Gaya Hidup By: Yanie Baharom June 14, 2019 @ 9:00am

Annabel Yao, pewaris empayar Huawei pikat perhatian dunia!

Kontroversi pengharaman telefon pintar, Huawei, di Amerika Syarikat selain sekatan menggunakan perisian Android oleh Google, telah membuatkan kehidupan pengasas jenama itu, Ren Zhengfei, tidak lagi privasi seperti dulu.

Ren yang sebelum ini dikenali sebagai seorang ahli perniagaan hebat dengan imej merendah diri dan bersederhana terpaksa bersemuka dengan media apabila isu pengharaman Huawei mendapat perhatian dunia.

Tidak hanya Ren, malah puteri bongsunya yang jelita, Annabel Yao secara tiba-tiba mendadak popular!

Foto: FirstClasse

Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21, Yao yang dilahirkan di Hong Kong merupakan anak kepada Yao Ling iaitu isteri kedua kepada jurutera, Ren Zhengfei. Pengasas Huawei yang terbabit secara langsung dalam pembangunan ekonomi serta politik di China itu dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki hasil daripada dua perkahwinannya.

Mendekati kehidupan si cantik Yao, dia merupakan penuntut di Harvard dalam jurusan Sains Komputer. Memasang impian untuk mempunyai empayar perniagaan sendiri, Yao dikatakan seorang penari balet yang hebat dan dilatih secara profesional di Harvard Ballet Company.

Foto: dagospia

Menurut laman web Harvard Ballet Company, Yao mula berjinak dalam tarian balet ketika usianya baru 15 tahun di Shanghai. Dia kemudian meneruskan minatnya dan mendalami seni tarian lemah gemalai  itu di sebuah akademi  yang ternama di United Kingdom.

Tahun lalu, Yao menarik perhatian golongan elit di China dan Eropah kerana terpilih dalam penganjuran majlis tari-menari Le Bal des Debuntantes di Paris pada November 2018. Sebenarnya tidak mudah untuk menyertai acara berkenaan kerana ia bukan majlis biasa, sebaliknya bukan calang-calang acara kerana hanya gadis sosialit berusia di antara 16 hingga 21 tahun yang memiliki rupa paras cantik, berpendidikan dan lahir dari keluarga ternama khususnya dalam bidang perniagaan, hiburan mahupun politik sahaja yang akan dipilih sebagai peserta majlis tari-menari tersebut.

Yao, satu-satunya wakil dari negara China. Selebihnya 18 gadis cantik yang layak, berasal dari India, Amerika, Jerman, Hong Kong, Belgium, Perancis, Portugal dan Filipina. Kesemua mereka akan bertemu dengan jejaka daripada keluarga elit lain di serata dunia untuk saling mengenali dan bersosial dalam kelas bangsawan.

Foto: Vogue

Dua hari sebelum majlis tari-menari bermula, Yao dan peserta wanita lain sempat beramah mesra, menjalani latihan tarian bersama-sama selain terlibat dalam sesi fotografi.

Peserta wanita turut diberi soalan tentang gaya fesyen yang digemari mereka selain diminta memilih busana pilihan masing-masing. Pada majlis itu, Yao memilih untuk menggayakan gaun indah rona champagne rekaan J Mendel.

Foto: Philippine Tatler

Kata Yao, “Bagi individu yang memiliki segala-galanya lebih daripada orang lain, amat penting bagi anda untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Seboleh-bolehnya, saya mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan.”

Yao juga mengakui selesa menganggap dirinya seorang gadis biasa kerana itu akan mendorong dirinya untuk bekerja keras dalam meraih kejayaan selain menjadikannya insan yang lebih baik setiap hari.

Biarpun sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar, Yao gemar menghabiskan masa bercuti ke luar negara termasuk ke New York, Paris, dan beberapa tempat percutian menarik di dunia. Dia juga dilihat sering memakai pakaian dan aksesori berjenama mewah seperti Chanel, Dior, Louis Vuitton dan sebagainya.

 

Sumber: Nona

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Kaki Kejang Semasa Hamil? Ini Cara Yang Boleh Anda Lakukan

Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot membuatkan otot anda menjadi kejang.

Gaya Hidup Fri, 23 Dec 2022
Gaya Hidup Fri, 9 Mar 2018

Pernah Try Omurice? Nasi Goreng Telur Special Style Jepun Yang Meleleh!

Peminat-peminat telur! Anda pernah tak dengar masakan Omurice yang popular di Jepun? Omurice ini sebenarnya singkatan kepada gabungan perkataan omelette (telur dadar) dan rice (nasi).

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 27 May 2020

Patuhi SOP khusus untuk proses sanitasi ditetapkan KKM

Dapatkan maklumat jika tidak jelas

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Bercitarasakan Lokal, Aiskrim Teh Tarik Resipi Wajib Dicuba Anda. Yummy!

Bagi mereka yang bosan dengan perisa aiskrim biasa seperti vanilla, coklat dan strawberi atau sememangnya tekak teringin mencuba perisa bercitarasakan lokal, resipi Ais Krim Teh Tarik ini kami sarankan untuk dicuba anda di rumah. 

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat […]

Featured Mon, 2 Mar 2020

Ingatkan kuih, nyaris nak gigit…

Kreatif sungguh, menarik dijadikan cendera hati!

Featured Fri, 15 May 2020
Gaya Hidup Mon, 5 Nov 2018

Agar-Agar Boleh Buat Bayi Tercekik. Jangan Sangka Makanan Lembik Tidak Bahaya!

Selain agar-agar, bebola ikan, biji rambutan, biji manggis ataupun duit syiling jika tertelan boleh mengundang kematian!