Euforia Bola 2026
familuv By: Fadzlena Jafar July 5, 2019 @ 4:00pm

Setiap keluarga perlu ada selimut ini di rumah

Tragedi kebakaran di beberapa sekolah asrama seperti sekolah tahfiz yang meragut banyak nyawa beberapa tahun lalu, perlu dijadikan iktibar.

Selain meningkatkan tahap keselamatan di asrama atau kediaman, pelbagai pihak juga tampil dengan beberapa penyelesaian mudah yang mungkin dapat membantu ketika seseorang itu berada pada situasi berkenaan.

Ada yang memasang jeriji boleh dibuka dengan mudah oleh penghuni dari dalam bangunan dan tidak kurang juga yang membeli produk pemadam api khusus untuk kegunaan rumah kediaman.

Selimut Sleep Mood by Satin dihasilkan dengan konsep pelbagai guna, iaitu sesuai untuk digunakan sebagai selimut dan pada masa sama berfungsi sebagai pelindung ketika kebakaran.

Terbaru, sebuah syarikat berasaskan minyak dan gas tempatan, Satin Alpha Oilfield Sdn Bhd (Satin Alpha Oilfield) memperkenalkan selimut kalis kebakaran (fire-retardant), Sleep Mood by Satin yang dipercayai selimut kalis kebakaran pertama di negara ini.

Berbeza selimut lain, Sleep Mood by Satin memiliki ciri keselamatan khusus yang tidak dimiliki oleh selimut jenama lain, sekali gus meletakkan produk berkenaan pada kelas tersendiri.

Selimut unik itu ialah selimut kalis kebakaran yang diperbuat daripada fabrik bulu biri-biri mewah dan direka lengkap dengan sepasang lubang tangan mesra pengguna sebagai ciri keselamatan tambahan. 

Pengarah Operasi Satin Alpha Oil Field, Azman Zaidy Abu Hassan, berkata selimut kalis kebakaran itu bukan sesuatu yang baharu kerana penggunaannya sudah dilakukan secara meluas bagi memenuhi keperluan industri penerbangan dan perubatan global.

“Selimut seperti ini lazim digunakan dalam kabin kapal terbang, namun penggunaannya bagi premis kediaman masih agak baharu terutamanya di rantau ini.

“Tidak seperti produk keselamatan lain yang kebiasaannya kurang cantik dan kasar, Sleep Mood by Satin direka khusus bagi memenuhi keperluan keselesaan pengguna dengan ciri kemasan mewah,” katanya dalam satu kenyataan.

Selimut unik ini dihasilkan dengan kemasan yang lebih terperinci menggunakan fabrik mewah.

Selimut yang pelbagai guna itu dihasilkan dengan dua kemasan, iaitu tidak berbintil dan lembut, selain boleh didapati dalam dua warna, iaitu biru serta ungu. Ketika ini, Satin Alpha Oilfield menawarkan selimut berkenaan dalam saiz 150 x 200 cm pada harga RM189.90 sehelai.

Sleep Mood by Satin bukan bersifat kalis api, sebaliknya kalis kebakaran yang berfungsi untuk melewatkan proses pembakaran, sekali gus memberi peluang kepada penghuni rumah untuk menyelamatkan diri jika berlaku kejadian tidak diingni.

Azman Zaidy berkata, bahan kalis kebakaran bukanlah sesuatu yang asing untuk syarikat yang berasaskan minyak dan gas kerana bahan terbabit adalah sebahagian daripada tuntutan kerja harian industri itu.

“Idea untuk menjadikan selimut jenis ini sebagai produk untuk kegunaan di rumah timbul apabila berlaku pelbagai tragedi kebakaran yang meragut nyawa kanak-kanak yang sedang tidur.

“Öleh itu, kami fikir selimut ini boleh disesuaikan untuk kegunaan rumah, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi perlindungan pertama sementara bantuan tiba,” katanya.

Sleep Mood by Satin perlu ada di setiap rumah.

Berdasarkan idea berkenaan, Azman Zaidy membentuk satu pasukan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), tahun lalu dan Sleep Mood by Satin adalah produk pengguna pertamanya.

Produk ini boleh didapati di shopee.com.my/bysatin atau anda boleh menghubungi Satin Alpha Global di talian 03- 4270 9659 / 013-589 6089, e-mel kepada alamat [email protected] atau melayari Facebook.com/bySATIN

Fakta mengenai Sleep Mood by Satin:

Sleep Mood by Satin dihasilkan berdasarkan penyelidikan rapi bagi keselesaan pengguna.

 1. Bahan kalis kebakaran adalah satu bahan yang dirawat dengan satu bahan yang berupaya memperlahankan proses penyebaran api daripada terus marak, selain mengurangkan kesan terbakar, manakala bahan kalis api ialah bahan yang direka untuk memberhentikan kebakaran dan tahan panas. Kedua-dua bahan ini adalah tidak sama.

2. Selimut itu dihasilkan menggunakan bahan kalis kebakaran kekal

3. Boleh dibasuh

4. Disahkan sebagai tidak menyala mengikut kaedah ujian BS7175: 1989 oleh SGS, syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka global

5. Dilengkapi sepasang lubang tangan sebagai ciri keselamatan tambahan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Acara Tue, 7 Mar 2023
familuv Fri, 8 Jun 2018

The Family UK Keluarga Contoh Buat Si Perantauan Agar Tidak Lupa Asal Usul

Walaupun dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan menetap di negara itu, ketiga-tiga beradik itu terutamanya Fatimah Omar Mukhlis, 4, tidak melupakan bahasa Melayu, malah fasih ‘kecek kelate’.

Featured Thu, 5 Jul 2018

Anda Rasa Gemuk Itu Hodoh? Bagi Suku Kaum Mauritania Berbadan Gempal Paling Cun!

Jika anda menganggap rupa paras menawan, kulit yang bersih, bertubuh sasa, langsing dan tinggi lampai, itu sebagai cantik dan tampan, bagi suku kaum di sesetengah negara pula adalah sebaliknya

Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Featured Fri, 12 Dec 2025

Erra Fazira Akui Pernah Trauma, Anggap Keputusan Kahwin Kali Ketiga Adalah Tepat – “Saya Niat Kerana Allah & Ini Semua Aturan Dia”

Erra juga sempat mendedahkan, ‘Sayang’ adalah panggilan mesra buat suami tercinta kera merasakan panggilan itu manis walaupun sedikit ‘old school’.

error: Content is protected !!