Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops December 21, 2018 @ 5:00pm

Frasa Korea Yang Berguna Untuk Pelancong Muslim Bila Nak Cari Makanan Halal

Demam Korea dah lama melanda Malaysia. Pastinya ramai yang dah pun mengunjungi negara Asia Timur ini untuk merasai sendiri kehangatannya dengan lebih dekat.

Bagi pelancong Muslim, tak dapat dinafikan kadangkala sukar sedikit untuk mencari makanan Halal walaupun ada saja restoran Halal yang makin banyak dibuka.

Kalau tak jumpa, takkan nak biar diri kelaparan saja, kan? Tak salah jika anda kunjungi mana-mana restoran yang anda pasti tidak menghidangkan daging khinzir.

Nak memesan makanan memang mencabar lebih-lebih lagi jika anda tak fasih bahasa Korea. Kalau menunya pun ditulis dalam bahasa itu, susah juga.

Tak apa, sebelum anda berada dalam situasi sebegini, sebaiknya anda lengkapkan diri dengan skil berbahasa Korea.

Selain annyeonghaseyo (hello!) dan kamsahabnida (terima kasih), apa lagi kata-kata frasa yang anda tahu?

Untuk hal-hal makan, anda boleh rujuk kepada info di bawah ini. Frasa-frasa ini boleh digunakan ketika memesan makanan.

  • Adakah daging ini Halal? – Halal gogi eyo?
  • Saya tak makan daging. – Jeo neun gogi reul an mogo yo.
  • Ada daging khinzirkah dalam makanan ini? – Dwejigogi isseoyo?
  • Tolong jangan letak daging [dalam makanan saya]. – Gogi reul nohji maseyo.
  • Saya seorang vegetarian. – Jeo neun chaeshik jwee jayeyo.
  • Saya tak minum alkohol. – Jeo neun sureul an masho yo.
  • Tolong jangan masukkan alkohol [dalam makanan/minuman] saya. – Eumshige sul nohji maseyo.
  • Tolong berikan saya air. – Mul juseyo.
  • Tolong berikan lebih banyak hidangan sampingan (side dishes). – Banchan deo juseyo.

Nota:

  • “-eu-” di sini berbunyi sama macam sebutan huruf “e” di dalam perkataan “seperti” atau “ke tepi”.
  • “-e-” bunyinya sama macam huruf “e” dalam perkataan “senget” atau “leper”.
  • “-eo-“ berbunyi sama seperi perkataan “or (atau)” dalam Bahasa Inggeris.

Foto: not at her desk

Bonus!

Di bawah ini pula adalah frasa-frasa biasa yang anda boleh gunakan dalam mana-mana situasi yang memerlukan.

  • Nama saya (sebut nama anda). – Jeo neun _____ ibnida.
  • Bolehkah anda bertutur dalam Bahasa Inggeris? – Yeongeo haseyo?
  • Berapakah harga barang ini? – Eolma aeyo?
  • Di manakah stesen subway?Jihacheolyeok eodi isseoyo?
  • Di manakah tandas? – Hwajangshil eodi yeyo?
  • Di manakah (sebut nama tempat)? – _____ eodi isseoyo?
  • Tolong panggilkan teksi untuk saya – Tekshi bulleo juseyo.
  • Di manakan bilik solat? – Gidoshil eodi yeyo?

Itulah frasa-frasa yang basic. Penulis nasihatkan, sebelum anda melancong ke negara-negara yang menggunakan bahasa asing, pelajarilah sedikit kata-kata bahasa tersebut.

Bagi anda yang tak tahu, lagi fasih pertuturan kita dalam bahasa mereka, lagi mereka gemar melayan kita orang luar ini.

Samalah macam kita bila kita lihat orang putih bertutur dalam Bahasa Malaysia. Betul, tak?

Sumber: TripovoKoreanclass101SweetandTastyTV, Visitseoul.net

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 25 Jul 2018

Tauhu Begedil Daging Heaven, Paduan Serina Dan Chef Riz Laris!

Inti begedil daging yang mewah disumbat pada tauhu menjadikan ia satu hidangan yang cukup menyelerakan.

Eat Travel Thu, 3 May 2018

Minat Macaron? Cuba Resipi Macaron Strawberry Cheese Ini, Nikmat Dalam Mulut!

Kalau nak beli di pasaran, mahal! Buat sendiri lagi puas bila makan.

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Mon, 1 Oct 2018
Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Tue, 5 Feb 2019

Raikan Tahun Baru Cina di Sunway Lost World Of Tambun untuk menangi hadiah menarik!

Mari bergembira di taman tema ini bersama keluarga atau rakan.

Eat Travel Mon, 3 Sep 2018

Gebu & Murah, Donat Warna-Warni Ini Memang Wajib Anda Cuba

Istimewanya donat yang dijual adalah 100% homemade!

Eat Travel Mon, 11 Jun 2018
Eat Travel Sun, 13 May 2018

Kepak Ayam Madu Bukan Saja Lazat Bahkan Penyediaannya Semudah ABC

Kepak ayam madu, dengar nama menu ini saja sudah bisa buat kita terliur. Apalagi melihat cara ia dimasak.

Eat Travel Wed, 25 Apr 2018

Anda Boleh Buat Kek Coklat Dengan Menggunakan 2 Bahan Saja! Percaya Tak?

Selalunya kalau nak bakar kek coklat, mesti kena pakai tepung, kan?

error: Content is protected !!