Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops May 29, 2019 @ 4:00pm

Baju berkedut tetapi anda tiada seterika untuk gosok? Cuba 6 teknik alternatif ini

Seronoknya apabila membuat perancangan untuk berjimba. Tetapi alamak, pakaian anda berkedut seribu tetapi seterika anda pula tidak berfungsi! Aduh!

Jika anda mengalami masalah ini, jangan panik. Menurut allwomenstalk,  ada beberapa cara alternatif yang boleh dipraktikkan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Jom belajar!

1. Panaskan air hingga mendidih di dalam periuk

Pastikan air itu betul-betul panas hingga menggelegak. Setelah takat didih dicapai, kosongkan periuk itu dan terus gunakan bahagian bawahnya yang panas untuk “menggosok” kain anda.

Jika anda bertindak pantas, periuk ini memang boleh digunakan seperti seterika yang betul. Tetapi sebelum itu pastikan periuk itu betul-betul bersih, ya!

Foto: The Krazy Coupon Lady

2. Semburkan cuka putih

Siapa sangka cuka biasa sebenarnya boleh hilangkan kedut?

Bancuhkan air dan cuka dengan nisbah 3:1, semburkan sedikit pada pakaian dan biarkan kering sepenuhnya.

Gerenti menjadi kerana gabungan cuka dan air ini memang lembut terhadap serat benang.

3. Tegangkan di atas cerek berisi air mendidih

Sambil buat teh, hilangkan kedut! Tegangkan pakaian anda dan pegang dalam lebih kurang 12 inci jaraknya daripada bahagian atas cerek. Wap atau stim daripada air panas itu akan meluruskan kedutan pada kain anda, percayalah!

4. Gulung dan tekankan di bawah tilam tebal

Tilam yang anda gunakan untuk tidur pun berguna! Di atas permukaan rata, hamparkan pakaian anda dan pastikan tiada bahagian yang terlipat.

Kemudian gulung pakaian anda dari satu hujung ke hujung lagi satu dengan ketat dan letakkan di bawah tilam selama sejam.

Berat tilam itu akan tegangkan kebanyakan daripada kedutan yang ada. Cara lain ialah dengan letakkan pakaian anda dengan rata di bawah tilam.

5. Gosok dengan mesin pelurus rambut

Foto: Expert Home Tips

“Seterika” ini bukan sahaja untuk rambut; kain pun ia boleh luruskan. Sebelum adanya mesin ini, sesetengah orang wanita menggunakan seterika kain biasa untuk meluruskan rambut mereka. Jadi dalam hal ini, teknologinya dikira terbalik.

Diakui, teknik ini tidaklah efektif sangat bagi pakaian yang bersaiz besar. Untuk pakaian kecil atau sesetengah bahagian baju seperti kolar atau pergelangan tangan kemeja, bolehlah cuba.

6. Masukkan ke dalam mesin pengering

Bagi anda yang mempunyai mesin pengering, masukkan pakaian anda bersama sehelai sapu tangan atau stokin yang lembap. Tetapkan pengeringan ke ‘medium’ dan pasangkan mesin selama 15 ke 20 minit.

Satu lagi cara yang terbukti berkesan ialah dengan memasukkan beberapa ketul kiub ais, berbanding dengan sapu tangan lembap.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 18 Aug 2018

‘Baju Bodo’ Favourite Style Allahyarham Puan Sri Saloma, Dijelmakan Kembali!

Baju bodo menggunakan kain jarang akan diubah suai semula mengikut kesesuaian fesyen masa kini.

Featured Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 21 May 2020
Oh Lawa Wed, 4 Jul 2018

Raut Wajah Unik, Berkulit Sawo Matang. Ini 5 Model Tempatan Paling Terlajak Laris

Lima senarai model ini telah membuktikan, dengan wajah yang unik beserta kulit sawo matang mereka mampu menjadi tarikan sekaligus menepis kulit putih gebu kepunyaan peragawati Ukraine dan Uzbekistan.

Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

Pakai 7 Warna Ini Sepanjang Minggu Dan Rasai Getarannya

Tahukah anda, ada warna tertentu yang boleh membangkitkan aura harian anda.

Oh Lawa Sun, 22 Apr 2018

Miliki Koleksi Terbaru Jimmy Choo, Kini Semua Wanita Boleh Rasai Aura Cinderella

Sepatu kaca yang saiznya kecil dan hanya pantas dipakai oleh gadis bernama Ella seperti termaktub di dalam hikayat dongeng Cinderella, kini mampu dimiliki sesiapapun yang menginginkannya terutamanya wanita yang tidak lokek berbelanja.

Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

5 kesalahan ketika mencuci muka

Ketahui teknik yang sepatutnya kalau nak cantik!

Oh Lawa Mon, 25 Mar 2019

Tiada idea untuk gayakan corak baju berjalur dan kotak-kotak? Cuba 10 gaya ini!

Sekali sekala, cuba variasikan penggunaan corak pada baju anda.

Acara Mon, 8 Oct 2018

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

11 momen menarik sepanjang berlangsungnya ABPBH31 semalam!

Featured Wed, 24 Jul 2019

Soul Matte, koleksi ideal untuk si gadis kulit berminyak

Selain berkualiti, jenama Alha Alfa Cosmetics juga berstatus halal!

error: Content is protected !!