Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom September 25, 2019 @ 10:43am

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pemakaian bengkung bukan perkara baru dalam masyarakat Melayu kerana ia sudah wujud sejak sekian lama sebagai satu kaedah merampingkan pinggang, menjadikan organ dalaman kembali kepada kedudukan asal selain memulihkan bentuk badan selepas melahirkan bagi ibu berpantang.

Selaras dengan pemakaian bengkung ini juga, ada ramuan khusus disapu pada bahagian perut ibu berpantang, namun dalam peradaban moden kini bagi sesiapa yang mengenakan bengkung, mungkin ada yang menyapu krim pemecah lemak pada perut dengan tujuan mengempis perut.

Bengkung terdahulu juga diperbuat daripada kain dengan teknik pemakaian ia dililit kemas di badan bermula pada bahagian abdomen hingga pinggul selama beberapa jam atau sepanjang hari bergantun kepada keselesaan individu yang memakainya.

 

Kini bengkung muncul sebagai satu daripada keperluan penting penjagaan badan untuk wanita untuk membentuk badan menjadi ramping atau ingin tampil dengan parut kempis dan menawan.

Lebih menarik ia juga bukan lagi berupa kain yang dililit pada pinggang sebaliknya seperti sehelai pakaian dalam yang kemas dan inovasi bengkung moden ini digelar korset. Ada yang diikat menggunakan tali, menggunakan cangkuk atau pelekat velcro menjadikan tempoh pemakaiannya lebih cepat dan mudah juga untuk ditanggalkan.

Bagaimanapun, persoalan yang timbul dalam kalangan  orang ramai mengenai pemakaian korset ini ialah adakah ia berkesan untuk membuang lemak  di dalam badan dan benarkah dengan pemakaian korset juga mampu mengurangkan berat badan individu?

Selebriti kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri menerusi perkongsian di laman sosial miliknya menyebut dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.

Foto: Popmama

Terdapat beberapa lagi perkongsian penting Kevin yang merungkai mengenai pemakaian bengkung atau korset, jom baca!

Pakai bengkung, berkesankah untuk kurus?

Apabila anda memakai korset, situasi ini boleh dikatakan seperti  meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan sekali gus mengurangkan selera makan. Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infra merah, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak.

Bagaimanapun, teori yang digunakan ini juga dapat mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:

1. Ketidakselesaan untuk bernafas – penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.

2. Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung.

3. Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.

4. Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.

Kesimpulannya

Pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainya tapi ia mungkin dapat mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan dan memberikan ilusi bentuk badan yang lebih ‘cantik.’

Menurut Kevin, sesetengah kos korset mencapai harga beribu-ribu ringgit, jadi bagi sesiapa yang membeli korset ini ia bukanlah pelaburan yang kecil-kecilan.

“Buatlah penilaian sendiri sebagai pengguna yang berhemat,” katanya

Apa-apa pun, yang paling penting untuk penjagaan kesihatan adalah pemakanan dan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya.

Foto: The Independent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Feb 2021

Kajian Terbaru Dedah 81% Rakyat Malaysia Bimbang Hilang Kerja Akibat COVID-19

Diharapkan masalah pengganguran dapat diselesaikan..

Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Featured Thu, 10 Jun 2021

“Buat Laki Macam Hamba Abdi..”- Penonton Emosi Dengan Lakonan Didie Alias Dalam Drama Cukup Derita Itu

Penangan  Drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei lalu ternyata memberi impak di hati para penonton Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias , Chacha Maembong dan Farhan Asri. […]

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

familuv Mon, 12 Sep 2022
Featured Fri, 3 Apr 2026

“Buat Masa Sekarang Belum Masanya Lagi, Harap Bersabarlah” – Fattah Amin Tampil Respons Dakwaan Amira Othman Berbadan Dua

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka berdua berhubung spekulasi kononnya mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata.

Featured Thu, 29 Dec 2022
Featured Fri, 13 Feb 2026

Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama suri pilihan hati yang dikenali sebagai, Fiona.

error: Content is protected !!