Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops June 12, 2019 @ 4:00pm

Peminat Harry Potter kini boleh bergaya dengan kasut Vans bertemakan Hogwarts!

Walaupun siri filem dan buku Harry Potter sudah lama berakhir, jalan ceritanya yang penuh dengan magis masih terpahat di hati peminat.

Jika anda antara peminat tegar harry Porter, cara terbaik bagi menonjolkannya adalah dengan memakai item pakaian yang berinspirasikan Harry Potter.

Tidak lama lagi anda bolehlah berbuat demikian dengan koleksi fesyen terbaharu Vans, antara pengeluar kasut terkemuka di dunia.

Menurut Cosmopolitan, Vans berkolaborasi dengan Warner Bros.Consumer Products untuk menghasilkan koleksi kasut HARRY POTTER X VANS  yang diinspirasikan oleh dunia Harry Potter.

Nama dan gayanya berdasarkan setiap kumpulan rumah pelajar di Hogwarts, iaitu Gryffindor, Slytherin, Ravenclaw dan Hufflepuff.

Kasut-kasut ini juga dihasilkan secara eksklusif mengikut model kasut klasik daripada Vans, iaitu Sk8-Hi (Gryffindor), Era (Slytherin), Authentic (Ravenclaw) dan Classic Slip-On (Hufflepuff).

Lihatlah sendiri reka bentuknya di bawah dan pilih yang mana yang anda ingin “accio” dan miliki.

Untuk melengkapi koleksi istimewa ini, HARRY POTTER X VANS juga ada mengeluarkan barangan tambahan seperti pakaian dan aksesori yang juga mempamerkan tema yang sama.

Ada kemeja T, beg galas, stoking, jaket dan juga hoodie yang boleh dipadankan dengan aneka kasut Hogwarts. Kasut dengan tema selain rumah Hogwarts pun ada!

Semuanya cantik-cantik!

Tidak kiralah bagaimana rupanya pun, koleksi ini pasti akan menggembirakan semua peminat kasut Vans dan dunia keajaiban Harry Potter.

Ihsan foto: Vans

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Oct 2018

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung Walet.

Featured Tue, 28 May 2024
Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Mon, 7 Aug 2023
Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah. Disebabkan oleh […]

Featured Wed, 8 May 2024
Featured Wed, 9 Oct 2024

Baim Wong Akhirnya Dedah Punca Cerai, Isteri Curang Dengan Rakan Baik Sendiri – “Saya Berada Dalam Keadaan Yang Sangat Sulit”

Ingatkan kat Malaysia je hangat isu cerai berai ni… rupanya dekat sana pun sama😱

Featured Fri, 10 Jun 2022
Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Terlalu sibuk memikirkan hal yang lain, kadang kala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan.

error: Content is protected !!