan plus size 

Koleksi Floraya by Ariani RTW turut menghasilkan koleksi plus size atas permintaan daripada pelanggan setia mereka. Koleksi plus size menawarkan saiz busana sehingga 5XL! Jadi, tiada lagi halangan untuk wanita berbadan besar untuk tampil cantik di pagi raya.

Bukan itu sahaja, pada tahun ini juga, Floraya by Ariani RTW turut memperkenalkan 14 rekaan khusus untuk kanak-kanak yang berusia daripada satu hingga 12 tahun. Selepas ini bolehlah ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

5. Harga berpatutan, berkualiti dan sesuai peringkat umur

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa, Ariani memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi di samping rekaan yang minimal dan praktikal kepada pelanggannya. Ariani turut berpegang kepada keteguhan identiti jenamanya yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal mahupun pasaran atas alian. Kesemua koleksi Ariani Floraya 2019 disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat umur.

6. Koleksi eksklusif dan mewah

Pertunjukan Fesyen Ariani Floraya 2019

Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

KUALA LUMPUR 25 APRIL 2019. Koleksi Ariani RTW pada pertunjukkan fesyen Floraya 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. NSTP/AZIAH AZMEE.

Bagi pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif, The Premium Series by Ariani RTW adalah jawapannya. Penggunaan fabrik broked dan kapas berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi aksesori berupa Swarovski antara keistimewaan koleksi yang dijual dalam kuantiti yang terhad ini.

Oleh itu, apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Ariani Floraya 2019 di butik Ariani berdekatan anda. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jan 2020
Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Oh Lawa Thu, 11 Jan 2018

Jenis Kasut Untuk Wanita Rendah

Terdapat banyak pilihan kasut di pasaran, namun tidak semua kasut sesuai untuk wanita yang memiliki saiz badan rendah. Tapi, ia bukan penghalang untuk seseorang wanita rendah itu dalam mengekspresikan fesyen serta tampil bergaya. Apa yang […]

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018
Oh Lawa Tue, 8 Jan 2019

27 of the most notable carpet looks at the 76th Golden Globes 2019

Western celebs took the moment to showcase their good taste in fashion.

Oh Lawa Tue, 15 Jan 2019

What’s better and cosier than a puffer coat? A puffer coat lined with fur!

It’s like a snuggly warm blanket but fashionable.

Featured Wed, 1 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 14 Oct 2019

Glow Doe dUCk Cosmetics bantu serlah solekan

Didatangkan dalam 3 pilihan warna

Featured Wed, 10 Jan 2018

1st Date: Apa Perlu Pakai

Temu janji pertama merupakan satu perkara yang sangat mengujakan bagi setiap wanita. Namun, pada masa sama mendebarkan lebih-lebih lagi jika tidak tahu apa yang hendak dipakai sewaktu pertemuan pertama dengan si dia. First impression memainkan […]