Oh Lawa By: Ad Ops May 31, 2019 @ 11:00am

10 panduan supaya solekan Hari Raya anda tahan lebih lama

Setiap wanita pasti ingin tampil menawan apabila bertandang ke rumah sanak saudara mahupun rakan-rakan pada Aidilfitri ini.

Bukan sahaja baju dan kasut raya yang perlu mantap, solekan juga pasti menarik perhatian!

Malangnya, ketika sibuk bertandang ke rumah sanak saudara, ada potensi untuk solekan anda menjadi comot, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang panas ini.

Jika anda rasa mungkin akan mengalami masalah ini, jangan risau. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya anda mengikuti panduan oleh Cosmopolitan seperti di bawah.

1. Licinkan kulit

Foto: Mirror

Langkah paling penting untuk menyediakan kulit anda sebelum bersolek adalah melakukan proses pengelupasan atau exfoliation iaitu melicinkan kulit dengan menggunakan lulur.

Lebih licin kulit anda, lebih ratalah ‘kanvas’ anda nanti dan dengan itu, lebih lamalah solekan anda akan bertahan. Amalkan dua kali seminggu dan gunakan produk lulur yang bagus untuk menanggalkan sel kulit mati.

2. Gunakan pelembap yang ‘bijak’

Pernahkah solekan anda mula membentuk garisan halus pada kulit muka pada waktu tengah hari? Kadar hidrat dan penghasilan sebum kulit anda turun naik di sepanjang hari lalu menyebabkannya tampak tidak sekata.

Nasib baik ada produk pelembap yang boleh menyelesaikan masalah ini. Gunakannya bukan sahaja untuk melicinkan kulit, tetapi juga menegangkan kulit anda.

3. Gunakan ‘primer’

Foto: elf Cosmetics

Produk ini memerangkap pelembap lalu menawarkan permukaan yang lembut dan rata untuk solekan anda. Selain itu, ia juga memastikan bahawa solekan anda tidak meresap ke dalam kulit supaya tahan lebih lama.

Jika anda mempunyai kulit berminyak dan rasa seperti solekan anda mudah tertanggal, cuba pakai ‘primer’ dengan formula bebas-minyak untuk efek matte sepanjang hari. Tetapi jika kulit anda kering, gunakan primer yang kekalkan kelembapan.

Gunakan juga ‘primer’ khas untuk kulit mata yang halus.

4. Gunakan formula ‘long-wear

Produk solekan jenis long-wear atau tahan lama yang bagus menawarkan formula yang tidak mencomotkan tetapi pada masa yang sama, tampak tidak berat pada kulit.

5. Pastikan ada lapisan

Untuk solekan asas, mata dan bibir, pakaikan produk selapis demi selapis dan pastikan ia nipis sahaja setiap kali.

Solekan ini akan tahan lebih lama daripada jika anda memakai satu lapisan tebal sekali gus, malah tampak lebih semula jadi.

6. Tetapkan dengan bedak

Gunakan bedak setting supaya solekan anda kekal selepas dipakai. Ramai wanita tahu yang bedak asas patut disapukan pada zon-T tetapi krim concealer sering diabaikan. Sapuan di bawah mata akan memastikan ‘eyebags’ anda tidak begitu ketara.

7. Gariskan bibir

Foto: King Of The Booth

Rahsia pemakaian gincu yang lama adalah untuk melukiskan garis di sekelilingnya. Mula-mula, bingkaikan bibir anda dengan penggaris bibir (seperti dalam gambar). Ia akan mengukuhkan lagi solekan gincu anda. Kemudian sapukan gincu dengan berus selapis demi selapis. Akhiri dengan satu lagi lapisan penggaris.

8. Perangkap solekan dengan ‘setting spray

Fungsi produk ini khususnya adalah untuk mengelakkan solekan daripada ‘cair’, jadi anda tidak perlu sentiasa mengenakan semula solekan.

Sama seperti setting spray untuk rambut, semburan ini ialah langkah terakhir rutin solekan anda sebelum keluar rumah.

9. Jangan sentuh!

Pasti anda selalu pegang kulit muka tanpa sedar. Bukan sahaja solekan anda diganggu, malah tindakan ini akan menyebarkan kuman, virus dan bahan yang menyebabkan alahan!

Untuk membantutkan tabiat ini, cari aktiviti lain untuk menggantikannya, seperti menggenggam atau mencantumkan kedua-dua hujung tudung.

10. Hanya blot dan jangan tambah lagi solekan pada muka

Foto: Elite Daily

Walaupun anda akan terasa ingin top-up semula solekan anda sepanjang hari, jangan lebih-lebih kerana ia akan tampak tebal dan bertempek.

Ketebalan ini juga akan menyebabkan liang pori anda membesar dan mengeringkan kulit dalam jangka masa panjang.

Sebaliknya perlahan-lahan serapkan peluh atau minyak yang timbul pada kulit dengan kertas blot.

Semoga bermanfaat, ya! Selamat Aidilfitri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 24 Aug 2018

Cuci Beauty Blender Anda Dengan Teknik Mudah Ini, Gerenti Nampak Macam Baru!

Kalau pakai sabun saja, tak semestinya semua kotoran akan hilang.

Oh Lawa Wed, 26 Dec 2018

Kecantikan Memukau Anzalna Kini Boleh Dipraktikkan!

Bukan saja cantik dan berbakat, Anzalna juga seorang figura dengan personaliti menyenangkan.

Featured Sun, 3 May 2020
Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikon Stail Fyza Kadir Kongsi Tip Tampil Stailish Di Hari Raya

Kehebatan wanita jelita persis patung Barbie dalam bergaya memang tidak dapat disangkal. Dia adalah Fyza Kadir.

Oh Lawa Tue, 22 Jan 2019

Pelajari teknik menggosok kain linen tanpa perlu menghantarnya ke dobi

Memelihara kulit di sebalik sifatnya yang mudah renyuk!

Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Untuk Hasil OOTD Raya Yang Meletop! Memang Tak Sah Tanpa Bulu Mata Palsu

Melihat kanak-kanak comel atau teman yang berbulu mata lentik membuatkan hati terasa geram sehingga terdetik alangkah bestnya kalau kita juga dikurniakan kelebihan itu.

Yang selalu merasakan sebegini tentulah orang perempuan, kerana memiliki bulu mata tebal dan lentik menjadi impian setiap kaum hawa. Apatah lagi di zaman sekarang ini, ke pasar, ke pusat membeli-belah atau melepak dengan teman-teman pun wajib berbulu mata!

Featured Mon, 9 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 16 Apr 2018

Trend Dandanan Rambut Terbaru Diinspirasikan Oleh Bunga Ros, Kreatif Sungguh!

Salah seorang hairstylist yang genius ini telah mencipta satu trend rambut terbaru yang berjaya memukau semua peminat stail rambut moden.

Featured Fri, 5 Oct 2018
Oh Lawa Sat, 12 May 2018

Ketahui Tanda-Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Elok Pada Kulit Anda

Sebelum guna produk kecantikan, anda perlu tahu sama ada produk tersebut bahaya ataupun tidak. Jangan sesuka hati guna saja.