Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Fadzlena Jafar May 21, 2019 @ 5:14pm

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Disediakan oleh Saadiah Ismail

Antara produk kosmetik yang wajib dibawa ke mana-mana sahaja oleh setiap wanita ialah bedak asas. Penggunaannya yang ringkas bukan saja mampu menaikkan seri wajah, tetapi sering dianggap teman setia setiap wanita.

Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap beg wanita pasti mengandungi satu bedak padat atau bedak asas ini, yang dianggap sebagai ‘penyelamat’ pada saat wajah memerlukan sentuhan semula.

Tatkala wajah sedikit pudar menjelang petang, bedak kompak menjadi penyelamat untuk terus kekal bersinar dan bebas daripada kesan minyak pada wajah.

Kali ini, dUCk Cosmetics tampil dengan produk baharu dua dalam satu iaitu bedak padat dan asas dikenali sebagai Piece of Cake Two Way Cake yang dapat memberi kesan segera pada wajah anda.

Bedak asas dUCk

Empat rona warna disesuaikan untuk kulit wanita Asia. gambar ihsan dUCK Cosmetics.

Bagi menambah kesan lebih elok, disertakan sekali span wajah yang boleh digunakan sama ada kering atau lembap mengikut kesesuaian kulit wajah masing-masing.

Bedak ini dicipta khusus bagi wanita yang sukakan sentuhan ‘matte’ pada wajah kerana produk ini dapat membantu menutup liang roma dan cela.

Kandungannya yang terdiri daripada Vitamin E, minyak argan asli dan juga bebas paraben, bukan saja membantu menaikkan seri si pemakai tetapi ada masa sama merawat wajah.

Didatangkan dalam empat jenis mengikut kesesuaian warna kulit wanita Asia, iaitu Coconut bagi mereka yang mempunyai kulit berwarna cerah, Buttery bagi wanita berkulit cerah kekuningan, Banana mereka yang berkulit agak gelap sedikit dan Toffee khusus wanita berkulit gelap.

Bedak Piece of Cake Two Way Cake ini berharga RM70 dan boleh didapati  di stor dUCk.

bedak asas

Produk terkini daripada dUCk Cosmetics, segar dan menawan.

Berikut adalah dua cara menggunakan bedak padat dua dalam satu ini:

1. Bedak asas cecair

  • Lembapkan span dan disapu di atas bedak asas tadi
  • Ratakan pada kulit wajah anda bermula dengan bahagian zon T bagi memberikan kesan yang lebih dramatik
  • Pastikan penggunaan bedak asas ini lebih tebal pada bahagian zon T kerana selain memberi tumpuan kepada bahagian berkenaan, anda juga boleh melindungi mata yang sembap
  • Ini diikuti dengan meratakan pada seluruh muka.
  • Hasilnya wajah lebih berseri dan serata

2. Bedak padat

  • Kegunaan lain adalah sebagai sentuhan akhir selepas menggunakan bedak asas cecair
  • Anda juga boleh membentuk wajah menggunakan bedak padat dengan memberi tumpuan kepada bahagian zon T
  • Sapukan bermula pada bawah mata diikuti bahagian lain menggunakan span yang kering
  • Cara ini dapat memberikan lapisan kedua yang lebih rata dan tampak semula jadi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 8 Oct 2018

Mencukur Bulu Muka Boleh Buat Makeup Nampak Lebih Perfect, Tapi Apakah Keburukannya?

Bukan lelaki saja yang mencukur muka, tapi adakah teknik ini bagus?

Oh Lawa Tue, 16 Oct 2018
Oh Lawa Fri, 30 Nov 2018

Selena Gomez Lancarkan Koleksi Pertamanya Untuk Puma Demi Menyokong Wanita Berjiwa Kental

Dia ingin wanita rasa kuat tapi cantik apabila memakai koleksinya.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 16 Nov 2018
Oh Lawa Wed, 15 Aug 2018

Jom Belajar Cara Lilitan Turban Yang Kemas Dan Berstail Ini

Gaya turban akan jadikan wajah anda bentuk ‘diamond’. Barulah style!

Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Dijemput ke perkahwinan rakan? Guna batik untuk kelihatan elegan!

Cuba selongkar almari ibu untuk dapatkan kain batik klasik!

Oh Lawa Thu, 24 May 2018

Wow! Koleksi Lebaran 2018 Oleh Selebriti-Selebriti Malaysia Ini Memang Memukau

Selebriti Malaysia tampil dengan koleksi raya yang memukau.

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Siapa Kata Berbadan Besar Tidak Boleh Bergaya? Ini Koleksi Lebaran Plus Size Yang Wajib Anda Beli!

Kalau anda berbadan besar, tidak menjadi satu masalah untuk anda melaram dengan koleksi Amani Curve dan Michael Ang ini!

error: Content is protected !!