Featured By: Shaidah Shafie June 7, 2019 @ 4:23pm

‘Kelembapan’ kata kunci sebenar untuk miliki kulit cantik

Pulang berhari raya di kampung sememangnya dinantikan kerana selain berpeluang berjumpa sanak saudara yang mungkin sudah lama tidak bersua, anda juga berpeluang merasai masakan ibu atau keluarga yang pastinya enak serta menyelerakan.

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat pengambilan makanan berminyak dan pedas antara punca masalah kulit khususnya jerawat. Bayangkan muka bermasalah dan penuh berjerawat sepanjang Aidilfitri, justeru ramai yang terpaksa melupakan hasrat untuk menikmati aneka juadah istimewa.

Pengurus Pendidikan Kiehl’s, Ivy Gan. Foto: Ihsan Kiehl’s.

Pengurus Pendidikan Kiehl’s, Ivy Gan, berkata kepercayaan bahawa pengambilan makanan pedas dan berminyak boleh menimbulkan jerawat adalah mitos sebaliknya ada pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada wajah.

“Ada banyak faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan jerawat pada wajah, antaranya pengeluaran minyak berlebihan, bakteria, ketidakseimbangan hormon, pencemaran, kurang tidur dan jenis kulit individu itu sendiri.

“Sebaik-baiknya, setiap wanita disarankan supaya mengamalkan rutin penjagaan kulit wajah asas, iaitu menggunakan pencuci muka, penyegar dan pelembap bagi memastikan kulit kekal lembap, sekali gus dapat mengelakkan masalah kulit muka,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Periksa kulit untuk mengetahui tahap kelembapan dan anda boleh merancang rutin penjagaan kulit yang bersesuaian. Foto Ihsan Kiehl’s.

Katanya, penting untuk memastikan kulit terhidrat dengan baik, mengurangkan sel kulit mati yang rosak dan liang yang sesak kerana kelebihan pengeluaran sebum  atau minyak berlebihan menjadi punca utama jerawat muncul pada wajah.

“Berdasarkan rutin penjagaan kulit asas, anda perlu memastikan kulit terhidrat dengan baik selain disyorkan memakai pupur setiap minggu sebagai rawatan untuk kulit.  Dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, kulit akan mudah kehilangan kelembapan dan penting bagi setiap individu untuk memastikan kulit berada dalam keadaan yang sihat.   

“Oleh itu, anda perlu tahu memilih produk penjagaan kulit yang boleh mengekalkan kelembapan kulit serta memberi kelegaan kepada kulit,” katanya. 

Ivy berkata, bagi wanita yang mempunyai kulit bermasalah disarankan untuk mengamalkan rutin penjagaan kulit yang lebih ketat dengan rawatan mingguan seperti yang disarankan jenama penjagaan kulit terkenal Kiehl’s

1. Membersihkan kulit

Pastikan anda sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh kulit wajah. Basahkan wajah sebelum anda melumurkan buih pembersih, jangan sekali-kali letak buih pembersih pada kulit yang kering dan oles dulu cecair pembersih menjadi buih, barulah disapukan pada wajah.

Kemudian, cuci wajah anda tidak lebih daripada satu minit bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Ketika membersihkan wajah, lakukan urutan dalam bentuk pusingan, namun elakkan bahagian mata dan bibir yang mana proses ini boleh dilakukan kira-kira 30 saat sebelum mencucinya dengan air suam dan dikeringkan menggunakan tuala lembut dengan cara pedap perlahan-lahan.

Cuci muka pada pagi sebaik bangun tidur dan sekali lagi pada sebelah malam sebelum tidur. Jangan terlalu kerap mencuci muka kerana anda mungkin boleh menyebabkan kulot lebih cepat kering.

2. Guna penyegar

Selesai mengeringkan wajah, oles wajah dengan penyegar bagi membantu menutup liang pori-pori anda. Penggunaan penyegar juga dapat mengembalikan kesegaran pada kulit wajah.

