Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 17, 2019 @ 4:19pm

Cita rasa Mesir di Tut’s Egyptian Eatery bangkitkan selera

Buntu mahu berbuka puasa di mana? Apa kata anda singgah makan di restoran Tut’s Egyptian Eatery yang terletak di pusat beli-belah 1 Utama, Damansara.

Restoran Mesir pertama di Malaysia ini amat sesuai bagi anda yang mungkin sudah bosan menikmati hidangan tempatan mahpun Barat. Umum mengetahui Mesir cukup terkenal dan kaya dengan khazanah serta sejarah yang menakjubkan.

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Begitu juga dengan makanannya. Biarpun agak kurang diteroka, namun keunikan masakan negara yang terkenal dengan piramid ini wajib dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Bersempena bulan Ramadan, Tut’s Egyptian Eatery buat julung kalinya menawarkan bufet Ramadan kepada pelanggan setianya.

Bufet Ramadan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada rakyat Malaysia mengenai latar belakang kulinari Mesir. Selain itu, ia memberi peluang kepada semua untuk menerokai pengalaman serta merasai sendiri sajian Mesir yang unik dan menyelerakan di Tut’s Egyptian Eatery.

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Bufet Ramadan Tut’s Egyptian Eatery menyajikan lebih daripada 25 masakan Mesir, antaranya nasi berempah Mesir dengan bawang goreng, nasi Royal (nasi berperisa yang diperbuat daripada bihun di dalamnya), fatta (hidangan yang mempunyai lapisan roti, stok daging, nasi, herba dan sos), moussaka bersama-sama bechamel (hidangan panggang yang menggabungkan lapisan terung goreng dan lada benggala yang digaul bersama pes tomato) dan daging Kofta (bebola daging yang menggabungkan segala rasa rempah dan ramuan tradisional Mesir serta digaul bersama sos merah enak).

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Bagi mereka yang mungkin ingin merasai sesuatu yang ringan, anda boleh cuba ayam goreng dan sotong goreng Tut’s. Penulis sendiri sudah merasai hidangan terbabit dan anda pasti tidak akan menyesal dengan rasanya. Tepung yang digunakan untuk menggoreng ayam dan sotong amat berbeza, tetapi enak sekali! Sukar untuk digambarkan rasanya!

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Jangan lupa basahkan tekak anda dengan minuman yang menyegarkan iaitu tropical tamarind, Egyptian lemon mint, karkade floral dan sobya milk. Memang lain daripada yang lain!

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Bagi pencinta pencuci mulut pula, anda boleh menikmati hidangan pencuci mulut Mesir yang lazat iaitu Roz B Laban (puding beras dengan gabungan rasa vanila dan susu), sobya mousse – mousse Asia Barat yang diletakkan kismis dan kayu manis) serta om Ali, iaitu puding roti Mesir dengan kekacang, kismis, kayu manis dan banyak lagi.

Restoran Tut's Egyptian Eatery

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Restoran Tut's Egyptian Eatery makanan mesir

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman sajian Tut’s Egyptian Eatery yang luar biasa bersama-sama keluarga dan teman. Harga bagi bufet Ramadan ialah RM59.90 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun.

Makluman lanjut mengenai berita terbaru, promosi dan tawaran Tut’s Egyptian Eatery, boleh layari http://tutseatery.com/ atau https://www.facebook.com/tutsmy/.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 8 Jun 2018
Eat Travel Fri, 17 Aug 2018
Eat Travel Fri, 21 Dec 2018

Frasa Korea Yang Berguna Untuk Pelancong Muslim Bila Nak Cari Makanan Halal

Kalau setakat annyeonghaseyo dan kamsahabnida, tak pasti boleh bantu.

Eat Travel Sun, 13 May 2018

Kepak Ayam Madu Bukan Saja Lazat Bahkan Penyediaannya Semudah ABC

Kepak ayam madu, dengar nama menu ini saja sudah bisa buat kita terliur. Apalagi melihat cara ia dimasak.

Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
Eat Travel Sun, 24 Feb 2019
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020
Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

error: Content is protected !!