Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd October 9, 2020 @ 5:02pm

Assalamualaikum Nur Fatima Aisya… Dedah Wajah Anak, Peminat Teruja Nama Klasik Jadi Pilihan Fattzura

Penantian para peminat selebriti popular, Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila pasangan pujaan ramai itu mendedahkan wajah anak buat pertama kalinya.

Menerusi kemaskini terbaharu di laman Instagram @fattzuralovelife, pasangan ini memuat naik video bayi perempuan yang dirakam dari bahagian atas.

Dilahirkan pada 2 Oktober lalu, Fazura dan Fattah sepakat memilih nama Nur Fatima Aisya untuk diberikan kepada anak mereka.

Video yang dimuat naik itu kini mendapat 68,000 tontonan.

Ruangan komen video tersebut turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat Fattzura.

Peminat juga teruja apabila pasangan ini memilih nama klasik untuk diberikan kepada permata hati mereka.

Kami di Xtra mengucapkan tahniah buat kedua pasangan selebriti ini atas kehadiran puteri sulung.


Semoga Nur Fatima terus menjadi penyejuk hati buat kedua orang tuanya❤️

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Jun 2021

“Ah!!Sakitnya..Kenapa Bukan Andy, Jasmin?”- Netizen Kecewa Tengok Ending Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin yang ditayangkan di slot drama Pukul 6 TV3 akhirnya menemui episod akhir. Ternyata, plot drama ini yang agak unik berjaya menyingkap kisah cinta […]

Featured Wed, 29 Dec 2021

“Ibu Look, I Made It” – Zynakal Tak Sangka Menang Anugerah Komposer Muda Berpotensi

Penyanyi Zynakal meluahkan rasa gembira apabila memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika pada Selasa. Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq […]

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“Dia Tinggalkan Saya Dengan Empat Anak, Hutang & Dua Skandal” – Ibu Zahirah Macwilson Dakwa Bekas Suami Hasut Anak, Cemburu Kehidupan Baharu?

Maslinda membuat beberapa dakwaan berhubung kehidupan lampau mereka selain mendakwa bekas suaminya bersikap cemburu terhadap kehidupan yang dinikmatinya ketika ini.

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Sempurnakanlah Bacaan Ibuku, Jadikan Al-Quran Sahabatnya” – Nora Danish

Nora Danish berdoa kisah hijrah dan bacaan Al-Quran ibunya lancar

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
error: Content is protected !!