Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom June 19, 2019 @ 3:00pm

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Peranakan jatuh, biasanya dikaitkan dengan wanita yang baru melahirkan anak. Disebabkan itu sepanjang tempoh berpantang wanita disaran untuk melakukan urutan untuk menaikan semula peranakan.

Tetapi tahukah anda, wanita yang berstatus anak dara atau mereka yang belum pernah bersalin juga berisiko dengan permasalahan ini!

Puncanya mungkin disebabkan mengangkat barang yang terlalu berat, tidak menjaga pantang selepas bersalin, sembelit, otot vagina longgar dan dinding rahim tak kuat.

Antara simptom yang mungkin dialami antaranya kesukaran membuang air kencing, tidak dapat mengawal kencing setiap kali batuk mahu pun bersin, kerap sembelit dan kencing tidak lawas.

Foto: Brilio

9 tanda jika seseorang wanita memiliki rahim yang tidak sihat.

1. Sakit Tumit

Tumit sering berasa sakit, berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau mengangkat benda berat serta beban pada perut.

2. Tapak Kaki Mengalami Kesakitan

Tapak kaki berasa sengal ketika memijak lantai dan selain sengal urat pada bahagian berkenaan juga menyucuk-nyucuk dan bisa.

3. Sakit Pinggang

Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini seakan-akan lenguh ketika senggugut tapi ia berlaku ketika anda tidak mengalami haid pun.

4. Sakit Pada Bahagian Ari-Ari

Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.

5. Kerap Kencing atau Kencing Tak Lawas

Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.

6. Sakit Ketika Bersama

Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.

7. Vagina Mengeluarkan Angin (Kentut)

Vagina sering mengeluarkan angin seperti anda mengeluarkan kentut. Jika kerap mengalami situasi seperti ini, tandanya rahim atau peranakan anda menghadapi masalah  dan vagina kembang.

8. Kerap Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

9. Miss V ‘Basah’ & Berbau

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.

Cara Merawat Rahim (peranakan) Jatuh

Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang. Selain wanita selepas bersalin, jika kerap melakukan kegiatan lasak dan mengangkat beban berat juga boleh menyebabkab rahim jatuh. Sebagai wanita, kita perlu berhati-hati untuk melakukan pergerakan kasar atau pergerakan yang membabitkan urat mahupun otot pada kawasan perut.  Untuk merawatnya, hendaklah kecutkan rahim dengan meminum ramuan berikut:

Antara ramuan yang boleh dijadikan minuman dalam usaha merawat rahim jatuh  ialah menyediakan air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai. Rebus kesemua bahan ini dan minum air rebusan mengikut kadar yang dirasakan perlu sehingga rahim pulih seperti biasa. 

Apabila  peranakan sudah kecut, anda bolehlah meminta bidan atau individu yang pakar untuk mengurut atau menyengkak peranakan untuk mengembalikannya ke tempat asal. Wanita yang peranakanna jatuh perlu berpantang sama seperti wanita selepas bersalin, tidak boleh mengangkat beban berat dan melakukan kerja kasar.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 30 May 2018

Tiada Lagi Kebimbangan, Ada Solusi Untuk Pengidap Diabetes Jalani Ibadah Puasa Sempurna

Diabetes sering dianggap sebagai penyakit yang mendatangkan masalah kepada pesakit ketika Ramadan kerana mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh masa yang lama melebihi 12 jam setiap hari.

Featured Fri, 20 Sep 2019
Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Semarak Sun, 27 May 2018

Atasi Masalah Kelesuan Berpuasa Dengan Pengambilan 8 Suplemen Ini

Pengambilan makanan tambahan di bulan Ramadan sangat penting dalam memastikan kekal cergas bertenaga sepanjang hari.

Uncategorized Thu, 14 Feb 2019

Figura Februari: Romantika Aeril, Wawa

7 tahun mendirikan rumah tangga, Aeril dan Wawa terus romantis!

Sihat Wed, 25 Jul 2018

Awas! Troli, Alat Permainan & Tempat Duduk Antara Punca Virus HFMD

Salah satu punca jangkitan adalah dari pemegang troli dan alat permainan yang terdapat di pasaraya.

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Sihat Wed, 15 May 2019

Semua yang patut anda tahu mengenai kelahiran secara vakum

Ia menggunakan alat khas untuk membantu proses kelahiran.

error: Content is protected !!