Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 22, 2019 @ 11:00am

Nak tahu rahsia kekalkan kesegaran potongan buah? Ini petuanya!

Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran.

Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Rasa manis serta kandungan serat yang tinggi menjadikan buah-buahan sebagai antara pencuci mulut serta snek yang cukup popular dihidangkan sama ada majlis keraian, santai mahupun dalam diet seharian.

Bagi penggemar buah-buahan pastinya sering berdepan dengan masalah buah mudah lebam apabila dipotong. Buah bersifat kaya dengan zat besi termasuk epal dan pir umpamanya cenderung bertukar warna keperang-perangan tidak sampai 10 minit selepas dipotong.

Ini kerana isi buah yang terdedah menghasilkan tindak balas antara oksigen dengan zat besi yang terdapat dalam buah. Ia akhirnya menghasilkan oksida feruna yang bertindak menyelaputi bahagian luar, sekali gus menyebabkan warna buah berubah dan membuatkan ia kelihatan tidak segar.

Disini kami kongsikan bagaimana untuk mengekalkan kesegaran buah selepas dipotong.

1. Air garam

Foto: realfoodinspirations

Dengan merendam hirisan buah ke dalam larutan air garam. Rendam hirisan buah ke dalamnya. Biarkan selama lima hingga tujuh minit sebelum ditos kan. Untuk mengelakkan buah terasa masin, seeloknya masukkan hanya secubit garam ke dalam larutan. Pastikan yang digunakan adalah garam halus.

2. Larutan madu

Foto: Medical News Today

Larutan madu yang direndam dengan buah, salah satu lagi cara mengekalkan kesegaran buah. Caranya mudah saja, masukkan dua sudu madu ke dalam air biasa dan masukkan buah ke dalamnya. Tos dan siapkan untuk di makan.

Tentu cara ini paling sesuai dengan selera masyarakat Malaysia kerana menambahkan lagi rasa manis pada hidangan buah tadi.

3. Gunakan pisau tajam

Foto: foodnetwork.ca

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan di Amerika Syarikat, buah epal yang dipotong menggunakan pisau yang baru diasah mampu mengurangkan kadar keperang-perangan buah berbanding pisau yang tumpul.

Pisau yang tumpul menghasilkan geseran yang tidak sempurna dan membuatkan lebih banyak bahagian isi buah terdedah kepada udara. Untuk kesan lebih optimum, sapukan hirisan buah limau nipis, oren ataupun lemon pada pisau sebelum memotong buah.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 6 Jul 2018

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Tak mustahil jika anda betul-betul mengikut resipinya.

Eat Travel Tue, 1 May 2018

30 Foto Jalan Atau Lorong Menarik Di 30 Buah Negara, No. 26 Paling Cantik!

Jom “travel” dan lihat bagaimana rupanya jalan atau lorong di 30 buah negara yang berbeza. 

Eat Travel Fri, 12 Jul 2019

Keunikan Nasi Buloh Rotan tarikan baharu warga kota

Pelbagai menu istimewa ditawarkan

Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

Libur gaya baharu, tidak perlu keluar rumah. Ketahui bagaimana!

Bawa percutian kondusif ke kediaman sendiri

Eat Travel Sun, 23 Sep 2018

Inilah Resipi Terbaik Biskut Cip Coklat Yang Khas Untuk Orang Vegan

Vegan, maknanya tiada ramuan tenusu tapi masih sedap dimakan!

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
Eat Travel Wed, 5 Sep 2018

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Sebelum menghala pulang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Warung Pok Nong.

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020
Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
error: Content is protected !!