3. Guna serum

Jika kulit bermasalah, anda digalakkan menggunakan serum. Serum dan pelembap mempunyai fungsi yang berbeza terhadap kulit. Serum membantu mengatasi cabaran dihadapi kulit seperti dehidrasi, garis halus dan bintik hitam, manakala pelembap bertindak membina semula sistem pertahanan kulit selain mengekalkan lembapan lapisan atas kulit.  

Foto: Ihsan Kiehl’s.

4. Krim mata

Guna krim mata di sekeliling mata anda. Perlu diingat, kulit pada bahagian ini agak nipis berbanding kulit wajah lain, malah ada banyak kapilari darah. Sebaik-baiknya gunakan krim khusus untuk mata bagi mengekalkan kelembapan pada bahagian berkenaan.

Kedutan halus lebih awal kelihatan pada hujung mata (crow’s feet), justeru anda perlu lebih berhati-hati dengan bahagian sekeliling mata anda.

5. Memakai pelembap

Bagi kulit berjerawat, anda boleh menggunakan krim gel Ultra Facial Oil Free sebagai pelembap untuk siang dan malam kerana pelembap gel ringan ini membantu meningkatkan penghidratan yang baik tanpa sebarang elemen berminyak

Krim gel ini mengandungi ekstrak tumbuhan padang pasir yang membantu kulit menyimpan dan mengekalkan kelembapan untuk tempoh masa yang lebih lama. Ia juga mengandungi Antarcticine yang berasal daripada glasier laut yang secara berkesan menghidrat dan melindungi kulit daripada perubahan alam sekitar.

6. Memakai krim pelindung matahari

Jika anda perlu sentiasa berada di luar bangunan, sebaik-baiknya disarankan menggunakan krim pelindung matahari. Pendedahan berterusan di bawah cahaya matahari akan menyebabkan kulit lebih cepat kering.

7. Guna pupur 

Kiehl’s memperkenalkan Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque iaitu pupur pembersih yang membantu mengurangkan liang tersumbat dengan mengeluarkan kotoran dan serpihan permukaan yang menyebabkan liang menjadi besar. Ia juga dapat mengurangkan  noda hitam dan putih  dan diformulakan dengan tanah liat putih Amazon yang membantu membersih dan menyahtoksik kulit.

Tanah liat ini berfungsi menghilangkan bakteria, toksin, lebihan minyak dan sel mati yang boleh menyumbat liang. Kandungan Aloe Vera di dalamnya membantu melegakan dan melembutkan kulit.

Sapukan lapisan nipis ke atas kulit yang masih lembap dan bersih, biarkan ia separa kering (kira-kira 5 hingga 10 minit), elakkan kawasan mata. Apabila kering, gosok perlahan-lahan dengan menggunakan tuala hangat dan keringkan dengan lembut. Lakukan sekali sahaja seminggu.

Selain itu, Kiehl’s turut mempunyai pupur hidrasi Calendula dan Aloe yang menenangkan. Topeng gel ringan ini membantu menenangkan, menghidrat dan mengurangkan tanda ketegangan pada wajah. Ia diformulasi daripada kelopak bunga Calendula dan Aloe Vera yang terkenal dengan fungsi menenangkan.

Pupur ini juga berfungsi sebagai agen penyejuk ketika digunakan pada wajah.  Selepas pembersihan, sapukan lapisan berkenaan pada wajah dan biarkan selama lima minit kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022
Events Wed, 2 Nov 2022

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Eizlan, Idham & Lando bakal bertanding di Sabak Bernam, Port Dickson & Tanjong Karang.

Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Jika anda selalu gunakan alat ini, jom check cara anda betul atau tak.

Featured Thu, 6 Oct 2022

Gara-Gara Diabetes, Mata Roslan Saleh ‘Dibutakan’ Demi Hilangkan Rasa Sakit Kepala – “Dia Memang Semakin Uzur”

Allahuakbar… beratnya ujian 😥 Semoga Pak Lan dan keluarga diberikan ketabahan 💪

Featured Mon, 18 Sep 2023

Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Allah! Tak baik gelar anak orang macam tu. Memang patut Che Ta hangin😡